Wednesday, January 09, 2013

KE BUSY AN yang menyesakkan dada

Aduiiiiiiiii, penatnya hari nie. Rasa tak bernafas dibuatnya.  Pagi jer sampai sekolah, aku dah mengadap jalan besar menanti kehadiran anak-anak murid ku sayang ke sekolah. Sibuknya pagi di depan sekolah tak payah nak cerita. Kereta menderu-deru, motor terkejar-kejar, budak-budak dok berderet-deret turun dari bas atau pun kenderaan lain, Takut aku tengok kenderaan yang melalui zebra crossing. Kadang kala tak ikut peraturan. Ada ketika traffic dah merah, dia orang tetap jalan atau kadang kala belum sempat hijau budak-budak masih lagi menyeberang dah main start jer enjin bedesut laju. Ah! macam tak dia kisah nyawa orang lain. Kesian aku tengok pengawal keselamatan dok jaga traffic. Rasa hormat ku pada pengawal keselamatan yang volunteer tolong jaga traffic tersentuh di hati ku.
7.30 pagi aku diarah membuat surat kepada guru-guru yang terlibat dengan kursus VLE. Tengah dok sibuk menilik kerja-kerja tu. Datang setiausaha PIBG bawa dokumen yang nak dibentangkan dalam mesyuarat petang nanti. Belum sempat nak bincang, kumpulan penyelidik dari UKM datang nak buat kaji selidik tentang Program Keselamatan Jalan raya. Macam-macam yang di kaji. belum sempat nak urus hal tu, pegawai dari Jabatan Pelajaran Melaka datang nak memantau murid OKU sekolah ni. Lintang pukang boss aku. Tak terlayan gamaknya. So aku lah kena ambik alih. Penat tak terkira kena tawaf sekolah bawak pegawai tersebut ke kelas yang ada murid OKU. Macam-macam yang nak dibuatnya.  Apalagi, dengar dan ikut arahan. Gedebak gedebuk dah jam 11 pagi.
Sempat aku jamah nasi lemak yang ku beli pagi tadi. Terus aku kelas ku untuk mengajar. Aku beri penerangan dan kemudian murid ku terus membuat latihan. Terus kemudiannya aku bergegas ke ofis untuk menyiapkan kerja yang belum beres. 12 tengahari aku masuk ke kelas semula dan membuat pengajaran sehingga tamat kelas ku jam 12.40 petang.
Sampai di ofis aku teruskan menyiapkan kerja-kerja yang masih terbengkalai.  Solat zohor jam 2 petang dan 2.30 hingga 5.30 petang mesyuarat jawatan kuasa PIBG. Banyak isu-isu yang dibincang. Oh! what a relief, jam 5 petang aku dah berada dalam perjalanan balik ke rumah. Kesian anak ku terpaksa menunggu aku untuk balik bersama. Seperti biasa bila balik kat rumah.....hahaha rumah ku syurga ku. Mandi, solat dan terus jadi cleopatra atas katil sambil mengadap laptop. So finish about today. Hopefully tomorow will be a fine day to me.....

No comments:

Post a Comment