Thursday, January 23, 2020

DOA MAMA IRINGKAN (2)



Hujung minggu ni agak santai sikit. Agak bosan sebab biasanya hari-hari biasa jadual ku terlalu padat. Aku mengambil peluang untuk menghubungi semua anakanda ku termasukla bakal menantu ku. Aduh! rindu pada mereka. Sejak dah besar ni, jauh di sudut hati ku aku kesepian. Kalau dulu aku macam burung kakak tua yang tak berhenti berkata-kata. Kadang kala aku jadi tarzan. o o o rah.............

Namun itu dulu.... kerinduan ku pada hiruk pikuk keletah mereka.Allah saja yang tahu. Anak ku... Doa mama sentiasa mengiringi mu walaupun kadang kala kamu terlupa pada kami. Sentiasa di hati ini aku meredhakan segala yang kau lakukan. Akan ku buang segala perasaan tak puas hati atau rasa terkecil hati pada mu kerana aku tidak mahu kau menjadi anak derhaka. Ku singkirkan segala perasaan itu demi kebahagiaan mu dunia dan akhirat.


Anak-anak ku, Mama berdoa kelian diampunkan dosa, diberi kesihatan yang baik sepanjang hidupmu, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, baik budi pekerti, lembut tingkah laku, cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan dan kehidupan. Semoga bahagia anak ku.....


 Ini merupakan bingkisan mama yang pernah mama postkan pada 10 JUN 2012.

Hari ini anak ku..
Dari 5 anak ku yang sering berada disekeliling ku..kini seorang pun tidak lagi bersama ku.  Mama merasai kehilangan, jerit pekik mama membangunkan kelian  dari tidur tiada lagi..mengetuk dan menendang pintu subuh-subuh terlajak tidak kedengaran lagi. memekak tentang kemalasan setiap dari kamu tiada lagi menjadi cerita. Mengarah kelian membantu mama juga tiada terarah. Sunyi sangat..kosong..bisu tanpa suara. Hanya kedengaran cicip burung pepagi hari...hentakan kelawar di malam hari kedengaran sayup..memecahkan hening malam.  Angin yang agak rakus menyelinap ke rongga pintu menghasilkan nyanyian yang mengharukan...Anak-anak ku..mama merindui kelian..sangat merindui. Walaupun whatapps, video call pengganti diri..namun kehadiran kelian itu sangat bermakna.

Abang,
Tentunya abang lah penguat mama. Sejak dulu lagi abang menjadi kebanggaan mama. Mama melihat potensi abang dari sejak abang kecil lagi..Dengan mulut yang sering membisu..kepala otak abang berligar mencari peluang. Tahniah atas pencapaian mu. Kamu telah menjadi ikutan adik-adik mu. Contoh yang kau tunjukkan satu kejayaan dunia dan akhirat. Memang kau tidak "perfect" namun kau telah menunjukan suatu yang seimbang dunia dan akhirat. Alhamdulilah dalam usia 28 tahun kau telah dapat mengerjakan haji dan umrah. Abang..tak termimpi sejauh ini perjalanan mu. Kadang kala mama sendiri terjelepuk dalam kehidupan namun kau bantu mama untuk bangun dan berjalan yakin dalam kehidupan yang penuh duri ini.  Dalam usia yang masih muda ini kau telah memegang tampuk yang tinggi dalam organisasi mu..Terima kasih kerana hadiahkan kereta kepada mama..kau memang ummph laa.. Mama doakan abang akan sentiasa dalam lindungan Allah SWT
  


Adik,
Membesarkan mu sangat mencabar nak..namun mama tahu kau sangat istimewa di hati mama. Kau sangat comel semasa kecil. Selalu menjadi pujian orang ramai. Kau sangat 'loud' dalam kata-kata pabila kau meningkat remaja. Kau jadi rebel dalam semua perkara. Kau tegakan diri mu..keras hati..kau marah bila di bandingkan dengan abang. Mama la sering menenangkan mu..namun kau selalu kata mama memandang abang sahaja. 

