Sunday, February 02, 2014

DISIPLIN MURID DI SEKOLAH - WAJARKAH KITA BERTINDAK SECARA EMOSI?


Setelah anda baca artikel dibawah ini.....Fikir-fikirkan  kerana anak murid anda ibarat anak anda sendiri..

DIAMBIL DARI PORTAL kEMENTERIAN PENDIDIKAN

TAMIL NESAN BERTARIKH 29 JULAI 2010 & 2 OGOS 2010 – ADA TINDAKAN DISIPLIN PELAJAR DIDAPATI TIDAK BERSESUAIAN.

07 September 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar TAMIL NESAN dalam ruangan BERITA bertarikh 29 Julai 2010 & 2 Ogos 2010 – Ada tindakan disiplin pelajar didapati tidak bersesuaian.
Dimaklumkan bahawa fungsi asas sesebuah sekolah adalah sebagai institusi untuk mendidik. Hukuman yang dilaksanakan adalah dalam konteks mendidik atau mengajar mereka erti undang-undang dan pertanggungjawaban pematuhan undang-undang dan peraturan. Sungguh pun kuasa dan budi bicara diberikan kepada pihak berkuasa disiplin di sekolah, namun dalam pelaksanaannya pihak berkuasa tersebut telah diminta mengamalkan keadilan. Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural justice’ perlu dilaksanakan. Prinsip yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan ini digunakan sejagat (universal application) dan sesiapa juga yang membuat sesuatu keputusan adalah tertakluk kepada mematuhinya. Ringkasnya, dalam konteks ini, seseorang murid itu tidak boleh dihukum tanpa diberi peluang belaan darinya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga bersetuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa hukuman melampau bukanlah cara mendidik dan jika dilakukan oleh seseorang guru, maka sebenarnya telah terkeluar dari prinsip dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari semasa ke semasa juga KPM telah mengeluarkan garis panduan agar pihak sekolah mematuhi tatacara hukuman kepada murid. Berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan, jenis-jenis hukuman yang dibenarkan oleh KPM untuk dilaksanakan di peringkat sekolah hanyalah AmaranDendaPenahanan (detention)RotanPenggantungan dan Pembuangan. Walaupun begitu, hukuman Rotan, Penggantungan dan Pembuangan hanyalah merupakan pilihan terakhir setelah semua usaha-usaha bimbingan, nasihat serta tunjuk ajar dilakukan, malah ada yang memaklumkannya terlebih dahulu kepada ibu bapa mereka.
Dalam hal penguatkuasaan disiplin di peringkat sekolah pula, Guru Besar / Pengetua telah diberi kuasa menjaga disiplin dalam kalangan murid-murid termasuk mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah sebagaimana perlu atau bermanfaat. Dalam hal ini, kesesuaian pilihan sesuatu hukuman adalah terletak kepada pihak berkuasa disiplin sekolah. Oleh yang demikian, pertimbangan sewajarnya perlu diambilkira oleh mereka terhadap hukuman yang dipilih.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment