Thursday, October 25, 2012

KORBAN DAN PENGORBANAN

Esok,seperti yang telah diketahui merupakan hari yang amat bermakna kepada semua umat ialam di dunia. Apa taknya, jemaah haji telah pun berada di padang arafah untuk berkumpul menjalani ibadah haji rukun yang ke lima. Dan esok kita akan merayakan idul adha, Hari Raya Korban.

Tentunya aku yang masih di Malaysia, hahaha.... perasan kat luar negara...pun sedang membuat persiapan untuk berhari raya . Menu telah pun ku rancang dari minggu lepas lagi. Hah! aper lagi, aku nak buat laksa Johor. Ikan, semalam dah beli dengan asesorinya. Ayam pula aku nak masak Ayam Pakistan. Macam rendang tapi rasanya lain sikit. Masak tak payah pakai santan. Jimat dan berkhasiat. Sedap dipadankan dengan lemang dan ketupat. Petang nie aku nak rebus ketupat. Bukan ketupat segera, tapi ketupat daun kelapa. Lemang aku tunjuk jer kat kedai bawah. Berderet-deret warung orang jual lemang. Kena pandai pilih tempat yang mana sedap. Kawasan aku ni memang terkenal tempat membuat lemang di Negeri Sembilan, Simpang Kendong... hasil pendapatan kebanyakan orang di bawah tu ialah menjual lemang. Pejam mata pun jadi... Kalau tempat lain booth-booth lemang hanya muncul masa perayaan. Jadi tak heran la kalau lemang tu berderai atau tak cukup santan atau bla bla bla...tak sodap.. Esok pagi aku nak masak nasi spesial.....tengah difikirkan...

Bercakap pasal perayaan esok.... tentunya malan ini 3 anak bujang ku akan balik. Biasala, pabila balik mereka akan terkam dulu ialah makanan yang telah aku siapkan tuk esok. Aku terfikir pada tahun hadapan atau tahun-tahun yang mendatang adakah semua anak ku akan balik ke rumahku. Persoalan ini kerap melanda fikran ku. Tahun depan anak sulung ku akan mendirikan rumah tangga. So ...kut nanti balik rumah mentua. Nampaknya kesunyian lah kami nanti.

Sebenarnya aku dah lama teringin nak menjejakan kaki ke Baitullah. Almaklum ongkos ku sekarang cukup makan jer. Jadi impian itu menjadi mimpi yang tak berkesudahan. 2 kali aku pernah bermimpi mengelilingi kabah. Masa tu aku berihram. Seronoknya tak terkira. Allah yang tahu perasaan ku tika itu. Namun aku tersedar dari mimpiku apabila dalam mimpiku aku bertemu dengan arwah nenek ku yang berpesan menyuruh aku menyampaikan pesanan kepada mak ucu ku...dan tika itu aku terus terjaga.....

Nie bukan gambar sembelih korban kat tempat aku, aku ambik tanpa kebenaran tuannya
Labaikaulah humalabaik.......impian ku ke tempat ini...insyaallah
Dalam kehidupan ini, kita tak mungkin dapat  100%  apa yang kita inginkan. Segala apa jua tindakan atau keputusan dalam kehidupan memerlukan kita untuk berkorban. Pengorbanan ini bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri namun kita kenala memikirkan tentang orang lain, keluarga, negara dan seterusnya untuk umat islam seluruh dunia. Pengorbanan ini bukan sekadar kita berkorban seekor lembu. Pengertian korban wajib di halusi dan dihayati.....(pesanan untuk diri ku)

Wednesday, October 24, 2012

CETUSAN RASA

Hahahaha... kadangkala biler aku membelek fail-fail lama ku, akan terjumpa la aku dengan kertas-kertas yang tertulis puisi yang ku cipta. Sajak dibawah ni aku cipta, lupa untuk ditujukan pada siapa.  Agak-agaknya aku ni orang seni ker? Ah! layan jer.....

