Thursday, March 28, 2013

Kenangan Dan Hala Tuju ku



Tak pernah terfikir dalam hidup ku, aku akan jadi pemimpin. Menerajui sekolah walaupun jadi orang nombor 2. Semasa mula aku masuk ke dunia pendidikan, tika itu umur ku baru mencecah 25 tahun. Aku menjadi orang yang sangat aktif.  Bayangkan segala aktiviti yang ada kat sekolah semua aku nak join. Tak kira malam atau siang muka ku akan menempel dalam semua acara. Seronoknya tak terkira, maklumlah duduk jauh dari family. Keluarga ku di KL dan aku jauh di tempat jin bertendang, Kuala Krai Kelantan. Hujung minggu bagi ku sungguh membosankan, jadi dengan mengikuti aktiviti-aktiviti di sekolah dan asrama hilanglah stress berada di tempat ini. Aku pernah menaiki keretapi ke Kemubu Kelantan. Masa tu jalan keretapi jer yang ada. Naik keretapi segala macam benda ada. Haiwan-ayam, itik, barang kampung seperti ubi, keledek entah apa-apa semua dibawa dalam keretapi. Keretapi pulak macam keretapi zaman Jepun kot. Ghet ghot, ghet ghot bergerak lembab tahap....Pengalaman naik sampan yang diperbuat dengan batang pokok juga satu pengalaman yang tak mungkin terpadam dalam hidup ku. Aku pergi ke rumah anak murid ku di Manik Urai, Kuala Krai Kelantan. Seriaunya tak terkira menyeberang Sungai Krai yang lebar lebih kurang 250meter. Pulak tu kena mendayung. Kalau sekarang la suruh aku pegi...mintak maaf .Kirim salam jer la gamaknya.Itu dulu. Semuanya menjadi kenangan. Mendaki bukit Gua Musang, pergi ke tempat Putri Sa'dong, ke pantai Cahaya Bulan, rasanya banyak tempat aku pegi ikut rombongan sekolah. Masih lagi aku teringat ketika kami pergi rombongan dengan pelajar ke Dungun Terengganu. Tengok penyu tengah malam buta. hahaha, ada la budak-budak luar nak mengenen kat aku. Apalagi beberapa anak murid lelaki menjadi pelindung ku ketika itu. Almaklum aku pada ketika itu bertubuh kecil macam budak tingkatan 3. Comel....hehehe sekarang...tengokla sendiri.Dah 2 kali ganda transform.....  Itu dulu 27 tahun yang lepas. Sekarang sangat berbeza, dulu aku sangat passion terhadap tugas ku namun aku lihat jiwa guru baru zaman ini, banyak sangat berbeza dan kadang kala mengecewakan. Suruh join aktiviti pun merungut. tiap kali diarah ada saja alasan yang diberi. Aku pun tak tahu apa sebab jadi begini. Kenapa tak seperti aku dulu. Teaching is an enjoyable profession, until now the feeling is still there. So how am I going to be a leader to guide our subbordinate to our destiny??? Tajuk tugasan ku kali ini mungkin menjawab persoalan ini.

