Thursday, March 29, 2012

Rimau ku mengaum lagi.....




Selepas suboh aku terlena kembali. Penat rasanya seminggu bekerja. Rasa hari nie kalau dapat tidur
seharian kan best. Aduh! kena bangun jugak sebab nak masak nak prepare makanan untuk tengah hari. Husband nak balik. Jam sebelas pagi aku pun drive ke LCCT bersama gan adik angkat ku nak fetch husband yang dah 3 minggu out station di Kota Kinabalu.
Pabila tengah marah
Sampai di LCCT ketaku temperature naik. Husband ku sibuk telefon aku, apa lagi ...nie.  hah! keta  temperature naik!! so and so datangla dia kepada ku dengan mood yang macam ......T..k
Marah nampaknya. Wah! nampaknya Rimau nie nak meroyan.

Dalam keta aku naik pekak telinga dengar dia menceceh. Bukan menceceh pasal keta tapi menceceh pasal result SPM anak. Yerla tak berapa nak cemerlang. 2A, 3B+, 1B, 1C, 2D. Aliran sains tulen, bukan senang. Aku diam membisu sambil menjeling temperature keta. Tak boleh jadi, keta aku makin panas di tambah dengan sesak jalan nak ke Seremban. Sampai kat R&R Seremban aku berhenti.

Lebih 2jam aku di situ, aku call adik ipar ku yang kebetulan lalu di situ tuk mengambil suami ku. Sampainya ipar ku, suami ku masuk dalam kereta dengan muka macam cuka.Tanpa sebarang ucapan dia pergi meninggalkan aku dan adik ku bersama kereta ku yang tak boleh bergerak kerana jalan masih sesak.
Seterusnya citerku tak dapat disambung atas sebab-sebab peribadi, lalu aku terfikir.... bagaimana kehidupan ini dapat ku lalui selama berpuluh tahun menghadapi rimau yang tak dapat dijangka akan mengaum....

Sabar, sabar, sabar...... Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Rimau ku ketika manja

No comments:

Post a Comment