***************************
2016 merupakan tahun di mana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia masuk ke gelombang ke dua. Gelombang kedua ini memerlukan kita sebagai pendidik melakukan transfomasi untuk kebaikan dunia pendidikan. Kita tidak boleh berada dalam comfort zone lagi. Melihat sahaja apa yang berlaku di hadapan tanpa memberi respon terhadap apa yang berlaku.
THE HEART OF TRANSFORMATION IS THE TRANSFORMATION OF THE HEART.
Untuk kita menjayakan inisiatif PPPM, bukan sahaja anjakan minda dan cara kerja perlu berubah, tetapi hati dan jiwa juga perlu kita halakan ke arah kiblat yang sama.
MEMAHAMI TAGLINE DATO’ KPPM:
SIRE-EURO
(Strong Impelementataions, Rapid Executions – Excellence: Ultimate Reach of an Organization)
Pelaksanaan Yang Mantap, Tindakan Yang Pantas
SIRE-EURO perlu difahami kerana apabila kita faham maka perlaksanaan sesuatu program dapat dilaksanakan dengan mantap dan tindakan juga dapat dilakukan dengan pantas tanpa menunggu arahan.
1.Kejelasan (Clearity) - semua pihak mesti jelas mengenai apakah peranan mereka dan apa yang diharapkan daripada mereka dan hasil daripada rancangan.
2.Komitmen ( Commitment):
(There
must
be buy in of the project by the users and everybody else along the line. Semua perancangan memerlukan komitmen daripada pihak perancang hingga kepada pihak pelaksana.
3.Terjemahan
(Translation):
Dari fasa rancangan hingga ke fasa
pelaksanaan, mesti ada penerangan yang jelas mengenai pelan pelaksanaan
melibatkan orang, platform, alatan, sistem sokongan dan pembiayaan.
4. Menjadi Pemangkin (Enablers): Mesti ada sistem sokongan yang
mencukupi untuk membolehkan program dapat dilaksanakan. Pemudah biasanya adalah teknologi dan
alat-alat yang diperlukan untuk melaksanakan program tersebut.
5. Synergi
(Synergy):
Mesti ada sinergi antara pelbagai
pihak yang melaksanakan projek.
6. Akauntabiliti
(Accountability):
Akauntabiliti bukan sahaja menjurus
kepada pelanggan kita, tetapi juga terhadap satu sama lain dalam pasukan
Ke enam perkara di atas perlu difahami dan dihayati. Sebagai pejawat awam kita tertakluk kepada perkara-perkara yang menjadi dasar. Kita perlu akur dalam arahan sekiranya kita mahukan PPPM dapat mencapai matlamatnya. Sebagai pendidik pula kita perlu melaksanakan dengan kesungguhan yang tidak berbelah bagi agar generasi pada masa akan datang dapat menghadapi cabaran globalisasi dengan penuh keyakinan serta mempunyai jati diri yang tinggi. Penguasaan anak-anak kita dalam ICT, sains dan teknologi memberi mereka peluang untuk bersaing di peringat global kerana zaman mereka pada masa akan datang adalah dunia yang berbeza dengan kita sekarang. Jadi tanggung jawab kita sebagai pendidik memberi seberapa banyak kemahiran bagi melengkapkan mereka menghadapi masa depan. Oleh itu sebagai pendidik kita tidak boleh di tampuk lama. Perubahan perlu dilakukan segera. Pendidikan alaf baru perlu dilaksanakan dan sehubungan dengan itu kita perlu berubah ke DUNIA ICT DAN ONLINE. Untuk berubah....hatila yang perlu diubah.