SALAHKAH AKU

Salahkah aku
andai hati tak seperti dulu
Salahkah aku
andai tidak merindu

Salahkah aku
andai tidak menyintai mu
Salahkah aku
andai aku meninggalkan mu

Bukan kerana
kebencian yang terpendam
atau untuk melupakan
maafkan aku
kiranya ini kekejaman
mungkin suratan tuhan menentukan

                              31hb.Ogos 1984

                             

WARKAH UNTUK SUAMI

             Andai kau melihat tajuk ini, tentunya semua beranggapan ia merupakan surat dari isteri kepada suaminya. Sebenarnya ia merupakan sebuah sajak yang ku tuliskan pada 19hb. Mei 1993. Ketika itu aku amat rajin menulis sajak kerana hanya melalui sajaklah aku dapat meluahkan isi hati ku. Ironinya sajak ku tak pernah dibaca oleh sesiapa pun kecuali aku dan yang paling sadisnya lagi, sajak-sajak ku ini hanya merupakan contengan-contengan pada keping-keping kertas yang masih ku simpan dalam fail peribadi ku.

Warkah Untuk Suami

Kalau kita punya waktu
bercerita tentang perkahwinan ini
alangkah ajaibnya
setelah 8 tahun
ikatan ini masih erat teguh
melingkari hidup kita

Zuriat mu mengalir
pada 2 putera nan comel
yang kini sering memanja diri
membuat kita
ah....lemas

Lagak dan riangnya
menjadi ruang kita
tiada sepi melanda
tiada tangis derita
seolah membuat aku lupa tentang kemahuan diri

Dan kalaulah kita punya waktu
bercerita lagi
alangkah ajaibnya
haluan kita amat berbeza
aku dengan hidup ku
kau pula dengan egomu
namun
ikatan masih teguh 
melingkari hidup kita

So camner, puisi yang ku tulis ni, berilah komen sikit. Aku bukanlah penyair. Puisiku hanya aku yang faham dan andai ianya merapu. tak aper kerana ia hanya luahan rasa.....

          

Saturday, October 13, 2012

Sabtu yang dinanti - cuti daaaaaaa



Hari sabtu nie agak santai sikit. Rasa lega, rasa kosong dalam kepala. Beban tugas di sekolah seakan tak ada langsung. Boleh bernafas panjang. Nak kata seronol tak jugak. Nak bersedih dah tentu tidak. Seperti yang ku katakan pagi ini aku teramatla tenang dan walau pun wajah hari semakin mendung aku tetap segar.

Selesai sarapan pagi anak ku mengajak menemaninya service kereta. Hah! ajak mama pi service kereta. Tentunya aku dah dapat mengagak nak minta belas ihsan ku membayar. Anak ku irfan, mama nie dah boleh baca ide nak mama temankan kamu. Yerla, nama pun anak, susah camana sekali pun, mama akan tetap tolong......

Rasaku hari nie ada jemputan kenduri. Almaklum dah nak musim HAJI. Selain tue musim kawin. Yang dah tetap petang nie jam 3, rumah Datuk Azhar wat kenduri. Kena pegi sebab kami tinggal setaman. Malam pula rumah Midah, pun kena pegi. Setaman gak. Kenduri untuk apa tak aku ketahuan. Janji pergi, sebagai orang yang di jemput wajib  aku pegi.

Cuaca yang yang mendung tadi kini dah berubah. Hujan dah turun mencurah-curah. Nasib baiklah tika ini aku di workshop. Dapat online pula. Mentang-mentanglah aku dapat free YES 4G. Sekolah aku terlibat dalam program Vitual Learning Enviroment (VLE) anjuran Kementerian Pelajaran. So, kami diberi 20 Dongle (broadband). Sebagai pentadbir tentunya aku dapat. Syukur alhamdulilah, pemberian ini benar-benar memberi manafaat kepada ku dalam urusan pengurusan tugas ku. Terima kasih kepada kerajaan yang memerintah.
FREE YES4G- hehehe nama pun free
Bercakap pasal politik sikit, aku sebenarnya kagum dengan YB-YB di Melaka. Sejak tahun 1999 aku tinggal di Negeri Melaka, aku melihat perubahan yang begitu ketara dalam pembangunan. Malah aku tabik spring, negeri Melaka merupakan negeri yang sangat bersih jika ku bandingkan dengan negeri lain. Tempat kampung ulu-ulu pun jalan bertar. Dari simpang empat sempadan Negeri Sembilan gan Melaka, jalannya highway terus ke sempadan Melaka Muar.  Wajah YB Norpipah (Adun Rembia) dan YB Latipah (Adun Cherana Putih) wajah yang sering ada dalam apa-apa jua acara, kenduri ke, program dan sebagainya dari mula beliau menang kawasan DUN hingga ki ni. Nampaknya wakil rakyat wanita nie merupakan contoh bagi pemimpin yang bekerja untuk rakyat.

