1. Faktor-faktor yang didapati kritikal dan penting
dalam kejayaan/perubahan yang dipilih di sekolah penandaarasan
1.1 Kejayaan projek
Memahkotakan Impian Remaja adalah disebabkan beberapa faktor. Sekolah ini
merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mana ianya mempunyai ciri-ciri yang
memang telah ditakrifkan tentang etos, watak, identiti yang tersendiri dan
unik. Oleh itu hala tuju pendidikan di sekolah itu ke arah yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.2 Sekolah ini juga
merupakan satu-satunya sekolah sains yang terdapat di Negeri Melaka. Oleh
kerana harapan dari pihak kementerian dan juga Jabatan Pelajaran Melaka, semua
warga sekolah terpanggil untuk bertanggung jawab dalam meningkatkan prestasi
akademik sekolah. Justeru guru-guru sekolah secara paksa atau sukarela
dikehendaki untuk mencapai matlamat sekolah. Namun melalui pemerhatian, saya
mendapati guru-guru di sini mempunyai komitmen yang sangat tinggi membantu
murid mencapai sasaran akademik cemerlang. Dengan Sembilan orang guru cemerlang
pelbagai bidang yang terdapat disini membolehkan semua program yang berkaitan
akademik dapat dijalankan dengan jayanya tanpa bantuan tenaga pengajar di luar.
1.3 Faktor murid juga merupakan salah satu mengapa program ini dapat
dijalankan disini. Semua murid tinggal di asrama. Murid mudah di kawal dan
mudah mengikuti program kerana program ini dijalankan mulai hari jumaat hingga
ke hujung minggu. Persediaan prasarana seperti dewan yang besar serta peralatan
kerusi meja, alat-alat ICT seperti LCD, computer, sound system yang lengkap memudahkan mereka mengurus program tersebut.
1.4 Dari segi kewangan, sekolah ini tidak mempunyai masalah kerana
segala pembayaran bagi membiayai program seperti penyediaan modul mata
pelajaran menggunakan peruntukan SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) dan Bantuan
Persekolahan Berdasarkan Per Kapita Murid (PCG).
1.5 Kelemahan program ini adalah ia hanya menumpukan kepada mata
pelajaran elektif. Oleh itu mata pelajaran teras ditinggalkan dan hanya
tertumpu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sahaja.
2. Hubungan antara teori-teori dipelajari dengan
amalan pengurusan dan
kepimpinan
yang dipamerkan di sekolah penandaarasan.
2.1 Sekolah mempunyai Visi dan Misi.
Sekolah yang berprestasi tinggi mempunyai pemimpin
yang mempunyai visi yang cukup jelas tentang perkara yang perlu dicapai oleh
muridnya. Menurut McEwan (2003a), pemimpin instruksional harus mempunyai visi
yang jelas untuk sekolah mereka – perkara yang sepatutnya dicapai atau mampu
dicapai oleh sekolah mereka pada satu tempoh dalam masa hadapan. Visi pemimpin
instruksional bersandarkan pada nilai, ilmu pengetahuan, dan keyakinan bahawa
masa depan sekolah seharusnya lebih baik daripada keadaan sekolah sekarang.
Tanpa visi, pemimpin instruksional bagaikan bengkarung (chameleon) yang
sentiasa berubah-ubah fikiran dan pendirian kerana cuba memenuhi kehendak semua
pihak tanpa mengetahui had-had sempadan kemampuannya.
2.2 Kepimpinan Kurikulum dan Kepimpinan
Instruksional
Komponen kurikulum dan instruksional saling mempengaruhi, pentadbir
sekolah harus memainkan kedua-dua peranan sebagai pemimpin kurikulum dan
pemimpin instruksional.
Kepimpinan Kurikulum
|
Kepimpinan Instruksional
|
Pengetahuan Asas
|
Pengetahuan Asas
|
Pemimpin kurikulum perlu arif dan memiliki
pengetahuan yang luas melalui pembacaan atau sumber-sumber lain yang
berkaitan.
|
Pemimpin intruksional harus memiliki pengetahuan
asas tentang factor-faktor di sebalik pengajaran dan pembelajaran
bersandarkan teori-teori atau falsafah pendidikan yang kukuh.
|
Bidang Tugas
|
Bidang Tugas
|
Pemimpin kurikulum perlu memahami bidang tugasnya yang
merangkumi perkara yang umum dan menyeluruh tentang sekolah seperti
pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di sekolah berjalan lancar atau memupuk
iklim dan budaya sekolah positif.
|
Bidang tugas bersifat mikro yang tertumpu pada usaha
mempertingkatkan kawalan dan pemahaman murid dalam konteks bilik darjah.
