Thursday, November 08, 2012

SANDY OH! SANDY

Seperti yang telah dijangka taufan Sandy yang telah melanda negara Amerika telah mengakibatkan kerosakan harta dan kerugian yang berjuta-jutaan ringgit kepada negara dan rakyat Amerika. Sejak dari dulu lagi apabila melibatkan taufan nama wanita menjadi nama pilihan untuk nama taufan-taufan. Persoalannya kenapa nama perempuan.....

Agak-agaknyalah, teori ku, berdasarkan pengalaman,
1. Wanita ni, walaupun lembut namun dia boleh mengegarkan dunia.
2. Wanita kalau marah, marahnya suka meracau-racau.
3. Wanita kalau dah baran, dia lupa diri, habis semua nak dihumbannya.
4. Wanita kurang berfikir, suka terjah tak tentu pasal.
5. Kesimpulannya wanita tak boleh nak kawal emosi terutama biler datang bulan.

Hahaha, Oleh sebab faktor-faktor di atas maka, segala nama taufan diletakkan nama perempuan. Sandy oh Sandy, naperlah kau beralih angin kat sini pula. Dahlah hujan setiap hari. Cuaca pula asik mendung. Nampak tenang namun menyesakkan. Stress jadinya. Minggu lepas angin bertiup kencang kat sekolah ku. Apalagi RUNTUH 1 gazebo di sekolah ku. Nasib baik tak ader student berteduh di situ. Kalau tak.... jauh malaikat 44.

kesan Sandy di Amerika
Sandy makin tak boleh dihalang, pada pagi 6hb November 2012, hah! sandy dah melanda pejabat ku. Bos aku dah tak dapat kawal diri. Marah pasal PBS, band banyak belum masuk ke sistem online. Apa lagi aku lah tempat sandy serang. Ramai cikgu yang lalu dalam pejabat semua lari keluar, takut kena tempias sandy. Apa nak buat aku tanggung jer, pekakkan telinga. Aku tahu kalau aku jawab tentunya akan perang besar jadinya. lebih baik diamkan diri jer. selamat.....

PBS, PBS, PBS  memang cukup menyiksakan. Kerana PBS emosi ku sering terganggu. Cikgu sekolah ku berada dalam stress yang tak terkata. Ketika ini, aku menjalankan arahan oleh KPM dan pelaksanaan di peringkat sekolah , akulah pemantaunya, namun aku tahu PBS memang menyusahkan. Hingga kini aku tak nampak lagi keberkesanannya. Namun sebagaimana penjawat awam aku akur dengan tanggungjawab yang dipegang. ikut aje arahan, tak kuasa den nak fikir......

EH! SABARNYA AKU......

No comments:

Post a Comment