Saturday, October 26, 2013

LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan

      LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan latihan yang perlu diikuti oleh semua penjawat awam. Setiap orang penjawat awam perlu menghadiri sebanyak 7 hari Ladap dalam setahun. Ladap  di sekolah merupakan tempat bagi bagi guru-guru dan staf sokongan mendapat ilmu tentang tugas profesional mereka. Biasanya topik-topik yang berkaitan tentang keperluan dalam kurikulum, kokurikulum dan juga keperluan kerja sepasukan diadakan bagi memantapkan kerjaya guru dan staf sokongan. Ladap biasanya di adakan pada hari Sabtu iaitu semasa PdP tidak dijalankan dan pada cuti hari sabtu. 
     Bagi penambahbaikan pelaksanaan Ladap di sekolah, saya mencadangkan supaya Ladap tidak tidak dijalankan setiap minggu tetapi pihak pentadbir hendaklah membahagikan 7 hari dalam masa 12 bulan. Ini adalah kerana kekerapan guru datang ke sekolah pada hari sabtu sebenarnya telah menidakkan kebajikan guru. Kebiasaan sekolah ingin cepat menghabiskan atau menyiapkan 7 hari tersebut dalam semesta pertama. Berkenaan kehadiran ke sekolah pada hari Sabtu telah diberikan garis panduan iaitu hanya sebanyak dua kali sahaja dalam sebulan. Oleh itu guru tidak akan merasa terbeban. Aktiviti LADAP boleh juga diadakan pada musim cuti sekolah tidak melebihi 1/2 daripada tempoh cuti tersebut.

     Ladap yang hendak dibuat hendaklah meliputi perkara-perkara yang boleh mewujudkan kerja berpasukan. Ini adalah kerana dalam kalangan masyarakat sekolah telah ujud satu sikap pentingkan diri sendiri dan racist. Oleh itu dengan adanya motivasi yang berbentuk kerja berpasukan dapatlah dibentuk masyarakat warga sekolah yang prihatin dan menganggap pekerjaan itu satu ibadah. Ladap yang hendak dijalankan tidak hanya bertumpu kepada ceramah sahaja tetapi hendaklah kepada aktiviti yang aktif dan dinamik supaya Ladap tidak membosankan.

Akhir sekali pihak sekolah hendaklah mengambil serius tentang keperluan guru-guru mendapat latihan bagi memantapkan guru sebagai pendidik. Dengan adanya perkongsian ilmu dalam Ladap, guru-guru dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih rapat lagi sesama rakan.   

No comments:

Post a Comment