Monday, March 25, 2013

Tugasan Modul 2 - Kajian kes Urine

Ini merupakan assigment ku yang pertama berada di NPQEL. Sebenarnya tugasan ni dibantu oleh En.Rahman guru dari Kuala Lipis. kalau harap aku nak dapat isinya, alamat lambat lah sebab otak belum tune lagi. Almaklum dah berzaman tak belajar dan tak menulis ilmiah. Betul ke atau tidak belakang kira. Asal siap. So apa pendapat anda semua?....tiba-tiba aku jadi begitu skema sekali...hehehe
En Shafie  (PPD Jasin),  En Rahman dan Pn Suzi (age baru early 40an)
Jawapan soalan 1
Update 15/7/2013  Assigmen nie aku dapat 84 /100 Kalau nak score, buat detail lagi dan tambah carta alir etc.
Punca-punca konflik SMK Persiaran Sepoy dengan pejaga murid
Konflik antara pihak sekolah dengan komuniti adalah perkara yang biasa berlaku sejak dahulu lagi. Ketidakpuasan dengan tindakan kepada anak-anak penjaga oleh pihak sekolah selalu dipertikaikan dan disuarakan oleh pihak yang berkepentingan.. Konflik ini timbul disebabkan oleh percanggahan antara pihak sekolah dengan nilai, norma, tanggapan dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat.

Menurut Stackman(2001) menyatakan faktor yang paling kerap menyumbang kepada konflik adalah faktor komunikasi dan faktor kepelbagaian iaitu interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai budaya dan latar belakang yang berbeza.

Dalam hal kes di atas, masalah disipin murid menjadi punca pertikaiaan bapa murid dengan SMK Persiaran Sepoy. Oleh itu faktor yang utama yang membawa kepada konflik ini ialah faktor komunikasi.

1.    Di sini wujud salah faham di mana bapa murid tidak berpuashati dengan matlamat sekolah untuk menangani masalah disiplin. Beliau menganggap pihak sekolah sengaja ingin memalukan anak dan keluarganya.
2.    Gangguan dalam saluran komunikasi menyebabkan maklumat tidak sampai -salah alamat. Surat menyurat  dari sekolah tidak sampai ke tangan waris murid. Ini menyebabkan pihak bapa murid tidak mendapat maklumat berkenaan salah laku anaknya.
3.    Tiada garis panduan tentang tatacara ‘urine test’ yang disediakan oleh pihak sekolah. Membuat ‘urine test’ tanpa mengikut  tatacara yang betul.
4.    Maklumat murid dalam buku kedatangan murid tidak lengkap dan maklumat terkini murid tidak di kemaskini.

Faktor seterusnya ialah tentang latarbelakang murid ini. Murid ini datang dari keluarga yang berpecah belah. Ibu bapa mereka telah bercerai.  Ibunya telah berkahwin lain dan bapanya pula merupakan bekas banduan. Oleh itu apabila mendapat tahu anaknya menjalani ujian air kencing. Bapa murid merasa tercabar kerana dia beranggapan anaknya seorang yang baik. Malah dia tidak mengetahui bahawa anaknya pernah melakukan kesalahan disiplin yang lain seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, tidak membuat kerja sekolah dan melawan guru. Laporan salah laku murid ini terbongkar apabila kes ini timbul.

Konflik ini juga timbul disebabkan desakan daripada pengetua yang ingin membuat perubahan terhadap persepsi masyarakat yang menjadikan SMK Persiaran Sepoy sebagai sekolah bermasalah. Beliau berpendapat andai disiplin murid dapat diselesaikan maka ia akan memberi kesan kepada peningkatan prestasi akademik murid. Oleh itu beliau mengarahkan  Guru Penolong Kanan Hem menjalankan ujian air kencing tanpa menyelia aktiviti tersebut.

Guru Kanan Hal Ehwal Murid pula kurang berpengalaman dalam pengurusan Hem. Ini menyebabkan urusan “urine test’ dijalankan tanpa mengikut prosedur yang telah
ditetapkan, Beliau juga membuat tuduhan terhadap murid tersebut tentang pengambilan dadah berdasarkan laporan daripada pelajar lain. Tuduhan tanpa bukti menyebabkan bapa murid  terlalu marah dan kecewa tentang tindakan sekolah.

Selain dari itu, faktor peribadi juga menyebabkan konflik ini berlaku. Bapa murid tidak mempunyai nilai peribadi yang baik di mana tiada  perasaan hormat kepada pihak sekolah. Sikap aggresif bapa murid ketika sessi perbincangan dengan pihak sekolah menampakkan emosi dan tingkah laku yang tidak dapat dikawal.

Kesimpulannya konflik ini perlu diuruskan dengan betul. Pihak sekolah perlu memahami punca-punca konflik, jenis konflik serta cara-cara penyelesaian konflik dan kesan konflik kepada  organisasi yang dipimpin. Dengan memahami konflik yang sedia ada pihak sekolah perlu membuat penambahbaikan supaya konflik tidak berlaku semula dan seterusnya matlamat organisasi dapat dicapai dengan jayanya.

Jawapan soalan   no.2     
Prosedur Dalaman Untuk Melaksanakan “Urine Test” di Peringkat Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2010 Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah ada menyediakan tatacara yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah untuk mengadakan urine test di peringkat sekolah. Buku Tatacara Tindakan ke atas Kes-kes Penggunaan Dadah dalam Kalangan Murid Sekolah yang dibekalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dijadikan asas dan panduan dalam melaksanakan urine test di sekolah. Segala maklumat berkaitan murid yang terlibat dalam urine test yang dilaksanakan adalah sulit. Dalam melaksanakan ujian di atas terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas . Antara perkara yang perlu dilakukan untuk setiap fasa adalah seperti berikut;
1          Fasa Sebelum.
·         Perbincangan awal dengan pengetua.
·         Menyerahkan kertas cadangan kepada pengetua.
·         Melantik Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa kerja.
·         Memaklumkan kepada PPD/JPN/PIBG/AADK (Agendi Anti Dadah Kebangsaan)
·         Mengadakan mesyuarat pelarasan.
·         Mengedarkan surat makluman dan kebenaran kepada penjaga.

2          Fasa Semasa.
·         Memastikan arahan dan peraturan difahami dan dipatuhi
v   Rujuk Buku Tatacara Tindakan Ke atas Kes-kes Penggunaan Dadah Dalam Kalangan Murid di Sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
·         Memastikan tempat, peralatan dan pegawai adalah sesuai serta mencukupi.
·         Taklimat kepada murid terlibat.
·         Membuat catatan dalam buku log .

3          Fasa Selepas
·         Menyediakan laporan bertulis untuk diserahkan kepada pengetua dan pihak yang berkaitan

Kesimpulannya, .dalam melaksanakan ‘urine test’ di peringkat sekolah. Pihak sekolah perlulah mematuhi (SOP) ‘Standard Operation Prosedure’  yang telah di tetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Prosedur ini perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya konflik kerana isu ‘urine test’ dalam kalangan murid adalah isu sensitif yang perlu ditangani dengan berhati-hati.

No comments:

Post a Comment