Thursday, November 15, 2012

SEMALAM yang ku tinggalkan......



Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Pagi ini suasana begitu hening. Terasa bertapa nafas yang aku hela hari ini begitu pantas debarannya. Semalam kini telah ku tinggalkan bersama kenangan pahit manis dan payau. 1 Muharam 1433H ku langkahi dengan penuh keinsafan. Bertapa Allah telah memberi aku banyak nikmat kehidupan walaupun banyak jua rasa kecewa dalam aku melalui hari-hari ku. Namun  nikmat yang paling besar yang Allah telah berikan kepada ku ialah kesihatan ku. Aku mensyukuri nikmat mu Ya Allah.
                                           Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar
Aku cuba menghayati ayat Fatehah. Dengan nama Allah  yang amat pemurah lagi maha penyayang. Ya Allah engkau amat menyayangi ku. Ujian yang kau berikan  telah dapat ku harungi dengan kekuatan dan keyakinan yang kau berikan pada ku. Aku tidak permah kecundang walaupun kadangkala aku berputus asa terutama ujian suami, anak-anak dan kerjaya. Ku tempuhi juga dengan airmata. Aku sedar aku sering tumpas bila ujian dengan anak-anak dan suami kau berikan pada ku. Ya Allah! Engkau kuatkan lah semangat ku.  Aku berdoa Ya Allah hari esok ku Kau tidak berikan aku ujian kerana sesungguhnya aku tidak mampu menghadapinya. Engkau tunjuki aku jalan yang lurus. Jalan ini yang aku impikan. Engkau berikan aku kenikmatan dunia, kesenangan dari segi kewangan dan mental yang stabil. Engkau jauhi aku dari perkara-perkara yang menyesatkan aku dan Engkau dekatkan diriku kepada diri Mu. Yang paling penting Engkau berikan aku kesihatan yang baik mental dan fizikal.
 
Ya Allah, sesungguhnya aku malu pada Mu. Terlalu banyak permintaan ku. Namun pada siapalah tempat aku meminta dan mengharap kecuali pada Mu. Setiap kali aku sujud pada Mu, aku tahu Engkau akan mendengar rintihan ku. Semalam yang ku tinggal hanyalah kenangan yang akan ku jadikan iktibar buat panduan hidup ku. Engkau berilah aku Rahmat Mu. Ya Allah ya Muhammad rasul ku. Aku menghendaki kasih sayang Mu. Pimpinlah aku.....AMIN, Amin, Amin YA RABBILALAMIN

No comments:

Post a Comment