Contoh yang paling baik sekali mak ku yang aku panggil nenek sebab mengikut panggilan anak ku. Umur mak aku 85 tahun, sekarang memang dah tak berdaya namun masih boleh mengurus diri sendiri walaupun tak berapa kuat. Masa muda dulu, yerla masa sihat walafiat, nenek biasanya tinggal dengan anak-anak lelaki. sambil tengok-tengokkan cucu diaorang. Pernah nenek duduk dengan aku masa aku baru kawin tahun 1986. Sepas tu memang nenek akan tinggal dengan abang dan adik aku.
Masa berlalu begitu pantas. nenek memang bukan cam dulu lagi. anak-anak lelaki dah tak minat nak duduk dengan nenek. Yerla dah la orang tua suka cakap entah hapa-hapa. nak ke toilet susah, nak jalan pun susah...saper yang nak layan. Nak harap menantu, kirim salam la. nak cakap dengan mak mentua pun susah ini kan nak layan nenek. Aku nie dengar jer. memang pun aku tau kakak ipar aku pun mengaku dia tak bercakap sangat gan nenek. so paham-paham la orang tua. kecik hati...tau orang tak suka.
Adik ipar aku pulak, ok sikit, ada lah nak berbual gan nenek, tapi orang gaji dia layan nenek. Satu pulak perangai nenek, suka back up orang gaji, jadi diaorang tak suka nenek tinggal gan diaorang sebab ganggu rumah tangga mereka. Kakak ipar aku yang sorang lagi ni, ok jugak, tapi sekarang bab-bab nak jaga nenek ni ada kureng sikit, alasan kukuh beb, sibuk jaga cucu. Nak harapkan kakak aku jaga....lagi susah, dahla rumah flat, kaki dia pun terenchut-enchut lepas operation. Ada lagi...abang aku yang sorang lagi, langsung tak pernah sebut nak jaga nenek. asik sibuk pi luar negeri bawak pelancung. so orang yang paling available menjaga nenek ialah aku. ya....aku.
Namun selama 3 tahun dah aku jaga nenek tak siapa yang tahu sebenarnya aku sedang terseksa. Bukan terseksa jiwa menjaga nenek namun terseksa jiwa dan emosi kerana suami aku tak pernah suka pada nenek. Ada aje yang tak kena di matanya bila berkait dengan nenek. Kadang kala aku la orang yang sering cover line untuk tidak nampak suami ku yang tidak berkenan pada nenek. Jangan nenek prasan sudahla.
Kadang kala aku terfikir, adakah ini ujian untuk ku.... aku mesti taat pada suami tapi dalam masa yang sama aku sebagai manusia yang ada perasaan belas dan kesian kepada nenek mempunyai tanggung jawab pada nenek. Aku tak menganggap nenek ibu ku. Aku meletakkan nenek seorang tua yang perlu dikasihani, dikasihi serta dihargai. Bukan dicampak kesana kemari. Kesian nenek......
Baru-baru ini, lagi sekali suami ku mengeluarkan isu yang sama. Katanya dia stress biler nenek ada. Apa aku nak buat???????? Dia mempersoalkan tentang tanggung jawab menjaga nenek. Sepatutnya yang menjaga nenek ialah abang-abang dan adik ku kerana mereka anak lelaki. Memang, aku tak nafikan sepatut memang diaorang yang patut menjaga. Walaupun diorang ada contribute duit sikit. Nilai wang tak boleh sama dengan nilai tanggung jawab.
Kini aku terfikir, adakah aku berkahwin untuk tidak mempunyai tanggung jawab kepada ibu ku sendiri. Aku pun jahil tentang ini dulu, Rasanya kalau aku sedar ini kesudahan hidup ku, rasanya biar lah aku tak kawin, tak payah punya suami kerana mentaati suami dan menjaga hati suami adalah suatu perkara yang paling sukar dan paling sakit. Kena taat tapi tak redha sebab suami tak pernah memahami aku.Aku perlukan sokongan suami dalam menjaga nenek namun kehadiran nenek dalam rumah ini menyiksakan jiwa suami ku. Kata Ustad Azhar, biler isteri taat pada suami, isteri dapat pahala, persoalan suami tak suka pada mak kita, itu Allah yang akan mempersoalkan dia pada esok hari. Jadi apa pilihan aku.......
Persoalan ini akan sentiasa ada dalam kepala otak aku. Aku tak ada pilihan dan tanggungan ini aku terpaksa pikul sehingga lah nyawa nenek berakhir. Aku perlu sabar......Aku doakan biarlah nenek (ibu ku) pergi dari dunia ini dalam keadaan yang mudah, beriman seperti sekarang, sentiasa zikir dan solat dalam hidup beliau. Aku juga berdoa supaya suami ku akan redha kehadiran nenek di rumah ini.Aku pun tak tahu,.....mana tau kot-kot aku yang pergi dulu....entah... Allah jua yang mengetahui.
Tak bolehla aku ambil gambar nenek, nanti orang tau siapa nenek. Nie gambar kat internet aku ambil. Nanti kita pun akan jadi nenek. What comes around will comes around. |
SEMOGA AKU KUAT DAN TABAH MENGHADAPI HIDUP INI......
No comments:
Post a Comment