Kuah Laksa Johor dan aksesorinya |
Sebenarnya penyediaan nak buat kuah laksa johor sangatlah cerewet dan modal nak buat pun agak mahal. So biasalah ramai yang sponsor. Tukang masak no problem. Resepi aku ni memang original johor. Ialah orang johorla katakan. Namun resipi ni resipi turun temurun. Bahan untuk kuahnya pun banyak, ikan, serbuk kari, santan, ikan masin kurau, kerisik, bawang, serai, halia, bawang putih, udang kering dan bahan penumis seta minyak.
Kalau u all tengokla gambar kat atas tu. meenya cantik bulat disusun. Hah! itulah mee spaggeti yang dichap bulat-bulat untuk dihidang. Terror tak orang Johor, dolu-dolu lagi dah pandai makan spageti. Aksesori laksa johor banyak. Daun kesum, daun selasih, timun, taugeh, bunga kantan, limau kasturi, lobak asin dan yang tak boleh ditinggalkan ialah sambal belacan.
Biasanya laksa johor kalau tak cukup bahan tak syiok nak makan, namun biasanya bebudak kecik tak suka ulam-ulam so kuah dan spageti dah memadai.
SO.........APA LAGI LAYAN..........
No comments:
Post a Comment