Saturday, January 26, 2013

Awet muda...perasan muda sentiasa....

Cuti Maulidur Rasul 24hb Januari, 25hb hari jumaat, suami ku ambil cuti tersepit, hah! cuti tersepit. Lah.. dah bertahun kerja baru first time aku mendengar cuti tersepit. Rupa-rupanya ambik cuti antara cuti. Hari isnin pula cuti Thaipusam. Nampaknya 5 hari suami ku akan ada kat umah.
Pelik kan..sebenarnya husband aku ni weekend husband. Dah berpuluh tahun camni. Aku dah syok begini. Hanya weekend jer aku sibuk di dapur. Weekdays aku biasanya aku relax memanjang. Alamak tension jugak  cuti panjang ni bagi ku. Aku keja cam biasa. balik umah terpaksalah aku ke dapr. Tak dilayan orang tua ni alamat merajuk tahap baban. Bukan suka tengok camni, yampah adala...maklum  orang tua merajuk, buruk rupanya. Dah lah kat umah aku nie ada mak aku yang kadang-kala pening jugak nak layan. pun suka merajuk..,,,letih di buatnya.
Agak-agaknya, orang tua memang camtu. tapi aku pun tua juga...namun tak pulak perangai kayak itu. Steady jer dari dulu sampai sekarang. sentiasa maintain dari segi emosi dan fizikal ok gak. Orang tak perasan aku ni sebenarnya dah masuk 50an. Ramai yang menyangka aku baru menginjak 40an. Syukur kehadrat Allah aku di kira sebagai wanita awet muda. yer ker.. entahlah... tapi aku sering menatap wajah di cermin..ah! memang sukar nak cari kedutan di wajah ku. Apa rahsia ?..
Aku sendiri tak tau apa rahsia ku. Yang aku tahu aku banyak menghadapi masalah, namun walaupun aku simpan dalam hati tapi aku tak kisah untuk memikirkannya. Aku merana dan kecewa dalam hidup namun aku tak pernak kisah untuk meratap kehidupan ku. Ku lalui hari-hari ku dengan penuh keyakinan dan positif dalam minda. Ku kuatkan hati dan hidup happy go lucky sepanjang hari-hari yang ku lalui. Aku jarang marah dan ceria setiap hari..itulah rahsia hidup ku. So kesimpulannya..aku rasa ceria sentiasa, menangis pua-puas biler sendirian. Luahkan perasaan dalam seni, bersajak, menulis, menyanyi dan lemparkan kesepian dengan berseronok bergelimpangan gan anak-anak.... HAH! boleh tak anda melakukannya. Tryla wat cam aku. berbaloi-baloi sebab ianya akan terserlah di wajah walaupun kiter tak cantik, manis tetap ada... hahahaha
RCW nie jadi lagu ni sebab pandai jaga, so you all don't take for granted mentang-mentang laki tengah sayang abes out of shape badan tak jaga.
ingatan untuk semua,....jangan luper makan collagen dan cuci muka setiap hari. nak pi keja makeup. Jangan biarkan diri anda kelihatan tua sebelum masanya. Penjagaan badan kena maintain, kalaupun tak dapat cam Rozita Cik Wan, asal dapat sipi-sipi dia takper...yang penting buat kerana Allah untuk kesihatan dan juga kepuasan diri. Bukan untuk orang lain atau siapa pun. Okay yer wanita-wanita, jangan rosakkan diri anda dengan menyelekehkan diri macam bibik kat dapur.hehehe....

Thursday, January 10, 2013

blog oh blog

Hari nie aku masih balik lewat. Tadi mesyuarat jawatan kuasa olahraga dan balapan peringkat sekolah untuk sukan daerah Alor Gajah. Hari-hari balik lambat. Hari-hari balik lambat. apa nak jadi dengan aku ni. Walau camner pun hari ini aku agak gembira ke sekolah. Nak tau kenapa..... hah! aku dah ader friend yang boleh share blog dengan ku. Jangan terkejut kawan ku ni adalah anak murid ku yang kini berada dalam tingkatan 3 Gamma., Seronok aku tengok 3 anak murid ku dah mula berjinak-jinak dengan penulisan blog.
Tak kirala apa yang ditulis, yang penting dengan adanya blog mereka dapat memperkukuhkan ide dan gaya penulisan cara yang tersendiri.
iliketobemyself98.blogspot.com-dalila

sayasukasenyum.blogspot.com-alysha
Aku dah belek blog mereka. Untuk murid yang berada dalam usia mereka, sesuatu yang membanggakan dan salute tuk mereka. So anak-anak ku teruskan usaha  kelian. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kelian.
Sebenarnya ader lagi sorang yang buat blog, tapi aku tak dapat nak copy gambar dia. Dia dah blok tak boleh copy so ......tekan jer address nie   olla-iqin.blogspot.com. Empunya blog nie asyiqin tuan tanahnya. Seronok jugak baca cerita mereka. Ok gurls! welcome to dunia blogging..hehehe

