Sunday, November 22, 2015

TITIPAN BUAT BAKAL PEMIMPIN

     Semalam merupakan hari akhir persekolahan bagi tahun 2015. Kini hampir satu setengah tahun aku berada di sekolah ini. Dalam kesibukan mengurus sekolah, masa berlalu begitu pantas sekali.Dalam satu setengah tahun ini aku belajar banyak perkara. Menjawat jawatan yang tertinggi di sebuah sekolah bukan lah satu kebanggaan atau perkara yang  dirasakan istimewa. Usahlah bermimpi akan keindahan dalam memegang jawatan ini. Apabila masuk sahaja ke jawatan pengetua, jangan lah kau tangisi dan kenangi masa lampau mu...tiada yang tak beranjau...banyak yang menyesakkan dada dan memeningkan kepala. Bayangkan dari rumput hinggalah ke bumbung bangunan...semuanya dalam pemikiran kita. Belum masuk tandas pelajar yang sentiasa perlu diselenggara dan bla bla bla...yang tak pernah habis...

     Masuk sahaja ke pintu pagar dan melapor diri...di situla bermulanya perjalanan hidup seorang pengetua. Maka segala perkara yang telah dipelajari menjadi rujukan bagi meneruskan karier dan memertabatkan profesion pendidikan. Dalam mengurus sekolah, 9 kompetensi bagi seorang guru besar dan pengetua perlu diambil perhatian. Andai salah satu tertinggal...maka akan pincang la pengurusan kita. 9 kompetensi pengetua Malaysia adalah berdasarkan aspek kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran pejabat, persekitaran dan kemudahan fizikal, sumber manusia, dan perhubungan luar,

     Lihatlah betapa banyaknya kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.
Namun mengurus sekolah seorang diri bukanla layaknya aku...kerana aku tak mampu bergerak sendirian.

      Benarlah seperti yang di maklum...kita adalah pemimpin...pemimpin yang berkesan berupaya membawa sekolah kepada landasan yang betul. Yang penting cabaran yang sangat menekan yang menyiksa kehidupan kita dapat kita atasi dengan tabah.

     Kepada bakal-bakal pemimpin diluar sana...fahamila...apakah tujuan kita berada di tampuk ini. Andai kelian hanya mengejar pangkat dan glamer...berundurla...kerana meneruskan kerjaya dengan niat demikian merupakan satu dosa kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain terutama kepada anak bangsa kita...malah juga berdosa kepada negara,

     Kepimpinan yang dinamik penuh integriti akan membawa kepada kemenjadian pelajar bukan sahaja dari segi akademik namun juga kepada kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum. Seorang pengetua perlu menjadi kapten dan membawa guru-guru, staf sokongan dan seluruh warga sekolah kepada destinasi yang jelas.

No comments:

Post a Comment