Contohnya, memupuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran dan
mengalakan sebarang inisiatif yang diambil oleh guru dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran.
|
Kemahiran
|
Kemahiran
|
Seorang pemimpin harus disegani bukan hanya kerana
kuasa sah (legitimate power) yang
ada padanya, tetapi kepakaran yang dimiliki.
|
Seorang pemimpin memiliki kemahiran bercorak
hands-on yang unggul dalam mengendalikan bilik darjah yang dapat diteladani
oleh guru-guru lain.
|
Jadual
1: Bandingan Kepimpinan Kurukulum Dan Kepimpinan Instruksional
Apabila dikaitkan dengan kepimpinan kurikulum dan kepimpinan
instruksional, pengurusan di sekolah ini menggunakan pendekatan kedua-duanya
bagi mengurus kurikulum, guru dan murid. Kemahiran merancang program untuk
peningkatan prestasi sekolah serta melaksanakannya memberi kelebihan kepada
pengetua untuk mengembeleng orang-orang di bawah beliau. Kemahiran selama 22
tahun menjadi guru biasa dan selama 13 tahun dalam pentadbiran memudahkan
beliau menangani isu-isu pengajaran dan pembelajaran murid.
2.3 Transformasi Kepemimpinan Melalui Pelbagai Gaya
Kepemimpinan yang berkesan adalah asas kepada
penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijs & Harris, 2007; Abdul Ghani
& Anandan, 2009). Ringkasnya, kepemimpinan sekolah masa kini perlu berubah
atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan.
Sejak kebelakangan ini cabaran penstrukturan semula sekolah dan persekitaran
masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami
perubahan yang berterusan.
Justeru Jazmi (2009) mencadangkan agar pengetua
mengamalkan gaya kepimpinan transformasi. Hal ini kerana pengetua akan
berhadapan dengan guru-guru, staf dan pelajar yang merupakan elemen-elemen yang
memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi. Perkara ini penting
kerana ia memberikan kepuasan kerja kepada guru. Dalam hal yang demikian sememangnya pengetua
sekolah ini mempamerkan kepimpinan
transformasi melaui pelbagai gaya mengikut situasi (situational leadership atau
contingency)
2.3.1
Gaya kepimpinan partisipatif dipamerkan apabila beliau
memberi ruang kepada guru-guru untuk
mengemukakan pandangan tentang isu kemerosotan subjek teras semasa mesyuarat
kurikulum dijalankan.
2.3.2
Apabila beliau mengamanahkan tugas dan tanggung jawab
kepada guru-guru untuk
menjalankan program peningkatan beliau menggunakan gaya autokratik.
2.3.3
Selain itu apabila beliau menekankan tentang
Melindungi Masa Instruksional beliau mempamerkan gaya autokratik atas kuasa
yang diberi (legitimate power) oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.3.4
Beliau
menunjukkan komunikasi berkesan dalam penyampaian dengan cara memberi nilai dan
kepercayaan baru kepada guru-guru dalam meneruskan perjuangan di SBT dengan
gaya kepimpinan transformasi. Gaya ini dipamerkan
kerana tekanan yang dialami oleh warga
sekolah yang berorientasikan hasil
sangat tinggi.
- Meletakkan harapan yang tinggi
terhadap murid.
- Membina kontrak pembelajaran dengan
murid.
- Mempunyai kualiti guru yang tinggi.
- Kepimpinan sekolah goal-oriented.
Oleh itu pengubahsuai gaya kepimpinan
perlu bagi memenuhi kehendak
dan keperluan orang lain.
3
Ruang penambahbaikan atau
pengubahsuaian yang perlu apabila projek ini dilaksanakan di sekolah sandaran kelak.
Beberapa
penambahbaikan atau pengubahsuaian perlu dilaksana apabila projek Memahkotakan
Impian Remaja dijalankan di sekolah saya kelak.
Sekolah
sandaran saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah
Melaka. Lokasi sekolah ini terletak di sebuah Bandar yang kecil. Warga sekolah
adalah terdiri dari sosio ekonomi yang sederhana dan rendah. Tahap pendidikan
murid yang berada di sekolah ini adalah majoriti di tahap sederhana dan lemah
dan hanya sebilangan kecil dari kalangan murid mendapat 5 A dari keputusan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan 8 A dari Peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah. Sekolah ini berada di Band 4.
Penambahbaikan
yang akan dibuat ialah nama program tersebut akan di tukar dari Memahkotakan
Impian Remaja kepada Mengilap Permata. Rasionalnya ialah sasaran bagi sekolah
saya sekurang-kurangnya murid dapat lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan lulus dalam mata pelajaran elektif
untuk murid sains tulen dan lulus mata pelajaran elektif bagi aliran
kemanusiaan.
Jadual
yang diperuntukkan untuk program tersebut adalah pada waktu petang Jam 3.00
petang hingga Jam 5.00 petang setiap hari.
Kelas yang terlibat ialah 5 kelas yang terawal. 2 kelompok kelas iaitu
sains tulen dan kelas aliran
teknikal. Kelompok kelas sains tulen
dari 2 kelas akan dibahagikan kepada kelompok kecil. Fokus mata
pelajaran kepada mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan Fizik
Tingkatan 4. Penggunaan bahasa ialah dwi bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu. Bagi kelas teknikal tumpuan diberikan pada mata pelajaran Sains dan
Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris Tingkatan 4.
