Saturday, January 26, 2013

Awet muda...perasan muda sentiasa....

Cuti Maulidur Rasul 24hb Januari, 25hb hari jumaat, suami ku ambil cuti tersepit, hah! cuti tersepit. Lah.. dah bertahun kerja baru first time aku mendengar cuti tersepit. Rupa-rupanya ambik cuti antara cuti. Hari isnin pula cuti Thaipusam. Nampaknya 5 hari suami ku akan ada kat umah.
Pelik kan..sebenarnya husband aku ni weekend husband. Dah berpuluh tahun camni. Aku dah syok begini. Hanya weekend jer aku sibuk di dapur. Weekdays aku biasanya aku relax memanjang. Alamak tension jugak  cuti panjang ni bagi ku. Aku keja cam biasa. balik umah terpaksalah aku ke dapr. Tak dilayan orang tua ni alamat merajuk tahap baban. Bukan suka tengok camni, yampah adala...maklum  orang tua merajuk, buruk rupanya. Dah lah kat umah aku nie ada mak aku yang kadang-kala pening jugak nak layan. pun suka merajuk..,,,letih di buatnya.
Agak-agaknya, orang tua memang camtu. tapi aku pun tua juga...namun tak pulak perangai kayak itu. Steady jer dari dulu sampai sekarang. sentiasa maintain dari segi emosi dan fizikal ok gak. Orang tak perasan aku ni sebenarnya dah masuk 50an. Ramai yang menyangka aku baru menginjak 40an. Syukur kehadrat Allah aku di kira sebagai wanita awet muda. yer ker.. entahlah... tapi aku sering menatap wajah di cermin..ah! memang sukar nak cari kedutan di wajah ku. Apa rahsia ?..
Aku sendiri tak tau apa rahsia ku. Yang aku tahu aku banyak menghadapi masalah, namun walaupun aku simpan dalam hati tapi aku tak kisah untuk memikirkannya. Aku merana dan kecewa dalam hidup namun aku tak pernak kisah untuk meratap kehidupan ku. Ku lalui hari-hari ku dengan penuh keyakinan dan positif dalam minda. Ku kuatkan hati dan hidup happy go lucky sepanjang hari-hari yang ku lalui. Aku jarang marah dan ceria setiap hari..itulah rahsia hidup ku. So kesimpulannya..aku rasa ceria sentiasa, menangis pua-puas biler sendirian. Luahkan perasaan dalam seni, bersajak, menulis, menyanyi dan lemparkan kesepian dengan berseronok bergelimpangan gan anak-anak.... HAH! boleh tak anda melakukannya. Tryla wat cam aku. berbaloi-baloi sebab ianya akan terserlah di wajah walaupun kiter tak cantik, manis tetap ada... hahahaha
RCW nie jadi lagu ni sebab pandai jaga, so you all don't take for granted mentang-mentang laki tengah sayang abes out of shape badan tak jaga.
ingatan untuk semua,....jangan luper makan collagen dan cuci muka setiap hari. nak pi keja makeup. Jangan biarkan diri anda kelihatan tua sebelum masanya. Penjagaan badan kena maintain, kalaupun tak dapat cam Rozita Cik Wan, asal dapat sipi-sipi dia takper...yang penting buat kerana Allah untuk kesihatan dan juga kepuasan diri. Bukan untuk orang lain atau siapa pun. Okay yer wanita-wanita, jangan rosakkan diri anda dengan menyelekehkan diri macam bibik kat dapur.hehehe....

No comments:

Post a Comment