Wednesday, January 09, 2013

KE BUSY AN yang menyesakkan dada

Aduiiiiiiiii, penatnya hari nie. Rasa tak bernafas dibuatnya.  Pagi jer sampai sekolah, aku dah mengadap jalan besar menanti kehadiran anak-anak murid ku sayang ke sekolah. Sibuknya pagi di depan sekolah tak payah nak cerita. Kereta menderu-deru, motor terkejar-kejar, budak-budak dok berderet-deret turun dari bas atau pun kenderaan lain, Takut aku tengok kenderaan yang melalui zebra crossing. Kadang kala tak ikut peraturan. Ada ketika traffic dah merah, dia orang tetap jalan atau kadang kala belum sempat hijau budak-budak masih lagi menyeberang dah main start jer enjin bedesut laju. Ah! macam tak dia kisah nyawa orang lain. Kesian aku tengok pengawal keselamatan dok jaga traffic. Rasa hormat ku pada pengawal keselamatan yang volunteer tolong jaga traffic tersentuh di hati ku.
7.30 pagi aku diarah membuat surat kepada guru-guru yang terlibat dengan kursus VLE. Tengah dok sibuk menilik kerja-kerja tu. Datang setiausaha PIBG bawa dokumen yang nak dibentangkan dalam mesyuarat petang nanti. Belum sempat nak bincang, kumpulan penyelidik dari UKM datang nak buat kaji selidik tentang Program Keselamatan Jalan raya. Macam-macam yang di kaji. belum sempat nak urus hal tu, pegawai dari Jabatan Pelajaran Melaka datang nak memantau murid OKU sekolah ni. Lintang pukang boss aku. Tak terlayan gamaknya. So aku lah kena ambik alih. Penat tak terkira kena tawaf sekolah bawak pegawai tersebut ke kelas yang ada murid OKU. Macam-macam yang nak dibuatnya.  Apalagi, dengar dan ikut arahan. Gedebak gedebuk dah jam 11 pagi.
Sempat aku jamah nasi lemak yang ku beli pagi tadi. Terus aku kelas ku untuk mengajar. Aku beri penerangan dan kemudian murid ku terus membuat latihan. Terus kemudiannya aku bergegas ke ofis untuk menyiapkan kerja yang belum beres. 12 tengahari aku masuk ke kelas semula dan membuat pengajaran sehingga tamat kelas ku jam 12.40 petang.
Sampai di ofis aku teruskan menyiapkan kerja-kerja yang masih terbengkalai.  Solat zohor jam 2 petang dan 2.30 hingga 5.30 petang mesyuarat jawatan kuasa PIBG. Banyak isu-isu yang dibincang. Oh! what a relief, jam 5 petang aku dah berada dalam perjalanan balik ke rumah. Kesian anak ku terpaksa menunggu aku untuk balik bersama. Seperti biasa bila balik kat rumah.....hahaha rumah ku syurga ku. Mandi, solat dan terus jadi cleopatra atas katil sambil mengadap laptop. So finish about today. Hopefully tomorow will be a fine day to me.....

Saturday, January 05, 2013

Ku singkap rahsia hidup ku.......

Aku tiba-tiba bertanya pada teman sekerja, "eh! kan best kalau kita pencen awal, dapat duit, dapat pencen, boleh duduk kat rumah buat ikut suker hati, tak kena marah kat ofis dan bla, bla, bla......" Jawapan kawan ku, " hah! memangla syok, hari-hari buat rutin yang sama....tak der orang nak marah....jerkah kita dan yang bestnya tak payah pening kepala nak pikir pasal sekolah. "   Aku terfikir kalau aku pencen awal, apa aku nak buat nanti....makan tidur, makan tidur kerja yang paling membosankan ku. Dan biasanya aku akan masak, masak, masak sebab kat rumah aku selalu stress. Kemudian aku akan makan dan tidur. Kalau aku teruskan dengan rutin ini alamatlah cepat  mati la aku kerana penyakit. Jauhkanla aku dari penyakit ya Allah.

Aku mana biasa tak kerja. Duduk rumah pun biasanya aku tak tahan lama. Masuk 2 atau 3 hari cuti, aku dah bosan duk kat umah. Lagi-lagi kalau sleeping partner aku ada. Aku lagi cepat bosan sebab asik keja masak jer. Lagi pun laki aku nie suka- tinggi suara. Memang agaknya lahir suka cakap meninggi suara. Pastu suka cari pasal gan aku dan anak-anak. Aku rasa dia nie tak seronok kalau tak dapat marah.
So, akhirnya lebih baik aku kerja sampai pencen, takpe la kena marah kat ofis daripada asik kena marah kat umah. kalau kena marah kat tempat keja, kejap jer  reda, kalu kat rumah kena marah, alamat seminggu menanggung siksa. Bukan siksa kena dera fizikal tapi siksa kena deraan emosi.

Agak-agaknya lah.....perempuan ni memang dilahirkan untuk kena jadi hamba/kuli seumur hidup. Hahaha! aku selalu cakap pada kawan perempuan, anak saudara perempuan dan pada perempuan-perempuan yang nak kawin, "maka apabila akad nikah selesai ,maka anda akan mengikat kontrak sampai mati jadi kuli tak bergaji kepada suami anda. Kalau anda redha anda akan dapat pahala, kalau tak redha maka jadilah kamu semua macam saya, tersiksa dalam senyap sebab layanan suami bukan la seperti yang saya impikan. Impian itu kadangkala sangat indah. Realitinya, hampeh....." Apa yang kuinginkan.... taklah banyak. aku hanya inginkan seorang suami yang lembut percakapannya, memahami keadaan isteri yang tertekan, memahami isteri ada tanggung jawab pada ibunya, memahami tanggungan isteri terhadap anak-anak sangat berat, melayani ibu isteri seperti mana isteri melayani ibu bapa suami dahulu. Bukan banyak yang di minta, bukan duit bukan pun kereta menjela atau harta bertimpa. Aku hanya inginkan suami ku melayani aku dengan cara yang lembut sebab sebenarnya aku sangat sensitif dalam perlakuan dan tindakan.
Namun luahan ku hanya di sini. Tak siapa yang tahu malah aku pun tak kuasa nak mengadu kepada sesiapa pun. Biarla hanya dalam tulisan ku titipkan rahsia hidup ku.