Sunday, September 23, 2012

SAYANG ANAK KU SAYANG


Dah berbulan rasanya aku tak menulis. Tak ader mood ditambah dengan kerja-kerja sekolah yang berlambak-lambak.  Peperiksaan percubaan Pmr dan Spm dah pun berakhir. Result percubaan Pmr dah pun dapat. Toing!toing!, Nampak ader peningkatan. Target untuk sekolah ku tahun ini, 60 straight A'. Amboi banyaknya...itulah harapan. Mimpi kena besar kalau nak dapat yang besar. So usaha perlu lebih..

macam-macam kerja dibuat dek budak-budak nie 
Tentunya kami dah merancang macam-macam nak dapat cemerlang PMR tahun ini. Aku tak berapa risau tentang kelas yang depan nie. 4 kelas belakang ni cukup merisaukan aku. Bukan kerana budak tu tak pandai. Masalah besar budak asik ponteng sekolah. Itu number 1 problem di sekolah nie.

Kami dah tak boleh tolerate dah gan budak kelas hujung nie. Degil tahap baban. Mak ayah diaorang pun tak dapat nak kawal meka. So apa nak buat.....Wow! jom kiter buat kelas angkat. Aku jaga tingkatan 3. Setiap pentadbir jaga tingkatan masing-masing. Hari-hari  aku kejar budak tingkatan 3. 1 hari ponteng aku rotan 1 rotan. Memangla cikgu tak boleh merotan., tapi apakan daya ku.... aku terpaksa...nak jadikan anak murid ku manusia berguna. Niatku ikhlas, hanya untuk melihat anak-anak muridku berjaya..