Kaedah program dijalankan adalah sama menggabungkan
murid pandai dan murid lemah berdasarkan keputusan ujian formatif satu 2013
namun penglibatan guru akan ditambah kerana murid di sekolah saya masih ramai
yang belum menguasai mata pelajaran tingkatan 4. Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan modul dari Guru Cemerlang Negeri dan juga soalan-soalan tahun
lepas. Guru-guru yang terlibat akan diberi sedikit sumbangan dalam bentuk
ringgit Malaysia. Murid-murid juga akan diberi makanan dan air supaya mempunyai
tenaga untuk meneruskan kelas pada waktu petang. Semuanya dibiayai oleh
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Menengah Dato’ Dol Said.
4.
Pengajaran dan teladan pengurusan
dan kepimpinan yang diperolehi.
Banyak pengajaran dan teladan yang diperolehi
sepanjang penandaarasan di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah. Mengenali Tuan
Haji Hassan Bin Topit Pengetua Sekolah ini merupakan suatu pertemuan yang
sangat bermakna. Apabila saya mula berbincang dengan beliau saya mendapati
beliau merupakan seorang pemimpin yang mempunyai banyak ilmu. Beliau menerapkan
ciri-ciri kepimpinan dalam mengurus sekolah. Beliau mengamalkan kepimpinan
transformasi kerana kepimpinan yang begini lebih fleksible dan berubah mengikut
keperluan. Beliau akan melaksanakan perubahan untuk organisasi supaya sentiasa
cekap dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan.
Penggunaan kata-kata motivasi, akronim, perumpamaan, perbandingan
dan bidalan banyak digunakan dalam menerangkan satu situasi atau keadaan.
Untuk menjadi pemimpin instruksional, seorang pemimpin mesti
mengamalkan “POLICE”, P - planning, O - Organise, L - Lead,
I - Involve,
C - Checking/Controlling, E - Evaluate.
Dalam mengurus
juga beliau menggunakan konsep PAKSI.
P - Pragmatik,
A - Aktif, K – Kreatif, S - Sensitif, I
– Involve. Dalam konteks bekerja, dasar dan mandat perlu dipatuhi. Bekerja
untuk memudahkan bukan menyusahkan. Sebagai orang di bawah, konsep SYP - Saya
Yang Menurut Perintah perlu diamalkan.
Sikap sami’na wa athona yaitu kami dengar dan kami patuh perlu
di hayati.. Kita perlu patuh kepada ketua. Jangan menjadi seperti tikus menebuk
lubang ketika kapal sedang belayar. Maksudnya, seperti kita belayar dalam sebuah kapal, bila
ada seorang penumpang menebuk lubang di lantai kapal,
apakah yang akan berlaku?. Tentunya
perlu kita membuat sesuatu tindakan supaya kapal yang kita naiki tidak karam.
Oleh itu jangan jadi perosak dalam satu organisasi kerana ia akan menghancurkan
organisasi tersebut.
Untuk
menjadi cemerlang, matlamat atau hala tuju sangat perlu diketahui oleh semua
orang yang berada dalam organisasi tersebut
supaya mereka dapat bekerja ke arah matlamat dan cita-cita. Kemenyan
kalau tak dibakar manakan dapat baunya.
Lekuk batu kerana dititik air selalu. Sabar dan berusaha tanpa jemu
barulah kejayaan dapat dicapai.
Dalam mengurus semestinya banyak cabaran yang akan
ditempuhi. Konsep kalau nak melihat layang-layang terbang tinggi, perlu ada
angin yang kuat menolak ke atas. Pecahkan kepompong, jadilah kupu-kupu.
Pecahkan ruyung dapatlah nikmatnya. Orang bermuka-muka terkemuka. Ada orang yang memuji kita
dihadapan namun dibelakang orang mengeji.
Ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang pemimpin. Oleh
itu sebagai seorang pemimpin sekolah hal ini perlu diwawarkan supaya semua ahli
dalam sekolah memahami bahawa ketika kita mengharungi kehidupan dalam pekerjaan
kita akan melalui kesukaran untuk berjaya. Untuk itu kesabaran dan redha perlu
sentiasa ada di dalam hati kita supaya kita tidak patah semangat untuk
meneruskan usaha-usaha kearah mencapai matlamat organisasi. 5 faktor pengurusan
kerja yang perlu kita hayati iaitu;
- Kerja
sebagai aktiviti
- Kerja
sebagai tugas
- Kerja
sebagai tanggung jawab
- Kerja
sebagai amanah
- Kerja
sebagai ibadah.
Dalam kelima-lima pengurusan kerja, yang terbaik ialah
amalan kerja sebagai ibadah. Jadikan tugas yang diamanahkan kepada kita sebagai
ibadah. Jika kita ikhlas ganjaran pahala yang akan kita dapat.
No comments:
Post a Comment