Thursday, September 19, 2013

Laporan Penandaarasan - Rumusan


Program Memahkotakan Impian Remaja merupakan satu program yang dipilih semasa program penandaarasan. Program ini dipilih kerana program ini telah terbukti memberi kejayaan dari segi peningkatan jumlah murid yang mendapat A+ untuk mata pelajaran elektif sains dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2013. Program ini boleh dilaksanakan di sekolah sandaran yang merupakan sekolah saya Sekolah Menengah Dato’ Dol Said, namun penambahbaikan dan pengubahsuaian perlu dilakukan untuk disesuaikan dengan persekitaran sekolah.
Dalam pelaksanaan program ini banyak perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kerana kekuatan yang ada di Sekolah Menengah Sains Muzaffar
Syah adalah sangat berbeza dengan di sekolah saya.  Sekolah saya merupakan sekolah harian yang mempunyai empat aliran di menengah bawah iaitu, Kelas Aliran Agama, Rancangan Khas, Kelas Kawalan dan Kelas biasa. Untuk menengah atas pula terdapat 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Teknikal dan Kemanusiaan. Oleh itu untuk melaksanakan program ini perlu difikrkan tentang beberapa aliran dan tahap pencapaian akademik yang pelbagai.
Semasa di sekolah penandaarasan, saya juga dapat melihat kesungguhan guru-guru yang begitu komited dalam menjayakan program ini. Mereka bekerja dari pagi membawa ke malam hinggalah ke hujung minggu tanpa jemu atau merungut demi untuk anak-anak murid mendapat A+ bagi mata mata pelajaran yang diajar. Situasi begini sangat sukar untuk dilihat di sekolah harian biasa.
Sememangnya kepimpinan sekolah ini menjadi salah satu faktor untuk mereka bekerja dengan seronok.  Sekolah berorientasikan hasil membentuk budaya bekerja yang membawa kepada hasil yang luar biasa kerana sekolah ini merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi. Harapan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, masyarakat dan ibu bapa sangat tinggi terutamanya dalam menghasilkan murid-murid straight A+ dan straight A’s. Faktor pemimpin yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada guru dan murid ke arah kecemerlangan dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah merangsang guru dan murid bersama-sama bergerak ke arah matlamat yang diimpikan.
 Pengalaman membuat penandaarasan di sekolah yang berada di Band 1 sangat mengujakan. Sekolah yang terbaik di Negeri Melaka dan sentiasa berada dalam kelompok sekolah terbaik di Malaysia, mereka perlu bekerja keras untuk kekal sebagai yang terbaik. Ini merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua warga sekolah ini namun dalam mengejar kecemerlangan, mereka sepatutnya tidak lupa kepada keperluan individu yang paling asas iaitu rehat fizikal dan rehat mental.
Jadual murid di sekolah ini sangat padat. Bilakah masa mereka dapat menyiapkan kerja-kerja sekolah?. Adakah dengan jadual  yang padat ini murid boleh belajar dengan berkesan. Saya membuat beberapa temuramah dengan guru-guru di situ di mana didapati ramai murid yang tertidur dalam kelas pada waktu pagi. Mengapa tidak dioptimumkan pembelajaran di dalam kelas dengan berkesan.  Kemungkinan guru-guru di sini tidak perlu membuat program tersebut pada waktu malam tetapi pada waktu petang antara jam 4.00 petang hingga 6.00 petang supaya murid dapat berehat dengan cukup sambil membuat kerja sekolah.


7.00.am

8.20am

9.00am

9.40am

10.20am

11.00am

11.40am

12.20pm

1.00pm

2.00pm

2.40pm

3.20pm

4.00pm

5.00pm

8.00pm

8.20am

9.00am

9.40am

10.20am

1.00am

11.40am

12.40pm

1.00pm

2.00pm

2.40pm

3.20pm

4.00pm

5.00pm

8.00pm

11.00pm

BM

SEJ

ADD.MATH

PEN.ISLAM

Rehat

KIMIA

PSK

KelasTam.

Riadah

PREP
Jadual Waktu Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
Jadual 12:  Jadual murid yang sangat padat

.Kesimpulannya, Program Memahkotakan Remaja memang berjaya dilaksanakan di sekolah penandaarasan. Pelaksanaan program tersebut sangat memberi tekanan kepada warga sekolah namun Alah Bisa Tegal biasa, ia merupakan budaya Sekolah Berprestasi Tinggi. Dalam konteks pembelajaran, sekolah ini berjaya membuktikan bahawa latih tubi merupakan senjata untuk cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran di samping kaedah belajar secara kumpulan memberi impak yang sangat tinggi kepada pencapaian prestasi murid-murid kerana di situ ada perbincangan dan tunjuk ajar dari peer group masing-masing. Program ini memberi ruang bagi murid untuk mengulang kaji pelajaran di tingkatan 4. Program ini seterusnya dapat membina keyakinan murid  menjawab soalan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Harapan saya, apabila membuat program sandaran nanti saya akan dapat melaksanakan idea yang sedemikian dan membuat penambahbaikan untuk disesuaikan dengan situasi di sekolah saya. Tugas-tugas dan kemahiran sebagai pemimpin saya akan hayati dan fahami supaya saya dapat mengimplementasikan demi membangunkan institusi sekolah seperti yang dihasratkan apabila saya menjadi pemimpin kelak.


                                                *******************************

No comments:

Post a Comment