Friday, December 28, 2012

NENEK OH! IBU KU

Kenapa mak kiter biler dah tua dan tidak berdaya tak berapa suker nak tinggal dengan anak lelaki.Itulah persoalan yang aku sedang pening fikirkan... Melalui kajian yang aku buat melalui pemerhatian dan pengalaman ku, aku boleh rumuskan begini.
Contoh yang paling baik sekali mak ku yang aku panggil nenek sebab mengikut panggilan anak ku. Umur mak aku 85 tahun, sekarang memang dah tak berdaya namun masih boleh mengurus diri sendiri walaupun tak berapa kuat. Masa muda dulu, yerla masa sihat walafiat, nenek biasanya tinggal dengan anak-anak lelaki. sambil tengok-tengokkan cucu diaorang. Pernah nenek  duduk dengan aku masa aku baru kawin tahun 1986.  Sepas tu memang nenek akan tinggal dengan abang dan adik aku.
Masa berlalu begitu pantas. nenek memang bukan cam dulu lagi. anak-anak lelaki dah tak minat nak duduk dengan nenek. Yerla dah la orang tua suka cakap entah hapa-hapa. nak ke toilet susah, nak jalan pun susah...saper yang nak layan. Nak harap menantu, kirim salam la. nak cakap dengan mak mentua pun susah ini kan nak layan nenek. Aku nie dengar jer. memang pun aku tau kakak ipar aku pun mengaku dia tak bercakap sangat gan nenek. so paham-paham la orang tua. kecik hati...tau orang tak suka.
Adik ipar aku pulak, ok sikit, ada lah nak berbual gan nenek, tapi orang gaji dia layan nenek. Satu pulak perangai nenek, suka back up orang gaji, jadi diaorang tak suka nenek tinggal gan diaorang sebab ganggu rumah tangga mereka. Kakak ipar aku yang sorang lagi ni, ok jugak, tapi sekarang bab-bab nak jaga nenek ni ada kureng sikit, alasan kukuh beb, sibuk jaga cucu. Nak harapkan kakak aku jaga....lagi susah, dahla rumah flat, kaki dia pun terenchut-enchut lepas operation. Ada lagi...abang aku yang sorang lagi, langsung tak pernah sebut nak jaga nenek. asik sibuk pi luar negeri bawak pelancung. so orang yang paling available menjaga nenek ialah aku. ya....aku.
Namun selama 3 tahun dah aku jaga nenek tak siapa yang tahu sebenarnya aku sedang terseksa. Bukan terseksa jiwa menjaga nenek namun terseksa jiwa dan emosi kerana suami aku tak pernah suka pada nenek. Ada aje yang tak kena di matanya bila berkait dengan nenek. Kadang kala aku la orang yang sering cover line untuk tidak nampak suami ku yang tidak berkenan pada nenek. Jangan nenek prasan sudahla.
Kadang kala aku terfikir, adakah ini ujian untuk ku.... aku mesti taat pada suami tapi dalam masa yang sama aku sebagai manusia yang ada perasaan belas dan kesian kepada nenek mempunyai tanggung jawab pada nenek. Aku tak menganggap nenek ibu ku. Aku meletakkan nenek seorang tua yang perlu dikasihani, dikasihi serta dihargai. Bukan dicampak kesana kemari. Kesian nenek......

Baru-baru ini, lagi sekali suami ku mengeluarkan isu yang sama. Katanya dia stress biler nenek ada. Apa aku nak buat???????? Dia mempersoalkan tentang tanggung jawab menjaga nenek.  Sepatutnya yang menjaga nenek ialah abang-abang dan adik ku kerana mereka anak lelaki. Memang, aku tak nafikan sepatut memang diaorang yang patut menjaga. Walaupun diorang ada contribute duit sikit. Nilai wang tak boleh sama dengan nilai tanggung jawab.
Kini aku terfikir, adakah aku berkahwin untuk tidak mempunyai tanggung jawab kepada ibu ku sendiri. Aku pun jahil tentang ini dulu, Rasanya kalau aku sedar ini kesudahan hidup ku, rasanya biar lah aku tak kawin, tak payah punya suami kerana mentaati suami dan menjaga hati suami adalah suatu perkara yang paling sukar dan paling sakit. Kena taat tapi tak redha sebab suami tak pernah memahami aku.Aku perlukan sokongan suami dalam menjaga nenek namun kehadiran nenek dalam rumah ini menyiksakan jiwa suami ku. Kata Ustad Azhar, biler isteri taat pada suami, isteri dapat pahala, persoalan suami tak suka pada mak kita, itu Allah yang akan mempersoalkan dia pada esok hari. Jadi apa pilihan aku.......

