Wednesday, August 21, 2013

Pesanan buat junior NPQEL



Kepada rakan-rakan NPQEL yang sedang mengikuti kursus ini, 
Sebenarnya aku pun terkedu pabila aku melihat pageview bagi blog ini meningkat naik. Namun aku rasa sejak aku updatekan assigment yang aku buat dulu, tiba-tiba eh! peliknya rupa-rupanya ada yang membaca blog aku ni. Aku amat berharap andai tuan/puan membaca assignmen ku, aku relakan namun kalaulah soalan tu sama dengan soalan yang aku buat, jangan lah tuan/puan tiru 100%. Bukannya apa, pensyarah IAB ni pandai-pandai belaka, mereka ada cara untuk trace samada tiru/plagiat. Apa yang perlu tuan/puan buat ialah ambil isi-isi penting kemudian karanglah sendiri. Kalau boleh tambahlah isi-isi yang lain, mana tau markah akan lagi awesome. Aku buat ikut kefahamanku. Kadangkala pensyarah mempunyai pendapat yang berbeza. Mungkin dengan pensyarah yang berbeza markah juga berbeza. So selamatlah membuat tugasan kepada junior2 ku. Aku kat sini sajer syok sendiri.....
HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
  Berdasarkan video yang disediakan, cadangkan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah anda yang merangkumi semua sub-modul dalam Modul 5 yang telah anda pelajari.
Cadangan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font Arial 11, double spacing, tidak melebihi tiga (3) muka surat. 

Pelbagai program yang di jalankan di sekolah melibatkan hubungan dengan komuniti.  Hubungan dengan masyarakat setempat dan komuniti luar yang akrab akan membina jaringan dan jalinan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.  Pihak sekolah memerlukan pihak luar bagi mendapatkan sokongan dana untuk menjalankan program dan pihak luar pula sering memohon bantuan dari segi murid-murid dan guru untuk melibatkan diri dalam program mereka.
Program yang boleh dibuat di sekolah ialah program mencari dana bagi menampung pembiayaan untuk membeli sebuah van di sekolah ini. Program yang disebutkan ialah program Hightea. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan ibubapa dan guru. Kejayaan program Hightea banyak bergantung kepada kemahiran pengetua dan PIBG untuk melaksanakannya. Kerjasama dari kedua pihak membolehkan ia dapat dijalankan Perbincangan pengetua dan PIBG adalah dalam suasana muzakarah, mencari penyelesaian masalah bagi mencari sumber kewangan. Di sinilah perlunya komunikasi yang berkesan antara kedua pihak supaya persefahaman dapat dijalinkan. .
Sebagai seorang pengetua beliau seharusnya bijak membina dan membangunkan kapasiti staf bermula dari perancangan hingga kepda pelaksanaan program. Dalam hal staf pula satu jawatan kuasa dibentuk di mana guru-guru dikenal pasti tentang peranan dan tugas yang perlu dijalankan. Guru yang berpengalaman dan guru baru dibangunkan melalui (PLC) Komuniti Pembelajaran Profesional dan melalui Profesional Guru Berasaskan Sekolah. Di sini pentingnya coaching and mentoring, team teaching di mana perkongsian ilmu dalam (PLC) dan PGBS dikongsi bersama. Peningkatan kompentensi guru berlaku dan program dapat dilaksanakan dengan cemerlang seterusnya ia akan menjadi budaya dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di sekolah.

Foto contoh
Program Hightea sememangnya melibatkan komuniti luar di mana pihak sekolah berhubung dengan pihak luar untuk menjual kad-kad Hightea. Semua warga sekolah dan ibubapa murid terlibat dalm penjualan kad hightea. Ibubapa berperanan dalam sarana PIBG membantu sekolah bersama-sama menjual kad hightea. Kerjasama ini akan mengeratkan hubungan PIBG dan sekolah. Hubungan jaringan dan jalinan dengan pihak luar memudahkan pihak sekolah mendapat tajaan seperti kemudahan pinjamaan khemah dari Kem Askar Sungai Udang Melaka. Selain itu pihak sekolah boleh mendapatkan hiasan-hiasan bunga, karpet,kerusi dan meja dengan percuma melalui Majlis Perbandaran Alor Gajah. Dengan ini membolehkan pihak sekolah mengurang kan kos perbelanjaan hightea dan seterusnya mendapat keuntungan yang lebih.

