Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

SAYANG ANAK KU SAYANG


Dah berbulan rasanya aku tak menulis. Tak ader mood ditambah dengan kerja-kerja sekolah yang berlambak-lambak.  Peperiksaan percubaan Pmr dan Spm dah pun berakhir. Result percubaan Pmr dah pun dapat. Toing!toing!, Nampak ader peningkatan. Target untuk sekolah ku tahun ini, 60 straight A'. Amboi banyaknya...itulah harapan. Mimpi kena besar kalau nak dapat yang besar. So usaha perlu lebih..

macam-macam kerja dibuat dek budak-budak nie 
Tentunya kami dah merancang macam-macam nak dapat cemerlang PMR tahun ini. Aku tak berapa risau tentang kelas yang depan nie. 4 kelas belakang ni cukup merisaukan aku. Bukan kerana budak tu tak pandai. Masalah besar budak asik ponteng sekolah. Itu number 1 problem di sekolah nie.

Kami dah tak boleh tolerate dah gan budak kelas hujung nie. Degil tahap baban. Mak ayah diaorang pun tak dapat nak kawal meka. So apa nak buat.....Wow! jom kiter buat kelas angkat. Aku jaga tingkatan 3. Setiap pentadbir jaga tingkatan masing-masing. Hari-hari  aku kejar budak tingkatan 3. 1 hari ponteng aku rotan 1 rotan. Memangla cikgu tak boleh merotan., tapi apakan daya ku.... aku terpaksa...nak jadikan anak murid ku manusia berguna. Niatku ikhlas, hanya untuk melihat anak-anak muridku berjaya..

Sunday, March 18, 2012

5 S....perh! senang ker nak dipraktikkan

Apa sebenarnya 5 S?
Senang cerita ko baca dan tengokla gambarajah kat bawah nie. Kalau dalam bahasa melayu lebih kurang begini bunyinya. SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL.

 
        
Amalan nie memanglah senang diucapkan namun bila nak dipraktik..., masyaallah. susah bangat. Sebenarnya kalaulah amalan nie dapat dijayakan. Ia akan memudahkan pengurusan akan datang. Mudah mencari, meletak di tempat sepatutnya,

Di ofis ku banyak kali kita cuba nak buat namun hingga kini kami baru berjaya SISIH jer. Tue barang-barang dan fail masih lagi bersepah-sepah kat saner kat sini. Nak susun jer ambik masa.... Semak kepala dibuatnya. Namun yang baiknya masa nak menyisiih nie barula terjumpa fail zaman tok kadok yang sangat penting iaitu fail aset penerimaan barang ICT. Huh! hepi sekejap....

Belum sempat nak abes 5S dalam pengurusan pejabat.
TIMBUL LAK.....5 S dalam DUNIA PENDIDIKAN

SENYUM
SALAM
SAPA
SAYANG
                 SYUKUR    apa nie?

Hah!! nie dia konsep guru penyayang. Boleh tak amalkan.....bolehkan....kan.....kan

Tuesday, March 13, 2012

TIGA BELAS%


Wah ! 13%.... apa menda yang 13% ? tanyer rakan sejawat yang memang sah-sah dah ketinggalan keretapi. Tak tau lagi ker. Ayoyo gaji naik 13% laaa. Eh! betul ker? Berapa ye naik. Cuba kira.... Seronok aku tengok. Masing-masing dok mengira gaji masing-masing.Hah! ader lagi,,,,dah mengira-gira apa nak buat gan gaji yang lebih tuuu............
 Bagi ku, kenaikan 13% adalah satu rahmat yang sangat bererti. Sekurang-kurang dapat menampung kehidupan hari ini yang semakin mendesak. Apa taknya, harga barang makan dah naik melompat-lompat. Kalau dulu ikan kembong yang aku jarang pandang baru harga rm5 namun sekarang dah rm12. Tu baru kembong, tenggiri, merah  dan jenak tak payah nak cerita. Sekilo rm22. Lama rasanya tak makan ikan jenak. Terliur nak masak lemak cili api.

Syukur alhamdulilah, kita adalah penjawat awam. Sekurang-kuranya gaji kita naik. Ada duit tiap-tiap bulan. Bayangkan orang-orang kampung, orang pencen gaji rendah, yang keja swasta company kecik. Bayangkan.....(HARI-HARI HUJAN, CAMNER NAK NOREH GOTAH)?.Pernah tak kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Pernah tak kita terfikir anak-anak murid kita yang pegi sekolah, duit hanya cukup tambang bas. Ada tu yang tak mampu nak beli makanan. Aduh! aku menjadi begitu insaf. Kalaula aku punyer wang yang banyak ingin aku membantu mereka namun hanya simpati dapat ku berikan kepada mereka selain kasih sayang ku untuk anak-anak muridku. Semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dunia dan akhirat. AMIN......

Saturday, March 10, 2012

Potluck = Team building

Macam-macam ada, boleh pilih ikut selera. Tapi jangan ponteng yer....
     Aku kadang-kadang tak faham kenapa bos aku tak suka kalau stafnya buat potluck. Katanya potluck  akan membuatkan cikgu-cikgu tak masuk kelas. Apabila kami buat potluck jer. Bos aku tak akan join. Bagi ku pula aktiviti ni ada pro and con. Ia tidak baik jika ade yang mengambil kesempatan untuk ponteng mengajar. (bukan murid jer suka ponteng). Untuk tidak pegi relief ganti cikgu tak hadir, untuk tidak buat bla, bla, bla....

     Bagi ku, sebagai seorang manusia biasa, kita perlu ada aktiviti yang lain dari jadual biasa. Kalau asyik pegi kelas, balik kelas, tengok buku, semak buku, layan murid. Semua rutin seorang guru, ah! alangkah bosannya kehidupan seorang guru. Mengapa tidak sekali sekala kita pegi kelas, masuk bilik guru kita chit chat sambil menghayati makanan yang dibawa rakan kita. Kan seronok....Tentunya topik kita ialah makanan. Nyum, nyum

     Melalui pengalaman ku, potluck boleh membina semangat team work. Semua bekerjasama dalam situasi yang gembira. Membentuk kita menghomati rakan serta berpeluang mengenali rakan kita dengan lebih dekat lagi. Malah dalam kita berpotluck kita dapat bersedekah kepada orang lain. Tapi yang paling best dan paling aku suka ialah bertukar-tukar resipi.....tapi tak buat punnnn. lots of laugh...

ANYWAY, THANK YOU BOSS,  SEBAB U TAK KACAU WE ALL BILER WE ALL WAT POTLUCK.