Persoalan ini akan sentiasa ada dalam kepala otak aku. Aku tak ada pilihan dan tanggungan ini aku terpaksa pikul sehingga lah nyawa nenek berakhir. Aku perlu sabar......Aku doakan biarlah nenek (ibu ku) pergi dari dunia ini dalam keadaan yang mudah, beriman seperti sekarang, sentiasa zikir dan solat dalam hidup beliau. Aku juga berdoa supaya suami ku akan redha kehadiran nenek di rumah ini.Aku pun tak tahu,.....mana tau kot-kot aku yang pergi dulu....entah... Allah jua yang mengetahui.
Tak bolehla aku ambil gambar nenek, nanti orang tau siapa nenek. Nie gambar kat internet aku ambil. Nanti kita  pun akan jadi nenek. What comes around will comes around.
SEMOGA AKU KUAT DAN TABAH MENGHADAPI HIDUP INI......

DUIT OH!!!..DUIT, naper yer...

Minggu depan dah masuk 2013. Tentunya mak-mak dan bapak-bapak sibuk menyediakan persiapan anak-anak. Minggu nie aje dah mula sibuk daftar anak tadika, masuk darjah satu dan masuk tingkatan satu. Memang sibuk dan menyesakkan. Apa taknya. mak bapak dah ready ambil cuti nak menguruskan anak-anak. Yang paling parah duitnya... Ahhhhhhhhhhhhh mengeluh nampaknya. nak beli baju, buku, nak sedia duit tuk yuran dan lain-lain lagi. Pendek kata, berserabut kepala.
Kalau laki bini kerja okay lah sikit tapu kalau sorang jer kerja, alamak botak otak gamaknya. Cuba bayangkan kalau yang tak tetap makan gaji atau keja kampung yang pendapatan tak menentu. Aduh!    kesiannya.... aku pun tak leh nak bayangkangkan.
Aku nie bersyukur, nasib keja gan goment, kebetulan kerajaan umum bonus, boleh lah bernafas.... terima kasih la kepada kerajaan yang memerintah.. Beli sepasang baju sekolah dah RM 45. kalau dah 3 pasang.?? Anak pulak 2 orang yang sekolah.!! Tu belum lagi, bag sekolah, kasut sekolah, buku dan macam-macam lagi....mengeluh jugak aku.

Duit oh!  duit... aku nie bukan mata duitan, sekadar nak menampung kehidupan.

Kadang kala rasa cemburu dengan kekawan dan jiran yang kerja sama macam aku tapi mampu pi holiday, bukan dalam negeri, luar negeri beb... mampu renovate umah lagi. Aku...? alangkan nak betulkan bilik air pun tak mampu nak buat. berlari budget aku. Nak harap teman sekatil,???? malas nak cerita. pendek cerita semuanya di atas batu kepala hamba nie. kadangkala dapat jugak pau partner. dapat tampung sikit namun memang tak cukup.
Aku aku nie.... nak compare gan orang pulak. Ukur baju badan sendiri..jangan tengok orang. Tu la... biler tengok orang lain rosak hati kiter yang bersih ni. Chiya!! namun yerla kadang kala tertengok dan terfikir..mana boleh tahan......so cepat-cepat la beristifar...

Wednesday, December 05, 2012

DITIPU TUNANG - Kau tertipu lagi....wahai perempuan

Menurut Harian Metro 8hb Disember 201
Di Tipu " Tunang " Hidup-Hidup

KUALA LUMPUR: “Dia ajak saya bercuti ke luar negara sebagai hadiah pertunangan, tapi saya tak mahu. Sebagai pengganti dia menempah sebuah kereta Ferrari untuk saya dengan menggunakan nama saya.
“Sudahnya, dia ghaib entah ke mana dan saya pula diburu penjual kereta yang meminta bayaran pendahuluan,” kata seorang wanita yang bukan saja terpaksa menanggung malu apabila majlis pertunangannya Sabtu lalu dibatalkan kerana bakal tunangnya menghilangkan diri, tapi turut kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki terbabit.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzana, 30-an, berkata lelaki terbabit berusia 40-an dikenalinya setahun lalu melalui laman web sosial, facebook sebelum mengadakan pertemuan buat pertama kali di Bukit Bintang, di sini, awal bulan ini.


Tengok, berita yang aku baca hari nie betul-betul menyakitkan hati.  Memang sahla, penipu-penipu di luar sana menggunakan internet untuk menipu mangsa. Perempuan yang dicari adalah perempuan yang mengharapkan suatu keajaiban dalam kehidupan. Contohnya nak dapat jodoh, nak senang kemudian, nak orang kaya dan bla-bla....ni dia  yang single dan lonely dan berkerjaya.

