Wednesday, July 17, 2013
NPQEL...Aku datang, kini bye, bye
Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ku ini. Bukannya tak mahu buat, kengkangan masa sangat cemburu pada ku. Sejak bulan Januari lagi aku sibuk memanjang menguruskan sekolah, Maklumlah awal tahun, banyak mesyuarat-mesyuarat yang perlu aku hadir dan juga mesyuarat yang aku terpaksa pengerusikan. Inilah tanggungjawab yang mesti aku pikul sebagai orang no 2 di sekolah.
16 Februari aku memandu ke genting. Maka bermulalah episod aku menjadi pelajar semula. Hah! untuk makluman semua, aku telah diterima untuk mengikuti NPQEL di Institut Aminudin Baki. Kursus yang memakan masa 6 bulan aku terpaksa rela hadiri. Tentunya aku amat teruja menjadi pelajar semula. Bayangkan tak pernah termimpi untuk belajar dalam usia 5 siries. Kalau BMW 5 series seronok kita lihat . Nie semua group yang cun melecunnya dah semakin pudar serinya. Begitu juga yang lelaki yang ketampanannya dah hilang. Majoriti tidak menepati selera ku. Agaknya mereka juga sama, melihat wanita-wanita yang diperingkat monopaus. Hahaha! gelihati aku melihat orang tua dok belajar. Androgogi. pembelajaran orang tualah katakan...lambat nak tangkap terutama bab-bab ICT. Nasib baik aku ni celik sikit. Jadilah aku tempat pergantungan kekawan yang kurang mahir dengan ICT.
3 minggu aku berada di sana, seminggu lebih aku demam dan batuk. Apa taknya setiap hari hujan dan cuaca mendung dan sejuk. Dalam keadaan demam dan batuk ku gagahi jua melangkah ke dewan kuliah. Dari jam 8 pagi hingga 11 malam kadangkala aktiviti terpaksa dilalui. Allah saja tahu betapa penat dan lelah untuk ku hadapi. Malam di asrama IAB sangat sunyi. Jiran bilik sebelah ku sering tak ada sebab balik KL setiap hari. Jadi aku seorang menghadapi bilik yang sepi. Kadang kala seriau jugak, apa taknya, ramai yang suka bercerita yang entah apa-apa. Buat dek jer sebab kalau fikir mau tak boleh tidur.
Bila bercerita soal makan....... banyak yang tak kena di tekak kami. Namun terpaksa juga ditelan. Biasalah makan di asrama. Aku bersyukur kerana kerajaan kita berbelanjakan jutaan ringgit untuk program ini, hanya nak memertabatkan profesion perguruan dan pemimpin sekolah, Cuba bayangkan di negara luar seperti India, Indonesia, Iraq dan negara lain. Nak makan pun susah, nak kerja pun perit, so tak tau bersyukor ke?.
Sebenarnya duit yang diperuntukan untuk makan banyak namun yang amat dikesalkan pembekal makanan asrama agaknya nak untung banyak.....$$$$$$. peduli apa tak cukup makan. Biasanya tengahari aku tak turun makan di dewan makan. Rehat sejam dari 1 tengahari ke 2 petang membuatkan aku lagi sakit. Oleh itu aku stay jer kat bilik kuliah dan makan kat cafetaria. Mahal memang tak dinafikan, namun aku agak santai bergerak. taklah tergopoh-gapah nak kuliah jam 2.
Inilah permulaan cabaran ku berada di Institut Aminudin Baki, namun kini pada 13hb Julai 2013 aku meninggalkan IAB dengan seribu kenangan. Pahit banyak manis pun banyak. Rasa tak percaya aku berjaya menamatkan kursus NPQEL. Kalau nak diikutkan banyaknya assignmen yang hendak disiapkan, rasa-rasa tak sanggup nak buat. Namun ku teruskan jua perjuangan ku dengan sokongan keluarga, teman-teman sekolah dan teman seNPQEL. Akhirnya ....kini aku menunggu untuk komensmen di PICC tahun hadapan.
Monday, July 15, 2013
e-pembelajaran NPQEL...cabaran yang menstresskan
Tidak pernah terfikir untuk berjaya menamatkan kursus ku di Institut Aminudun Baki. Apa tidaknya,dalam satu masa aku terpaksa memegang jawatan ku sebagai GPK Pentadbiran di sekolah yang memang berat tanggung jawabnya. Di samping itu aku terpaksa menyediakan persiapan anak ku yang melangsungkan perkahwinan pada 29 Jun lepas dan juga aku terpaksa menyiapkan e-learning NPQEL yang assignmen banyaknya auzubillah. Semua ku harung dalam keadaan yang sangat tension. Aduhai ketika itu aku sebenarnya sendirian menguruskan segala-gala. Walau bagaimanapun aku ingin mengucapkan perhargaan ku kepada rakan sejawat yang memahami keadaan ku ketika itu...apa taknya kadangkala bila di sekolah aku macam blurr...hah! jam 2 dan 3 pagi tidur mostly tiap hari. besuk bangun pegi sekolah kepala miung... geli hati bila ingat kembali. Bertapa setiap hari aku akan letakkan target...apa perlu siap dibuat pada hari tersebut. Bayangkan selepas saja majlis perkahwinan anak ku habes, at the same day Sandaran NPQEL ku juga tamat, blood pressure ku mendadak naik 140/90. Tak pernah umur BP ku naik. biasanya low blood pressure..Hah! nie lah penangan tidur lewat tiap hari...siapkan assignmen. Yang paling akhir aku menyiapkan laporan Sandaran ku...macam tesis. Lebih kurang 108 muka surat.
Anyway, bagi ku kursus ini walaupun terlalu packed namun ia memberi banyak ilmu kepada ku. Ilmu yang dibekalkan pada ku untuk menjadi pemimpin akan datang sangat memberi manfaat kepada ku dan kepada bidang pendidikan. Insya Allah aku akan praktikkan ilmu tersebut kelak. Dalam banyak-banyak modul, terus terang kukatakan modul bahagian kewangan ..aduh! pening nak faham....Nampak gayanya kelak aku kena memohon untuk mendalami modul kewangan....
Anyway, bagi ku kursus ini walaupun terlalu packed namun ia memberi banyak ilmu kepada ku. Ilmu yang dibekalkan pada ku untuk menjadi pemimpin akan datang sangat memberi manfaat kepada ku dan kepada bidang pendidikan. Insya Allah aku akan praktikkan ilmu tersebut kelak. Dalam banyak-banyak modul, terus terang kukatakan modul bahagian kewangan ..aduh! pening nak faham....Nampak gayanya kelak aku kena memohon untuk mendalami modul kewangan....
Persiapan untuk perkahwinan anakanda ku |
Kumpulan ku dalam SMI 2/2013 |
Pelajar yang mengikutimProgram Sandaran bersama guru dan YDP PIBG |
YDP PIBG Dr. Ihsan Bin Osman memberi motivasi kepada pelajar |
Subscribe to:
Posts (Atom)