Kerja berpasukan
Dalam proses pelaksanaan, kerja sepasukan amat diperlukan. Ini adalah kerana semua kerja memerlukan satu pasukan yang mantap dan berpengalaman untuk menjayakan Hightea kerana program Hightea merupakan satu program yang besar. Oleh itu, semua warga sekolah perlu bergerak ke satu visi dan satu matlamat, iaitu mencari dana bagi pembelian sebuah van di sekolah. Sememangnya kerja sepasukan bukan mudah dilakukan. 

Banyak cabaran yang akan dihadapi namun kerjasama dan tolak ansur dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dan juga yang setara membolehkan program ini berjalan lancar. Dalam hal yang demikian komunikasi berkesan sangat memainkan peranan.
Semasa Hightea berlangsung, banyak perkara-perkara tentang majlis rasmi tidak formal perlu diambil kira. Ini adalah kerana protokol yang perlu dipatuhi. Seorang event manager perlu dilantik untuk memastikan perjalanan majlis pada hari itu berjalan dengan lancar. Pakaian adalah baju batik. 

Dalam majlis begini, pengerusi majlis memainkan peranan yag sangat penting kerana dialah yang mengawal majlis. Sistem bunyi perlu dijaga kerana kegagalan berfungsi dengan baik akan mencacatkan majlis. Pelan kontigensi untuk sistem bunyi perlu ada. Biasanya penggunaan  bateri kereta untuk mendapat tenaga elektrik disediakan untuk pelan kontigensi. Semasa majlis begini, pihak sekolah akan memaklumkan kepada Tenaga Nasional untuk menghantar juruteknik sebagai bantuan teknikal kerana majlis ini akan dihadiri oleh ketua negeri.  

Bermulanya dari persediaan menyambut tetamu khas iaitu Ketua Menteri Melaka Yang Berhormat Datuk Idris Bin Jusoh. Yang Berhormat Datuk akan disambut dengan kompang dan bunga manggar. Persediaan untuk lagu Negara ku dan lagu negeri Melaka siap terpasang apabila Yang berhormat sampai ke tempat duduk yang di khaskan. Posisi bagi Yang berhormat ialah di tengah. Sebelah kanan pengetua dan kiri Yang DiPertua PIBG. Jawatan Kuasa  sambutan perlu membuat tagging pada tempat duduk utama supaya tidak berlaku salah posisi kedudukan.

Aturcara bagi ucapan pula, dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian pengetua akan berucap sebagai tuan rumah dan diikuti oleh Yang di Pertua PIBG. Akhir sekali Yang Berhormat Datuk Ketua Menteri. Seterusnya beliaulah yang akan merasmikan majlis tersebut. 

Teks ucapan bagi Yang Berhomat perlu dihantar ke pejabat Ketua Menteri 2 minggu lebih awal kerana setiausaha peribadi Datuk akan meneliti sebelum menyerahkan kepada ketua menteri. Biasanya jika ada perubahan dan sebagainya, pihak Ketua Menteri akan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk membetulkan. Pihak sekolah perlu menyediakan teks ucapan tersebut dan menyerahkan kepada Datuk semasa beliau duduk.

Kesimpulannya dalam kita membuat program yang besar yang melibatkan seluruh warga sekolah, komuniti setempat, ibu bapa dan komuniti luar, seorang pengetua perlulah mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan program tersebut. Kemahiran mengurus program dari A sampai Z perlu ada pada seorang pengetua. 

Selain itu kemahiran berkomunikasi dengan berkesan oleh seorang pengetua akan memudahkan seorang pengetua mengurus staf di bawahnya untuk bekerja dalam satu pasukan.. Pengetua yang bijak dapat membangunkan kapasiti surbodinatnya. Di samping itu kemahiran berkomunikasi juga memudahkan pengetua mendapat sokongan PIBG dan masyarakat luar. 

No comments:

Post a Comment