Thursday, March 08, 2012

Hai! Guru Penyayang Pulak....

      Selepas subuh aku pun terus ke tempat kerja. Cuaca nampaknya cerah, dah nampak cahaya suria yang menyinar. Sungguh nyaman (sebab aircon keta). Ramai ibu bapa dan bas sekolah berpusu-pusu menuju ke sekolah termasuk lah aku yang turut serta dalam perjalanan ini.
      Hari nie murid ku akan menduduki Ujian Prestasi 1. Memang kesibukan pagi menyelinap benak ku. Belum sempat anak-anak murid ku mengucap salam, aku mengukir senyum dan memberi salam kepada mereka. Al-maklum, konsep Guru Penyayang diaplikasikan.
     Sebenarnya guru-guru memang telah dilahirkan sebagai pendidik.  Kami memang sering dan sejak dulu lagi mengamalkan konsep ini. Namun disebabkan tekanan kerja serta cabaran dalam pendidikan, kami terkadang kala teralpa untuk memenuhi tuntutan rohani kepada anak-anak kami yang beribu orang nie. Jadi saranan Kementerian Pelajaran mengembalikan konsep ini secara jelas dan terancang memang lah wajar.

anak sayang! dengar cakap cikgu yer nak.....


No comments:

Post a Comment