Monday, March 12, 2012

Cuti oh! cuti.......


tengah stress nie  eeeeeeeee


Selamat bercuti buat semua rakan guru serta anak-anak murid yang dikasihi. Seminggu bercuti sekurang-kurangnya dapat kelian menghilangkan stress. Namun adakah kelian dapat bercuti.... Persoalannya hanya sebahagian sajer yang dapat menikmati cuti ini. Apa tidaknya ramai dikalangan kita yang terpaksa menghabiskan cuti dengan kelas tambahan untuk kecemerlangan sekolah. Tuisyen, bengkel menjawab soalan, klinik belajar dan bla, bla, bla....

Ini lah dia pengorbanan yang orang lain tak tahu. Guru sibuk dengan sekolah. Siapa yang akan menguruskan anak cikgu???? Aku selalu katakan pada diriku...siapa yang akan jaga anak kita....?  Allah bersama keluarga kita. Allah memelihara anak-anak kita. Itu lah doa ku dan tentunya jika kita ikhlas membantu anak-anak orang lain pasti Allah bersama kita. Guru ibarat lilin yang membakar diri. Lahirnya seorang guru adalah untuk menghambakan diri dalam dunia pendidikan.

Kadang kala aku rindu  untuk pergi bercuti atau jalan-jalan cari makan bersama keluarga. Keluar shopping, pergi berhibur di Sunway Lagoon atau Kolam Air Panas (bukan luar negeri punn). Namun sering tak kesampaian dek kesibukan yang tak pernah abes. Cuti ini......isnin pergi sekolah, boss suruh datang sebab nak bincang tentang PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH untuk Tingkatan satu. Rabu.. pergi Penang, buat bench mark untuk murid Rancangan Khas sampai hari jumaat. Ahad pegi Kuala Lumpur untuk mesyuarat pengetua-pengetua. (aku wakil pengetua). So bila agak-agaknya aku bercuti......

Kembali aku kepada mu YA ALLAH...

No comments:

Post a Comment