Adik..mama faham andai adik katakan demikian. Perbezaan yang sangat ketara dari segi sikap dan tingkah laku. Malah dari segi usaha dalam pencarian ilmu juga...jurangnya terlalu jauh anak ku...Namun mama percaya kau akan berjaya dalam bidang mu.. Mama merasai kerana kau adalah kembar mama dari segi rasa dan persepsi dalam hidup. Tak siapa tahu adik.. kau adalah kehidupan mama. Kau lah menjadi saksi kedukaan mama..kau melihat kepedihan hidup mama..kau merasai apa yang mama rasai. Kini kau pula rasai kepedihan itu. Derita mu hanya kau rasai.. Alhamdulilah adik..kau dapat bertahan..dan bertahan. Tika kau tersungkur..mama disisi mu..mama setia bersama mu sebab mama percaya kau akan bangun tegak dan tak akan berundur ke belakang.Doa mama supaya adik terus dengan perjuangan adik...mama sentiasa ada di sisi adik dalam susah dan senang. Kau masih hansem seperti semasa kau kecil.


                                                     Ajiq... kau lah anak yang steady selalu. Hidup di penuhi dengan layanan yang tip top. Kau happy go lucky. Bagi mu semua tak ada problem. Mengambil masalah sebagai biasa dan tak perlu difikirkan. Kau jadikan pengalaman sebagai guru mu. Kau jadikan abang ikon kejayaan yang mana perlu kau capai. Kau jadikan abang adik sebagai guru hidup mu. Kau sangat rasional dalam kehidupan mu. Mama tak pernah risau tentang hala tuju hidup mu. Kau tetap manja dengan mama. Kini kejayaan telah kau capai. Mengapai ijazah kelas pertama merupakan usaha gigih mu.. kau pandai melihat kekuatan mu. Mama bangga kau pandai menilai..anak ku. rezeki yang kau peroleh apabila kau diterima bekerja dengan PETRONAS DIGITAL suatu yang di luar jangkaan. Semoga anak ku..kau berjaya dalam meneruskan cita-citamu. Tiada yang mustahil jika kau positif . Attitude mu dalam hidup mama sangat  suka...JIMAT/SAVING motto mu...wehhhh..hahaha tapi jangan lokek dengan mama yer...

Kakak Pina, hadirmu dalam hidup mama adalah pelengkap. Tak pernah termimpi akan memiliki mu..Kau membawa kegembiraan dalam keluarga kita. Di ketika mendung kelabu menyelubungi keluarga kita..di kala gempita melanda ..di ketika badai menghempas kau hadir dan meredakan keadaan. Ajaib..Allah menghantar mu dalam kisah penuh rahsia..memberi aku ruang untuk melihat akan kebesaran mu Tuhan.
Mengimbas kembali 19 tahun lalu..di ketika kau lahir..mama dengan linangan air mata mama menqamatkan mu. Mama sapukan air zam zam ke bibir mu..mama rasakan kurma dimulut mu.. Aduhai... kakak..tika itu satu rasa yang sangat luar biasa menyerang tubuh mama. Adakah ini illusi..Tidak..ini bukan mimpi..wajah mu yang putih bersih..rambut mu yang hitam..kau sangat mulus tika itu. Air mata kesyukuran jatuh bertitisan...satu rasa yang hanya mama seorang yang tahu. Ya Allah kau anugerahkan aku seorang permata...


Dik Sor..kau lah penyambung legasi ku. Kau anak gadis yang sangat kuat dari segi fizikal. Memenangi Tekwando beberapa kali di peringkat kebangsaan dan Asia amat mengagumkan mama..
Dari segi pelajaran kau juga cemerlang. Mendapat straight A dalam SPM adalah dijangkakan. Kau memang rajin. Sikap terhadap pelajaran tidak pernah mengecewakan. Kau adalah bayangan mama. Sangat kuat namun rupanya hati mu kadang-kadang rapuh juga.. Hihihi..nama pun anak mama..seperti mama..tiada bezanya..nampak sangat kuat, tabah namun hati ada macam-macam taman..taman astanaloka, taman bunga dan taman impian..
Dik Sor..teruskan untuk menjadi pendidik yang sentiasa ingin memajukan anak didik. Kamu la yang kelak akan membentuk negara Malaysia. Jadi guru yang dihormati, disayangi dan sentiasa berfikiran terbuka dalam semua hal. Doa mama dik Sor akan dapat jodoh yang baik dan yang mampu memberikan dik Sor ketenangan dan kemewahan....

PENYAMBUNG LEGASI MAMA 


No comments:

Post a Comment