Masalah stress di tempat kerja memang selalu berlaku. Sebagai
pemimpin di sekolah kita perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi
mengelakkan senario yang tak terkawal berlaku di sekolah.
Langkah yang paling utama yang perlu dibuat ialah mewujudkan iklim
sekolah yang kondusif dan selesa. Pemimpin perlu memahami latar belakang
staf dan sentiasa mengenal pasti setiap staf yang mempunyai ciri-ciri tekanan
perasaan atau stress. Biasanya guru di sekolah mrenghadapi tekanan kerana
beberapa masalah seperti masalah beban kerja, kewangan, peribadi,
keluarga, persekitaran yang tidak selesa, dan lain-lain.
Masalah ini akan mengakibatkan seorang individu itu merasa
gelisah, risau keterlaluan, gangguan tidur, kurang tumpuan pada kerja, cepat
marah dan mudah bertindak agresif. Sebagai pemimpin apabila kita sudah mengenal
pasti individu tersebut, kita perlu merujuk kepada kaunseling untuk membantu
staf tersebut. Sebelum itu sesi bersemuka dengan staf tersebut perlu dibuat
bagi mencari punca masalah. Dalam sesi bersemuka soal jawab pemimpin perlu
memgamalkan empathy. Bila ada empathy dalam diri kita maka mudahlah kita
memahami dan merungkaikan masalah tersebut. Langkah terbaik adalah dengan
mencari punca masalah tersebut dan berbincang bersama-sama agar yang keruh
dapat dijernihkan. Merungkai benang yang kusut adalah lebih
baik daripada terus menambah masalah.
Guru atau staf tersebut dinasihatkan dan diberi bimbingan. Amalan
yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi stress boleh
dijadikan rujukan dan amalan.
Amalan tersebut ialah 10B.
Beribadat
Bertenang
Berkata: Relaklah...
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif
Beribadat
Bertenang
Berkata: Relaklah...
Bercakap dengan seseorang
Berurut
Berehat dan mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif
Dengan senyum selalu kita dapat mengurus stress cara efektif.
Mengurus stres adalah suatu kemahiran yang penting dalam kehidupan kita pada
hari ini. Jika stres tidak diuruskan dengan baik, ia akan melemahkan sistem
imun tubuh dan akan memudaratkan kesihatan kita. Produktiviti kita di tempat
kerja menurun dan kehidupan rumah tangga kita juga terganggu.
Kajian di Barat menunjukkan berjuta-juta orang mengurus stres
mereka secara tidak efektif apabila mereka menghadapi situasi sarat dengan
stres sepanjang hari dan kemudian menangguhkan proses relaksasi (relaxation) pada
masa-masa tertentu di hujung minggu atau selepas waktu kerja. Pada hakikatnya,
pendekatan ini tidak berkesan kerana pendedahan berterusan kepada keresahan
kronik (chronic anxiety) setiap hari adalah kategori stres yang paling
membahayakan.

Kesimpulannya,pemimpin memainkan peranan yang penting dalam
mengurangkan stres di sekolah. Stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana
implikasinya terlalu besar. Orang yang sedang dalam tekanan yang
keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita
sedang mengalami stres, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika
kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk membantunya
mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan
yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.
No comments:
Post a Comment