Friday, November 02, 2012

NAMA PUN FREE U !!!

Hahaha...internet ku dah dipotong 3 hari. Oh aku tak perlu risau sebab aku ada free  4G yang aku dapat dari sekolah. Hah! inilah masanya aku nak try cuba tahap pencapaian 4G ku. Hari pertama aku cuba pakai. Satu hapak signal internet tak dapat aku kesan. Hari kedua....lembab tahap baban. Hari ketiga....ah. ....memang lemau.
        Nampaknya kalau free memang inilah jadinya. Semua yang dibekalkan oleh kerajaaan kepada kita selalu yang low kualiti. Aku tak menyalahkan kerajaan dalam soal kualiti. Aku kesal, kerajaan kita berbelanja jutaan wang untuk rakyat, namun hasil atau produk yang rakyat dapat sungguh mengecewakan.
       Hari ini sekolah ku menerima meja yang siap dengan locker kecil. Apabila aku tengok saja meja tersebut, dah sah bekalan yang dihantar jenis rendah mutu buatan dan bahannya. Aku rasa anak-anak muridku goyang atau heret 2 atau 3 kali alamatlah akan patah. Begitu juga tahun lepas kami menerima 200 kerusi murid. Tak sampai beberapa bulan dah patah dan goyang. Banyak yang rosak. Siapa yang perlu disalahkan??..Sedih aku memikirkannya.
      Sebenarnya ramai yang tidak sedar, kerajaan telah memberi banyak kemudahan kepada kita. Namun di peringkat pembekal atau orang yang menguruskan yang selalu menghancurkan usaha kerajaan. Aku sendiri hairan, contoh, komputer yang dibekalkan harga sampai RM5000. Namun beberapa bulan pakai dah buat problem. Bila repair, dalam banyak komponen tak ori. Aku tak berapa tau sebab aku tak tengok dalam cpu. Orang yang cakap. Realitinya....kenapa cepat rosak dan kenapa mahal sangat sedangkan aku beli PC kat rumah rm2000, tahannya bertahun-tahun.
kalau computer yang hancur tak per, tapi sikap kita akan menghancurkan negara. maka rugi seluruh rakyat Malaysia
      Jadi di sini kesimpulannya......Allah saja yang tahu. Dimana silapnya, Dosa tanggungla...jawab la nanti di akhirat.....aku berdoa rezeki yang aku dapat tiap-tiap bulan ini adalah rezeki yang halal. Anak-anak ku makan dari punca yang halal...segalanya adalah halal...insyaallah...

No comments:

Post a Comment