Tak pernah terfikir oleh ku bertapa sukarnya laluan untuk menjadi pengetua. Pabila PPPM dilaksanakan dalam gelombang 1 (2013-2015). Aku terkedu kerana syarat untuk menjadi pengetua mestilah mempunyai NPQEL....dah lama rasanya menjadi guru penolong kanan pentadbiran, rasanya high time nak merasa jadi pengetua. Syarat mandotori ini amat perit untuk dibuat. Apa taknya dalam usia 5 siri ini, mampukah aku untuk belajar lagi..... Hah! akhirnya aku berjaya dalam kursus NPQEL selama 5 bulan setelah melalui pelbagai ujian mendaki genting tiap minggu, belajar hingga ke pagi, menyiapkan assignmen yang bertimbun-timbun sambil menguruskan sekolah dan rumah tangga. Hebatkan...
Kini tiba saatnya aku terpaksa memohon jawatan memangku DG 52 untuk pengetua...ok aku teruskan dan tiba masanya aku akan dipanggil untuk temuduga...Aduhai! rasanya makan nasi dah tak kenyang begitu juga tidur dah tak tentu arah..Dalam masa seminggu lebih aku terpaksa membuat fortfolio tentang projek yang pernah aku buat yang memberi impak yang besar kepada sekolah. Selepas temuduga saya diminta untuk update maklumat diri kerana dimaklumkan untuk dihantar ke SPRM untuk tapisan. Adui! dah lah sesi temuduga banyak soalan cepu mas. Aku nasihatkan kau orang fahamilah apa yang dipelajari di NPQEL. Banyak ilmu di sana diguna pakai masa temuduga...Setelah bersusah payah begini ku harapkan pemangkuan DG52 akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin..
Di bawah ni ku coretkan fortfolio ku yang perkataan lebih kurang 700 perkataan seperti yang di kehendaki oleh penemuduga.
Program MUTIARA “A” PMR
Rasional
Prestasi pencapaian pelajar
dalam peperiksaan Percubaan PMR 2013 amat mendukacitakan dan sangat
membimbangkan. Keputusan terlalu jauh dari mencapai sasaran.
( Rujuk Lampiran 1- 2
)
Gred Purata Mata Pelajaran
bagi 9 mata pelajaran untuk percubaan 2013 jatuh berbanding keputusan PMR 2012. Dapatan menunjukkan:
1.
Murid belum bersedia untuk
menghadapi peperiksaan.
2.
Murid tidak cukup latihan.
3.
Murid tidak fokus dalam belajar.
Berdasarkan faktor ini, satu
program yang drastik telah dirangka bagi meningkatkan prestasi murid supaya sasaran
GPS PMR bagi sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dapat dicapai iaitu
sebanyak 2.5. (Rujuk lampiran 3)
Program ini khusus untuk membantu pihak sekolah mencapai matlamat melalui 3 strategi iaitu:
1.
Mengumpulkan murid kumpulan cemerlang berdasarkan pencapaian
peperiksaan percubaan PMR 2013.
2.
Membuat “team teaching” dalam kalangan guru tingkatan 3.
3.
Membuat latih tubi berfokus.
Dalam mengurus perubahan
dalam organisasi, saya sebagai Guru Penolong Kanan pentadbiran bertanggung jawab sepenuhnya dalam bidang
kurikulum. Saya mengambil tindakan yang strategik, berani dan proaktif untuk
meningkatkan GPMP bagi setiap mata pelajaran.
( Rujuk lampiran 4 - 7 kertas kerja program)
Seramai 70 orang murid dikenal
pasti sebagai murid yang berpotensi untuk cemerlang berdasarkan peperiksaan Percubaan
PMR. Guru yang terlibat terdiri dari semua guru tingkatan 3. Semua mata
pelajaran yang diajar pada waktu petang akan menggunakan strategi “team
teaching”.
Latihan yang diberikan
kepada murid adalah soalan-soalan pada tahun lepas dan juga soalan dari sekolah
berasrama penuh. Latihan berbentuk objektif dan struktur.
