Sunday, March 11, 2012

Terima Kasih PM....SBPA MANSUH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan 1.4 juta anggota sektor awam.

 

Katanya, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan. Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
Bagi guru-guru pula, menurutnya, kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012.

Tarikh 8hb Mac 2012, PM umumkan SBPA mansuh. Ramai dari penjawat awam berlapang dada kerana tak sakit hati tengok KGT dan JUSA untung BESAR PUNYER. Aku turut merasakan bahangnya. Sakit hati dan geram dibuatnya. JPA rupanya mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Ini lah kumpulan manusia yang tamak haloba, nak menghancurkan negara sendiri. Pentingkan diri sendiri. Patutlah bila Cuepac minta nak tengok benda yang dikatakan SULIT. JPA berdolak dalih. JPA suruh kita sain cepat-cepat supaya agenda mereka akan tertutup. Kita nie macam kena tipu bulat-bulat dik orang JPA yang atas-atas.   Adohai la JPA.....


BRAVO Cuepac, I love you very much. Ini merupakan perjuangan mu dan perjuangan seluruh kakitangan awam. I support U...

No comments:

Post a Comment