 Mamat-mamat ni dia bertopengkan muka-muka mat handsome. So mudahlahlah minah jiwang terpesona dengan mereka. Selain itu jantan-jantan  ni menggunakan pelbagai ayat power yang meruntuhkan iman dan mungkin juga menggunakan pukau untuk menipu mangsa apabila bertemu. Yang penting mereka dapat menipu dan mendapat keuntungan.

Mula-mula modus operandi mereka ialah berkenalan melalui email, face book, laman tagged atau laman sosial yang ujud di internet. Perkenalan ini memakan masa 2 atau 3 bulan sebelum mamat ni bertindak untuk masukkan jarum penipuannya. Dia bagi kasi minah jiwang abes kat dia. Malah sampai berjanji nak kawinla, nak beli rumah and all the sweet talk. Kadang-kala perhubungan mereka makan tahun juga. Ialah bukan mudah nak dapat tipu orang namun ramai jugak yang tertipu. Perempuan-perempuan kat Malaysia ni pun ramai yang tertipu namun tak dilapurkan. Macamana nak lapur kat polis dah awak dengan sukarelanya menyerahkan duit kepada mereka.
Hah! sudah-sudahlah dengan perhubungan di alam maya ni. Aku memang dari dulu tak pernah percaya. Tangkap cintan pabila mamat ni mengeluarkan kata-kata. Kononnya buat business, lepas tu urusan perniagaan tak dapat buat sebab duit tak cukup masa tu. So nak pinjam dulu dari minah sayang tangkap lintuk ni. Maka urusan hantar wang melalui kredit kad atau bank in. Biler mamat setan nie dah dapat sorilah,.....menghilang terus ke alam maya yang tak dapat di kesan.
Kadangkala ada mamat ni, dia cakap dia akan hantar hadiah istimewa pada minah jiwang ni. Yerla, sayang sampai ke tulang. Tap tup tap tup biler kita nak ambik hadiah tu kena bayar wang kastam and etc. Hahahaha, kena tipu la gamaknya.



Sehubungan dengan cerita di atas, tolongla wahai rakan-rakan, sedara-sedara ku, anak-anak ku. Jangan cepat percaya dengan sesiapa pun dalam internet ni kecuali orang yang tu memang kamu dah kenal. BEWARE OF SCAMMERS. Scammer di mana-mana. Jauhkan kami Ya Allah dari SCAMMER.

NPQEL, npqel...... siksanya aku nak dapat


Sejak beberapa hari ni aku agak sibuk. Sibuk mengurus tentang program -program yang akan di jalankan di sekolah pada tahun hadapan. Di samping itu aku kini juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi temuduga untuk mengikuti kursus kepengetuaan (NPQEL) di Institut Aminudin Baki pada tahun hadapan.
Sebenarnya aku tak sangka aku akan dapat temuduga tersebut sebab semasa permohonan online bulan lepas, ada masalah teknikal dimana aku tak boleh nak register nama aku. Berminggu-minggu aku cuba untuk masukkan nama ku namun gagal. Akhir sekali aku minta tolong kawan ku di IAB untuk masukkan nama tu dalam wedsite IAB. Namun kawan aku cakap tarikh permohonan dah tutup. Aku redha sebab aku sebenarnya dah fed-up nak teruskan kursus tu.
Siapa sangka tiba-tiba minggu lepas pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, En Nasri call aku samada aku  berminat tak nak mohon. Kalau minat hantar borang segera ke JPM keesokan harinya. Apalagi aku pun berposak menyiapkan dokumen untuk di hantar ke sana. Yang mengejutkan aku, kemarin kawan aku telefon, suruh aku check kat portal IAB samada permohonan diterima atau tidak. Syukur alhamdulilah, aku akan di temuduga pada 19 Disember 2012 di Batu Pahat Johor. Hah! memang terkezud besar....Apalagi... kenalah buat preparation untuk interview. Ibarat orang nak mohon keja. Terasa bertapa susahnya nak jadi pengetua walaupun dah berkhidmat 27 tahun dalam pendidikan.
Harapan ku moga aku dan rakan -rakan seperjuangan ku akan di terima. Temuduga ni hendaknya lancar dan mudah bagi kami mengharunginya. Sebenarnya kami ni nama jer cuti sekolah, tapi kami serupa tak cuti. Sibuk dan menyibuk mengurus hal-hal untuk sessi persekolahan tahun hadapan. So, tolong ya wahai para penemuduga , tolongla.......kami....

 Tahniah PUAN nnnnnn nnn mmmmmm
Anda telah dipilih untuk menghadiri sesi temuduga NPQEL. 

Sila klik pada butang Cetak di bawah untuk mencetak surat panggilan 
dan bawa bersama surat ini ketika menghadiri temuduga.

Butiran sesi temuduga PUAN adalah seperti berikut:

Tempat Temuduga : Institut Aminuddin Baki Zon Selatan
Tarikh :19 Dis 2012
Masa :


8.00 pagi