Wednesday, January 27, 2016

THE HEART OF TRANSFORMATION IS THE TRANSFORMATION OF THE HEART.

Pejam celik, pejam celik dah 27 hari kita melangkah ke tahun 2016. Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas. Belum panas bulan Januari ini...Februari dah nak muncul. Hah!..dah gaji...senyum lebar terukir di wajah yang dah muram...Rasanya Januari ini satu waktu yang tersangat busy...masuk sekolah dengan macam-macam agenda. Tentunya sebagai tunggak dalam sebuah organisasi. Aku telah mempunyai perancangan dalam membawa kapal ku ke destinasi yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala visi dan misi yang telah ditetapkan oleh KPM perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi.Semuanya tercatat dalam perancangan strategik sekolah. Perlu dilaksanakan bukan hanya cantik tercatat dalam fail untuk dijadikan penyendal pintu atau tuk disimpan sebagai bahan sejarah.
***************************

2016 merupakan tahun di mana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia masuk ke gelombang ke dua. Gelombang kedua ini memerlukan kita sebagai pendidik melakukan transfomasi untuk kebaikan dunia pendidikan. Kita tidak boleh berada dalam comfort zone lagi. Melihat sahaja apa yang berlaku di hadapan tanpa memberi respon terhadap apa yang berlaku.

 THE HEART OF TRANSFORMATION IS THE  TRANSFORMATION  OF  THE  HEART.

 Untuk kita menjayakan inisiatif PPPM, bukan sahaja anjakan minda dan cara kerja perlu berubahtetapi hati dan jiwa juga perlu kita halakan ke arah kiblat yang sama.

MEMAHAMI TAGLINE DATO’ KPPM:

 SIRE-EURO

(Strong Impelementataions, Rapid Executions – Excellence: Ultimate Reach of an Organization)
                                           Pelaksanaan Yang Mantap, Tindakan Yang Pantas

SIRE-EURO perlu difahami kerana apabila kita faham maka perlaksanaan sesuatu program dapat dilaksanakan dengan mantap dan tindakan juga dapat dilakukan dengan pantas tanpa menunggu arahan.
1.Kejelasan (Clearity) semua pihak mesti jelas mengenai apakah peranan mereka dan apa yang diharapkan daripada mereka dan hasil daripada rancangan.

2.Komitmen ( Commitment): (There must be buy in of the project by the users and everybody else along the line. Semua perancangan memerlukan komitmen daripada pihak perancang hingga kepada pihak pelaksana.

3.Terjemahan (Translation): Dari fasa rancangan hingga ke fasa pelaksanaan, mesti ada penerangan yang jelas mengenai pelan pelaksanaan melibatkan orang, platform, alatan, sistem sokongan dan pembiayaan.

4. Menjadi Pemangkin (Enablers): Mesti ada sistem sokongan yang mencukupi untuk membolehkan program dapat dilaksanakan.  Pemudah biasanya adalah teknologi dan alat-alat yang diperlukan untuk melaksanakan program tersebut.

5. Synergi (Synergy): Mesti ada sinergi antara pelbagai pihak yang melaksanakan projek.

6. Akauntabiliti (Accountability): Akauntabiliti bukan sahaja menjurus kepada pelanggan kita, tetapi juga terhadap satu sama lain dalam pasukan

Ke enam perkara di atas perlu difahami dan dihayati. Sebagai pejawat awam kita tertakluk kepada perkara-perkara yang menjadi dasar. Kita perlu akur dalam arahan sekiranya kita mahukan PPPM dapat mencapai matlamatnya. Sebagai pendidik pula kita perlu melaksanakan dengan kesungguhan yang tidak berbelah bagi agar generasi pada masa akan datang dapat menghadapi cabaran globalisasi dengan penuh keyakinan serta mempunyai jati diri yang tinggi. Penguasaan anak-anak kita dalam ICT, sains dan teknologi memberi mereka peluang untuk bersaing di peringat global kerana zaman mereka pada masa akan datang adalah dunia yang berbeza dengan kita sekarang. Jadi tanggung jawab kita sebagai pendidik memberi seberapa banyak kemahiran bagi melengkapkan mereka menghadapi masa depan. Oleh itu sebagai pendidik kita tidak boleh di tampuk lama. Perubahan perlu dilakukan segera. Pendidikan alaf baru perlu dilaksanakan dan sehubungan dengan itu kita perlu berubah ke DUNIA ICT DAN ONLINE. Untuk berubah....hatila yang perlu diubah.




No comments:

Post a Comment