Berbanding di Negeri Sembilan Adun Kota, Tak pernah aku nampak kecuali masa pilihan raya dulu, begitu jua Wakil Parlimen kawasan Rembau, KJ. Jarang nak datang tempat ni. Rasa-rasanya kalau BN tak menang nanti jangan salahkan rakyat. Tapi aku percaya BN akan menang sebab rakyat KOTA dan REMBAU masih setia pada BN terutama orang-orang tua. Namun bagi yang 40an ke bawah aku tak jamin....

Walaubagaimana pun walau apapun yang berlaku, biarla keharmonian hari ini dan hari-hari yang akan mendatang akan kekal dan lebih baik lagi....insha Allah
Okay enough for today. Salam


Wednesday, October 10, 2012

Anak ku balik-Ribut jadinya

Malam nie  aku pun membelek face book ku. Seronok juga baca status orang . Lalu aku pun membaca FB anak saudara ku. Hah! bestnya hidup kalau camnie. Cubalah ko orang baca
Cube bayangkan, tgh kt rumah, duduk atas sofa takpun baring dgn bantal kt lantai smbil kaki berjulur. Amek remote tv. On tv, tukar2 channel, tamak nk online jgk smbil tgk tv. Pastuh smbil layan keropok, jejemput. Huahuahuaa. Syioknyaaa
 




         Inilah anak-anak sekarang, balik dari kampus jer apa yang dibuat. Bukannya nak menolong mak bapak. Asik dok online memanjang. Kalau yang kaki FB, kaki games, kaki chating, kaki macam-macam kaki, kemudian memerap kat bilik. Kita panggil bagai nak rak nak mintak tolong. Hapah tak diendahkan. Sebabnya telinga dah tertutup gan head phone. Akhirnya kita macam anjing giler dok memekak, menjerit-jerit. Dia buat dek jer. Saborlah.... MALU KAT JIRAN.

         Biler penat memerap kat bilik, lapar cari makan kat dapor. Yang peliknya walaupun mak marah bedenting-denting tadi. Makanan  atas meja dah siap. Aku sebenarnya bukan cakap orang lain. Apa yang aku sebut nie itulah yang berlaku pada ku. Bayangkan suami ku. marah anak aku langsung tak kisah nak tolong kemas rumah. Tak ade langsung nak ada inisiatif tolong mesin rumput, sapu sampah. Pendek kata mereka balik rumah tak sentuh aper-aper kecuali komputer, makan dan tidur. Namun bila pegi pasar suami ku akan beli ketamla, udang, sotong. Dibelinya semua makanan yang anak suka makan. So aku pun tak faham...Kalau dah marah hawat dibeli benda alah tue. pelik kan.....



         Kalau semua anak ada kat rumah, siapla cukup bulan, semua bil akan melonjak-lonjak terutama bil lektrik. Kalau tak capai RM350 jangan harap la.... Ini lah penangan anakanda ku. Kadang-kadang pening aku dibuatnya. Dunia luar tak nak campur. Pegi kenduri pun kena paksa. Yang paling pening biler bab sembahyang subuh. Nak pecah rasanya pintu ku tendang. Barulah dibuka pintu. Nampaknya solat subuh gajahla gamaknya. Waktu lain pula aku terpaksa ingatkan berkali-kali bab solat. Betulla kata Dr.Fazilah Kamsah, anak-anak nie perlu disuruh dan diulang berkali-kali. Tak boleh dibiarkan. Insyaallah satu hari nanti anak-anak ku akan ingat pesanan ku....

         Insyaalah anak ku, kelian akan ingat pada mama bila ketika mama tiada depan mata mu. Ingatlah walaupun mama dan papa banyak berkata-kata namun anak ku kau tetap kesayangan kami. Nanti suatu hari kelian akan ingat masakan mama seperti ketam masak lemak cili api, sotong masak hitam atau sotong goreng atau pun sambal udang dan bla, bla, bla....apa-apa jer la..Yang paling penting kau akan ingat solat 5 waktu....


"SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN