Monday, November 26, 2012

HOBI BARU KU - Jadikan aku remaja kembali

Dah beberapa hari aku tak menjengah blog aku ni. Bukannya apa pun. Rasa macam tak ader masa. Apa taknya, aku kini dah ada hobi baru. Nak tau hobi baru ku tuu. Mata aku setiap hari bercengkang sehingga jam 2 pagi hingga jam 3 pagi. Adui! rasanya seronok juga dengan hobi baru ni. Aku terasa muda dan bertenaga dalam menjalani kehidupan harian ku.
Setelah berpuluh tahun ku tinggalkan rutin ku dulu. Mungkin aku tak menyedari, kerana terlalu sibuk, terlalu sibuk dengan masalah di rumah dan di tempat kerja. Terlalu sibuk dengan kehidupan yang memeningkan. Kadangkala aku sibuk dengan entah hapa-hapa. Sayang! aku sering mencari kekurangan yang aku ada. Mencari kesilapan dan mencari kepincangan dalam diri. Akhirnya aku yang kecewa. Kebusyan ku menjadikan aku terlalu skema menilai diri dan orang lain.
Apa kah aku akan membiarkan kekosongan ruang hati dan memendam rasa. Tentunya aku tak kan membiarkan kebahagian tenggelam begitu saja. Ini hidup ku, aku akan hidup untuk esok, lusa dan seterusnya. Waktu akan terus bergerak dan melangkah dan akan meninggalkan aku tanpa jejak. Jadi perlukah aku meratap kecelaruan ku dalam kehidupan ku. Aku perlu muhasabah diri. Melihat kekuatan yang ada pada diri untuk memulakan semula. Dan kini telah ku temui jalannya.....
Alangkah indahnya. merenungi kehidupan dengan membaca. Hah! membaca....aku dah kembali minat membaca. Rasanya masalah kehidupan ku yang serupa tak lengkap ini dapat ku lupai dengan membaca novel-novel cinta.
Kenapa cinta?... Ah! cinta boleh merubah diri kita kepada keasyikan pada keindahan. malah dengan cinta segala kesukaran dapat dilalui dengan redha. Pergh! Dalam usia yang begini cinta seolah-olah dapat mengubati hati yang lara. Cinta menjadikan aku remaja kembali. Kebahagiaan itu begitu misteri dan hanya yang merasai dapat merasakan kehadirannya.



Semoga dengan hobi baru ku ini aku akan lebih bahagia dan lebih menghargai kehidupan yang mendatang. Kehidupan ini perlu dipenuhi dengan rasa kecintaan dan keromantisan. Dengan itu segalanya akan dapat diterima dengan penuh keredhaan.

No comments:

Post a Comment