Program Memahkotakan Impian Remaja merupakan satu
program yang dipilih semasa program penandaarasan. Program ini dipilih kerana
program ini telah terbukti memberi kejayaan dari segi peningkatan jumlah murid
yang mendapat A+ untuk mata pelajaran elektif sains dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia tahun 2013. Program ini boleh dilaksanakan di sekolah
sandaran yang merupakan sekolah saya Sekolah Menengah Dato’ Dol Said, namun
penambahbaikan dan pengubahsuaian perlu dilakukan untuk disesuaikan dengan
persekitaran sekolah.
Dalam pelaksanaan program ini banyak perkara-perkara
yang perlu diambil perhatian kerana kekuatan yang ada di Sekolah Menengah Sains
Muzaffar
Syah adalah sangat berbeza dengan di sekolah
saya. Sekolah saya merupakan sekolah
harian yang mempunyai empat aliran di menengah bawah iaitu, Kelas Aliran Agama,
Rancangan Khas, Kelas Kawalan dan Kelas biasa. Untuk menengah atas pula
terdapat 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Teknikal dan Kemanusiaan. Oleh itu
untuk melaksanakan program ini perlu difikrkan tentang beberapa aliran dan tahap
pencapaian akademik yang pelbagai.
Semasa di sekolah penandaarasan, saya juga dapat
melihat kesungguhan guru-guru yang begitu komited dalam menjayakan program ini.
Mereka bekerja dari pagi membawa ke malam hinggalah ke hujung minggu tanpa jemu
atau merungut demi untuk anak-anak murid mendapat A+ bagi mata mata pelajaran
yang diajar. Situasi begini sangat sukar untuk dilihat di sekolah harian biasa.
Sememangnya kepimpinan sekolah ini menjadi salah satu
faktor untuk mereka bekerja dengan seronok.
Sekolah berorientasikan hasil membentuk budaya bekerja yang membawa
kepada hasil yang luar biasa kerana sekolah ini merupakan Sekolah Berprestasi
Tinggi. Harapan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, masyarakat dan ibu
bapa sangat tinggi terutamanya dalam menghasilkan murid-murid straight A+ dan
straight A’s. Faktor pemimpin yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi
kepada guru dan murid ke arah kecemerlangan dari segi kurikulum, kokurikulum
dan sahsiah merangsang guru dan murid bersama-sama bergerak ke arah matlamat
yang diimpikan.
Pengalaman
membuat penandaarasan di sekolah yang berada di Band 1 sangat mengujakan.
Sekolah yang terbaik di Negeri Melaka dan sentiasa berada dalam kelompok
sekolah terbaik di Malaysia, mereka perlu bekerja keras untuk kekal sebagai
yang terbaik. Ini merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua warga sekolah
ini namun dalam mengejar kecemerlangan, mereka sepatutnya tidak lupa kepada
keperluan individu yang paling asas iaitu rehat fizikal dan rehat mental.
Jadual murid di sekolah ini sangat padat. Bilakah masa mereka dapat
menyiapkan kerja-kerja sekolah?. Adakah dengan jadual yang padat ini murid boleh belajar dengan
berkesan. Saya membuat beberapa temuramah dengan guru-guru di situ di mana didapati
ramai murid yang tertidur dalam kelas pada waktu pagi. Mengapa tidak
dioptimumkan pembelajaran di dalam kelas dengan berkesan. Kemungkinan guru-guru di sini tidak perlu
membuat program tersebut pada waktu malam tetapi pada waktu petang antara jam
4.00 petang hingga 6.00 petang supaya murid dapat berehat dengan cukup sambil
membuat kerja sekolah.
Jadual Waktu Sekolah Menengah
Sains Muzaffar Syah
|
Jadual 12: Jadual murid yang
sangat padat
.Kesimpulannya,
Program Memahkotakan Remaja memang berjaya dilaksanakan di sekolah
penandaarasan. Pelaksanaan program tersebut sangat memberi tekanan kepada warga
sekolah namun Alah Bisa Tegal biasa, ia merupakan budaya Sekolah Berprestasi
Tinggi. Dalam konteks pembelajaran, sekolah ini berjaya membuktikan bahawa
latih tubi merupakan senjata untuk cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran di
samping kaedah belajar secara kumpulan memberi impak yang sangat tinggi kepada
pencapaian prestasi murid-murid kerana di situ ada perbincangan dan tunjuk ajar
dari peer group masing-masing.
Program ini memberi ruang bagi murid untuk mengulang kaji pelajaran di
tingkatan 4. Program ini seterusnya dapat membina keyakinan murid menjawab soalan dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia.
Harapan saya, apabila membuat program sandaran nanti
saya akan dapat melaksanakan idea yang sedemikian dan membuat penambahbaikan
untuk disesuaikan dengan situasi di sekolah saya. Tugas-tugas dan kemahiran sebagai
pemimpin saya akan hayati dan fahami supaya saya dapat mengimplementasikan demi
membangunkan institusi sekolah seperti yang dihasratkan apabila saya menjadi
pemimpin kelak.
*******************************