Tuesday, November 13, 2012

KAT UMAH DAH ADE MINI CINEPLEX

Cuti akhir tahun telah bermula. Sebelah kanan jiran ku the whole family pi holiday ke Perth Australia. Jiran sebelah kiri sejak Hari Raya Korban tak balik lagi pegi holiday di United Kingdom. Jiran depan ku pula sibuk berniaga kedai perabut. (jiran Pakistan). Sekeliling umah ku sunyi sepi. Yang tinggal aku dengan 2 anak perempuan ku dan ibu ku yang telah menjangkau umur 85 tahun. Adik angkat ku pi holiday rombongan cik Kiah di Langkawi. Aku.... belum dan tak plan pun nak pegi mana-mana... pocket kering kontang. Komitmen banyak sangat.

Apa lagi....Layan jer citer nie, dapat ilangkan tension kepokaian...hehe
So what we did today, deepavalli is a festival cahaya and yet aku belum nampak cahaya lagi. Pagi-pagi sibuk cuci baju, nak kejar matahari sebab lewat sidai baju tak kering...kerna tengahari dah hujan. Syukur alhamdulilah semua baju sempat kering. Kemudian masak nasi lemak, kira untuk sampai petang, lepas tu tengok movie Adam dan Hawa episod by episod. Kena download la. Mana ader Astro kat umah aku. Tengahari pi kenduri kawin. Yerla musim orang kawin. Balik sambung gan movie. best gak cerita Adam dan Hawa nie. Sambung sampai malam. Giler la dok mengadap laptop seharian. Apa lagi nak buat. Ibu ku pula memang rutin hariannya, solat, mengaji, solat mengaji dan tidur. Kadang kala aku pun pelik ibu ku tak pernah jemu buat rutin hariannya. Syukur alhamdulilah..

Dalam satu episod tu aku begitu sayu dan terharu semasa pengambaran di masjid Nabawi serta di Baitullah. Ya Allah bilakah aku akan ke sana. persoalan itu datang mengetuk pintu hati ku. Juga dalam satu adegan, aku begitu geram dan marah kepada heroin drama ni. Degil, ego dan keras kepala. Bayangkan suaminya tunggu  8  tahun nak mendekati isterinya. Hapah isterinya tak mau...geram, geram, geramnya. Cuba tengok drama ni. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat darinya.

Esok merupakan akhir tahun bulan islam. Lusa 1 Muharram. Jangan lupa untuk berdoa akhir tahun dan awal tahun. Insyaallah aku akan ke surau untuk mengikuti majlis ilmu esok. Bagi ku semoga tahun hadapan aku dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah kurniakan sihat walafiat seluruh keluarga ku, ibu, suami dan anak-anakku hafriz, irfan, haziq, afrina dan sorfina. Jadi anak-anak yang soleh, cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan dan kehidupan, dilimpahkan rezeki dan dijauhkan keberhutangan. Untuk diri ku, aku berazam untuk lebih dekat pada mu ya ALLAH. Jauhkan kami dari musibah dan ujian mu......AMIN

No comments:

Post a Comment