Boss dah jadi ANGRY BIRD

TUGASAN MODUL 1
Berdasarkan kerangka modul yang dipelajari dalam Modul 1, jelaskan kepentingan kompetensi-kompetensi yang perlu ada pada seseorang pemimpin dalam menerajui organisasi.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan persekitaran organisasi masing-masing. Panjang jawapan tidak melebihi empat muka surat. 
Berdasarkan kerangka modul  Dasar dan Hala Tuju, dirumuskan  bahawa sebagai  pemimpin instruksional, mereka perlu mempunyai kompetensi-kompentensi tertentu dalam menerajui sesebuah organisasi.
Definasi pemimpin: Menurut Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya,  Pemimpin dalam Kepimpinan Pendidikan (1999) menyatakan pemimpin adalah  individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) kearah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Miftha Thoha dalam bukunya Prilaku Organisasi (1983:255), Pemimpin adalah seorang yang memiliki kemampuan memimpin,  artinya memiliki kemampuan untuk mempengaruhi orang lain atau kelompok tanpa mengindahkan bentuk alasannya.
Dalam menerajui  sekolah,  seorang pemimpin  perlu mempunyai kompetensi  berfikiran strategik.  Berfikiran strategik bermaksud keupayaan untuk melepaskan isu-isu hari ini dan meletakkan diri sendiri di dalam masa depan. Pemimpin berupaya melukis rupa bentuk sasaran masa depan yang diingini melangkaui pengalaman hari ini. Menurut  Nolan( et.el,2008) dalam tempoh masa 5 tahun.Pemikiran strategik mengambil kira tentang kompetensi dan kemahiran yang ada untuk menjana kecemerlangan sekolah. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran yang boleh memberi peluang kepada sekolah untuk berjaya.  Contohnya Visi sekolah  saya ialah SMK DATO’  DOL SAID  MENJADI  10 SEKOLAH HARIAN TERBAIK NEGERI MELAKA  2015. Visi dibuat pada tahun 2010. Dalam tempoh 3 tahun lagi dijangkakan sekolah dapat  menjadi  sekolah harian terbaik dari segi akademik. Di sini jelas bahawa pengetua saya telah berfikir secara strategik meletakkan kedudukan sekolah pada masa depan mengikut apa yang diimpikan.  Selain dari itu  berfikiran strategik membolehkan seorang pemimpin organisasi berfikiran secara terbuka, berani menerima  perubahan,  pemikiran yang bersistem dan sentiasa berfikir di luar kotak bagi mencapai matlamat organisasi.  Sentiasa optimis dalam membuat matlamat masa depan dan sentiasa pihatin tentang apa yang berlaku disekeliling sama ada di dalam atau pringkat global.              
 Seterusnya kompentensi yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah membuat keputusan strategik. Sebelum membuat keputusan pemimpin perlu membuat analisis terhadap dapatan-dapatan yang diperolehi di sekolah., Dengan mencari kekuatan dan kelemahan serta mencari peluang dan cabaran dalam analisis SWOC. Pemimpin dapat membuat keputusan berdasarkan situasi  dan persekitaran sekolah. Dengan menggunakan teknik “force field”, “ pareto” atau tulang “Ishikawa” pemimpin sekolah dapat membuat keputusan yang mana menjadi keutamaan bagi mencapai matlamat. Pemimpin perlu menganalisis masalah secara keseluruhan, sama ada puncanya, sebabnya dan cara untuk menyelesaikannya. Namun demikian dalam membuat keputusan pemimpin perlu mengambil kira tentang mandat yang diberikan oleh KPM supaya keputusan tidak bertentangan dengan perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan.
Semasa proses membuat keputusan, satu pasukan “think tank” perlu dibentuk. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang memahami hasrat pengetua dan merupakan barisan hadapan dalam organisasi seperti guru penolong kanan, guru cemerlang, guru kanan dan guru bimbingan dan kaunseling. Keputusan perbincangan  perlu dikongsi bersama warga organisasi. Di samping itu pemimpin juga boleh menjana ide melalui sumbang saran. Kadang-kala ide dari bawah juga mempunyai potensi untuk mencapai matlamat.  Seorang pemimpin hendaklah berfikiran di luar kotak dan berani menyahut cabaran menerusi ide baru dan menentukan bentuk tindakan yang patut diambil. Berani mengambil risiko dan sentiasa “THINK BIG, DEEP and LONG”.
Kesimpulannya, adalah sukar bagi seorang pemimpin  membuat keputusan strategik  apabila terlalu banyak isu  hendak dibuat pilihan. Oleh itu di sini perlunya segala data atau maklum balas dari analisis SWOC dan sebagainya bagi menyokong keputusan strategik. Keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama dalam musyawarah.
Kompentensi ke 3 yang perlu ada ialah kompentensi dalam membuat Perancangan Strategik. Perancangan strategik merupakan proses mengenal objektif organisasi  sebagai reaksi kepada peluang dan  cabaran dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif yang digariskan. Perancangan boleh dikategorikan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang dan ia mesti didokumenkan.
Untuk membuat perancangan strategik, pembinaan satu visi dan misi yang mantap merupakan permulaan hala tuju sekolah. Visi, wawasan , cita-cita dan angan-angan. Gambaran umum tentang matlamat akhir yang hendak dicapai dalam waktu yang panjang. Visi sekolah juga perlu difahami oleh ahli. Misi pula ialah langkah yang terancang dalam menyatakan keinginan sekolah. Menjadi garis panduan untuk perancang. Ia dapat memupuk komitmen dan tepat pada sasaran. Perkara yang hendak dicapai atau disasar  hendaklah berkonsepkan “SMART”.   (S)“Spesific” – Jelas, (M) ”measurable – boleh diukur.  Masa, kuantiti dan kos. (A) Attainable –boleh dicapai. (R) retainable – realistic. (T) Time frame – jangka masa. Dalam mencapai objektif pencapaian, pemimpin perlu membuat analisis SWOC, meluaskan S-strength dan O-opportunity dan mengecilkan W-weakness dan C-challenge. Pemimpin boleh mengekploitasi aspek positif yang ada diluar untuk kepentingan organisasi.  Mengurangkan elemen kelemahan dalam organisasi dan menangani elemen negatif dari luar yang menjadi cabaran kepada organisasi
Seterusnya apakah sasaran/objektif yang ingin dicapai. Sasaran dikenali sebagai “outcome ataupun KPI (key performance index) . KPI adalah suatu parameter yang boleh diukur yang telah dipersetujui bersama, dan yang akan mencerminkan kejayaan sekolah. KPI  adalah petunjuk atau tanda kejayaan bagi membantu organisasi mentakrif dan mengukur kejayaan untuk mencapai objektif, matlamat, visi dan misi. Dalam hal ini KPI sekolah saya ialah  menjadi 10 sekolah harian terbaik pada tahun 2015 dan untuk mencapai 10 harian terbaik negeri Melaka pada tahun 2015 sekolah akan mengatur strategi bagi peningkatan prestasi mata pelajaran. Strategi  adalah merujuk kepada tindakan khusus atau pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat. Strategi ialah apa yang nak di capai.  Dalam mengatur strategi pelaksanaan pelan tindakan, pelan taktikal yang mengandungi aktiviti/program yang akan dijalankan, pegawai yang bertanggung jawab, kos, tempoh masa, KPI bagi program tersebut, output serta pelan kontigensi di dokumenkan ke arah menjadikan sekolah harian terbaik dalam negeri Melaka pada tahun 2015. Seterusnya pelan operasi dibuat bagi pelaksanaan program tersebut.


