Wednesday, October 30, 2013

LAPORAN SANDARAN - KAJIAN LITERATUR



 3.1      Orientasi pembelajaran
           Orientasi pembelajaran adalah penting dalam menentukan pencapaian akademik pelajar. Idea yang mengatakan bahawa manusia belajar secara berbeza adalah venerable dan mungkin mempunyai asasnya (Wratcher, Morrison, Riley, & Scheirton, 1997). Menurut Grasha (1996), orientasi pembelajaran adalah kualiti individu yang mempengaruhi keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat supaya dapat berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru dalam pengalaman pembelajaran.
Secara teori, kebolehan bukan kognitif juga penting bagi menentukan pencapaian pelajar dalam matematik (Anneke, Adelene, & Karel, 2001). Kebolehan bukan kognitif juga dikenali sebagai kebolehan afektif yang dilihat melalui orientasi pembelajaran matematik (OPM) dari segi sikap, kebimbangan, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik.
 Hubungan antara kebolehan afektif dengan kebolehan kognitif dapat dilihat dalam Model ARoS (Rajah 1). Model ini menghuraikan pengaruh pemboleh ubah afektif pelajar dalam membantu proses pembelajaran matematik. Kajian Arsaythamby (2006) mendapati bahawa sikap, kebimbangan dan tabiat yang bertindak sebagai kebolehan afektif adalah penting dalam pembelajaran matematik. Kebolehan afektif bertindak sebagai pencetus bagi menimbulkan perasaan ingin belajar matematik, seterusnya mendorong dan menggalak kebolehan kognitif untuk merangsang pelajar menyelesaikan masalah matematik. Penyelesaian masalah matematik yang baik dan berkesan membolehkan pelajar menunjukkan pencapaian matematik yang tinggi. Kebolehan afektif seseorang pelajar berfungsi sebagai pencetus mempengaruhi kebolehan kognitif, seterusnya meningkatkan pencapaian matematik.


KEBOLEHAN
OPM
(AFEKTIF)
• Sikap
• Kebimbangan
• Tabiat
• Tingkah laku
• Persekitaran


 

       PENCETUS
KEBOLEHAN
MATEMATIK
PENCETUS (KOGNITIF)

• Nombor
• Bentuk
• Perkaitan      

                Rajah 6: Model ARoS kebolehan OPM (afektif) pencetus kepada kebolehan kognitif
                                   Matematik  (Arsaythamby, 2006, 284)

Justeru itu, pencapaian dalam matematik tambahan hanya akan dapat dicapai jika  kebolehan orientasi pembelajaran matematik dalam afektif yang merangkumi tentang sikap, kebimbangan, tabiat, tingkah laku dan persekitaran dapat di transformasi kepada yang positif akan memberi impak dan mencetuskan kepada kemahiran dalam kebolehan matematik (kognitif).

Dalam perbincangan kumpulan Think Tank di kalangan guru yang mengajar matematik tambahan menyenaraikan berdasarkan Tulang Ishikawa  (lampiran 11) beberapa faktor mengapa pencapaian matematik tambahan merupakan mata pelajaran kritikal untuk elektif aliran sains teknologi.  Daripada susunan Diamond 9 (lampiran 12)mereka merumuskan bahawa kurang latih tubi merupakan punca utama mengapa pencapaian matematik tambahan rendah diikuti dengan tidak memahami konsep dan cuai dalam pengiraan. Kurangnya latih tubi adalah kerana kurangnya minat dan menganggap mata pelajaran adalah sukar menjadikan murid tidak bermotivasi untuk mempelajari matematik tambahan.

Dalam hal yang demikian perlu diadakan satu program untuk mengatasi masalah di atas. Program peningkatan pembelajaran murid dengan mempelbagaikan kaedah pembelajaran perlu dilaksanakan supaya dapat menarik minat murid untuk berusaha dengan gigih bagi memastikan mereka lulus dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013.

          Program Strive For As  merupakan satu program yang dirancang khusus untuk meningkatkan prestasi akademik mata pelajaran Matematik Tambahan dari segi GPMP dan dari segi pertambahan peratus bilangan A.
Di antara pendekatan yang boleh digunakan dalam program ini ialah:
a.     Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat       melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

b.    Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

c.     Pendekatan secara individu
            Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan.

d.    Pelbagai teknik digunakan untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

3.2        Cadangan Penyelesaian
             Program ini menumpukan kepada killer subject iaitu Matematik Tambahan.  Program ini akan memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai potensi melonjakkan kecemerlangannya dengan mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk memperoleh kecemerlangan bersama-sama. Oleh itu, guru dan pelajar  yang berpotensi berkolaboratif dalam tempoh terdekat ini membuat pecutan dan bimbingan kepada pelajar sasaran seterusnya membolehkan mereka boleh menjawab semua aspek soalan dalam peperiksaan. Dalam pelaksanaan program ini guru dan pelajar akan menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu pelajar dalam kelompok lemah. Dalam program ” STRIVE FOR As” perkongsian idea sesama rakan sebaya  seperti aktiviti membuat perbincangan kumpulan, belajar sambil membuat latihan bersama-sama serta mengajar rakan lain adalah proses yang berlaku.
Rajah 7: The Learning Pyramid


            Dalam The learning pyramid memperlihatkan bahawa proses Program  STRIVE FOR As melibatkan 3 bahagian bawah pyramid di mana bahagian pembelajaran yang paling berkesan ialah perbincangan kumpulan sebanyak 50%, membuat latihan sebanyak 75% dan yang paling tinggi kesannya ialah mengajar orang lain sebanyak 90%.

          Program ini akan dilaksanakan 2 hari di sekolah dan 2 hari satu malam di luar iaitu di D’Village Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Program ini dibuat di luar sekolah kerana memberi satu environment baru kepada pelajar. Pelajar akan merasa teruja dan fokus minda kepada program kerana selesa berada di hotel untuk menjalani program tersebut.

No comments:

Post a Comment