Friday, October 05, 2012

Hari-hari yang ku lalui

Rupanya, selain dari menjadi pendidik aku mempunyai pelbagai kemahiran yang belum ku gilap lagi. Sejak dari kecil lagi aku memang mempunyai bakat terpendam. Dari segi akademik aku ni average student jer. Namun nasib selalu menyebelahi aku. Apa taknya perjalanan hidup ku dalam kerjaya begitu smooth sekali.

Mula-mula peperiksaan darjah lima, aku dapat memang tak flying colours. Masuk tingkatan satu aliran Inggeris, Sepanjang tingkatan satu hingga tingkatan tiga result ku boleh dikatakan sederhana. LCE, lower certificate education. hahahaha... dapat agregate 22. Masa tu kalau maths dan english fail tak boleh masuk form 4. Masuk form 4 aku berpindah ke Kuala Lumpur bersekolah di Methodist Girl's School.

Berhijrah ke Kuala Lumpur merubah kehidupan ku. Dari pelajar yang takut dan tak berkeyakinan aku menjadi lebih confident dan lebih berani. Selepas tingkatan 5 aku dapat melanjutkan pelajaran ke ITM (Uitm). Tamat pengajian aku kerja part time kat RainTree Club sebagai kerani sementara aku menunggu untuk buat Diploma pendidikan. Memang lah rezeki ku sentiasa Allah perkenankan. Jadilah aku pendidik yang kini dah berkhidmat selama 27 tahun.

Semakin lama dalam perkhidmatan aku mendapat banyak pengalaman namun menjadi pengacara majlis memang lah aku tak boleh. Namun sejak dah jadi Penolong Kanan Pentadbiran nie, dah 3 kali aku kena jadi pengacara majlis. Entah kenapa orang suka sangat nak serah tanggungjawab tu pada aku. Bagi ku bukan senang nak jadi pengacara majlis. Susah dan mencabar terutama nak kendalikan majlis peringkat negeri. Percaya atau tidak aku dapat melaluinya walau dalam keadaan stress.....


No comments:

Post a Comment