CONTOH PELAN TAKTIKAL
STRATEGI   : Meningkatkan pencapaian murid PMR  lulus minimum D dalam Matematik                                                                                                                    
Bil
Aktiviti
Pegawai bertanggung jawab
Kos/

sumber
Tempoh Masa
KPI
Output
Pelan kontegensi
Tarikh
jangka
Tarikh
laksana
1.
JOM Hafal sifir
Guru matematik
RM 300
PCG
Jan 2013
Mac 2013
100% hafal sifir
Semua Lulus minimum
D
Latih Tubi sebelum  pdp bermula

                          Selepas mewujudkan KPI  dan menetapkan sasaran prestasi bagi setiap KPI, pemimpin hendaklah melaksanakan pengukuran dan penilaian prestasi dengan cara mengumpul maklumat dan menilai pencapaian sebenar dengan sasaran prestasi yang telah ditetapkan. Pemimpin perlu mengenal pasti jurang supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Kita mesti membuat penilaian untuk mengetahui perancangan tidak  tersasar. Nilai kembali keberkesanan strategi, memperkemaskan pelaksanaan, membuat audit dalaman, mengukur kekuatan melalui pemantauan yang berterusan.
                         Kesimpulannya  seorang pemimpin atau pengetua  yang mempunyai kompetensi berfikiran strategik akan membuat keputusan yang strategik dan dapat membina perancangan strategik bagi tujuan menggerakkan subordinatnya dari “top-down”, “bottom-up” dan “horizontal” ke arah matlamat hala tuju sekolah. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kemahuan dan kesungguhan. Perancangan yang cantik tetapi tidak dilaksanakan tidak akan bermakna.  Pemimpin yang berwawasan akan mengutamakan organisasinya daripada kepentingan individu.

********************



No comments:

Post a Comment