Dalam
proses melaksanakan program tersebut, setiap warga komuniti perlu mempunyai
satu tujuan dalam melakukan perubahan melalui komitmen, sumber dan kerja
sepasukan. Fullan (2011) menyatakan untuk mendapatkan hasil
yang baik dalam melakukan perubahan memerlukan satu tekanan yang positif.
Tekanan yang positif ini mendorong kepada kebaikan. Justeru itu saya mengambil
keputusan untuk tidak berlengah dengan memanggil semua guru yang mengajar
tingkatan 3 untuk menerangkan visi dan misi sekolah.
( Rujuk lampiran 7 – 9 )
Jadual guru dan kelas
disusun semula untuk membolehkan program dijalankan tanpa sebarang halangan. Guru-guru
yang bertugas pada waktu petang diberi sagu hati kerana mereka sanggup
berkorban masa dan tenaga bagi kelangsungan program ini. Guru bidang dan ketua
panitia diarah untuk membuat pemantauan dan menyiapkan modul. Jadual kehadiran
guru dan murid disediakan dan semua laporan atau aduan akan segera diambil
tindakan supaya program dapat dijalankan dengan berkesan. Penyelaras
kecemerlangan tingkatan 3 menguruskan dan menyediakan kemudahan murid dibantu
oleh guru pelatih yang membuat latihan mengajar di sekolah ini. Staf sokongan
pula diminta untuk membantu guru dalam urusan mencetak, menyusun modul dan
menyediakan tempat. Program Mutiara A ini dicanang dan disebarkan
dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa bagi memberi kejutan dan kesedaran
tentang transformasi yang perlu dilaksanakan bagi menempa kejayaan.
Saya mendapat bantuan dari
segi kewangan dari PIBG untuk menampung perbelanjaan makan tengah hari dan
bayaran sagu hati guru. Peruntukan PCG pula digunakan dalam menampung
perbelanjaan kertas.
Bolehlah saya katakan dalam melaksanakan program Mutiara A, kapasiti manusia dapat dibangunkan
secara optimum. Sebagai penggerak utama dalam misi ini, saya sentiasa
mengingatkan di perhimpunan, siaraya dan papan kenyataan tentang peranan dan
tanggung jawab setiap individu dan sentiasa diulang supaya warga sekolah tidak
alpa.
Impak Program Mutiara “A”
( Rujuk
lampiran 10 – 14 )
Keputusan
PMR 2013 menunjukkan 7 mata pelajaran meningkat GPMP. Seramai 27
orang murid mendapat “straight A”. 10 mata pelajaran, peratus
pencapaian mengatasi pencapaian peringkat Nasional dan Negeri. Peratus
pencapaian keseluruhan PMR, untuk sekian kalinya memecahkan angka 80 selama 13
tahun iaitu sebanyak 80.1%. Gred Purata Sekolah melebihi sasaran sekolah
dan Jabatan Pendidikan Melaka iaitu 2.48.
Refleksi
Saya dapat melaksanakan
kepimpinan instruksional dengan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan. Kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam
mengeluarkan idea dan dapat menyelesaikan masalah dengan berkongsi bersama
guru-guru supaya pelaksanaan program berjalan lancar dapat memberi impak yang
positif kepada sekolah. Sikap inginkan kejayaan, optimistik dan bekerja dalam semangat kerja
sepasukan juga dapat diterapkan dalam kalangan guru. Dengan mempamerkan teori kepimpinan transformasi, saya dapat menterjemahkan
matlamat sekolah kepada subordinat untuk mencapai perubahan signifikan melalui
kepentingan dan tenaga secara kolektif.
Cadangan penambahbaikan.
Program perlu
dilaksanakan lebih awal iaitu berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun. Jangka
masa program lebih panjang, banyak latih
tubi dapat dibuat. Peranan (Kumpulan Sokongan
Ibu Bapa – KSIB) boleh membantu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti
dalam bidang perkongsian kepakaran.
***************************************************************