Hari sabtu nie agak santai sikit. Rasa lega, rasa kosong dalam kepala. Beban tugas di sekolah seakan tak ada langsung. Boleh bernafas panjang. Nak kata seronol tak jugak. Nak bersedih dah tentu tidak. Seperti yang ku katakan pagi ini aku teramatla tenang dan walau pun wajah hari semakin mendung aku tetap segar.
Selesai sarapan pagi anak ku mengajak menemaninya service kereta. Hah! ajak mama pi service kereta. Tentunya aku dah dapat mengagak nak minta belas ihsan ku membayar. Anak ku irfan, mama nie dah boleh baca ide nak mama temankan kamu. Yerla, nama pun anak, susah camana sekali pun, mama akan tetap tolong......
Rasaku hari nie ada jemputan kenduri. Almaklum dah nak musim HAJI. Selain tue musim kawin. Yang dah tetap petang nie jam 3, rumah Datuk Azhar wat kenduri. Kena pegi sebab kami tinggal setaman. Malam pula rumah Midah, pun kena pegi. Setaman gak. Kenduri untuk apa tak aku ketahuan. Janji pergi, sebagai orang yang di jemput wajib aku pegi.
Cuaca yang yang mendung tadi kini dah berubah. Hujan dah turun mencurah-curah. Nasib baiklah tika ini aku di workshop. Dapat online pula. Mentang-mentanglah aku dapat free YES 4G. Sekolah aku terlibat dalam program Vitual Learning Enviroment (VLE) anjuran Kementerian Pelajaran. So, kami diberi 20 Dongle (broadband). Sebagai pentadbir tentunya aku dapat. Syukur alhamdulilah, pemberian ini benar-benar memberi manafaat kepada ku dalam urusan pengurusan tugas ku. Terima kasih kepada kerajaan yang memerintah.
FREE YES4G- hehehe nama pun free |
Berbanding di Negeri Sembilan Adun Kota, Tak pernah aku nampak kecuali masa pilihan raya dulu, begitu jua Wakil Parlimen kawasan Rembau, KJ. Jarang nak datang tempat ni. Rasa-rasanya kalau BN tak menang nanti jangan salahkan rakyat. Tapi aku percaya BN akan menang sebab rakyat KOTA dan REMBAU masih setia pada BN terutama orang-orang tua. Namun bagi yang 40an ke bawah aku tak jamin....
Walaubagaimana pun walau apapun yang berlaku, biarla keharmonian hari ini dan hari-hari yang akan mendatang akan kekal dan lebih baik lagi....insha Allah
Okay enough for today. Salam
No comments:
Post a Comment