Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari dari menghadapi masalah. Kita sering merasai diri kita tidak di hargai.. Maner tidaknya, kau beria ia mengasihi seseorang. Kau beri segala kasih sayang sepenuhnya kepada orang yang kau cintai. Kau berkorban apa sahaja untuknya...Namun alangkah dukacitanya dia tidak langsung memberi respon kepada diri mu, Kau langsung tidak dipeduli...
Tentunya perasaan kecewa yang teramat akan kau rasai. Rasa tidak berguna malah rasa terhina. Apa yang perlu kau buat bagi mengatasi masalah ni.Wahai sahabat...usah kau tangisi pada yang tak sayang. Usah kau harapkan kasihnya kerana mungkin sememangnya dia bukan milik mu. Dan jika dia milik mu...dia tetap akan kembali kepada mu satu hari nanti.
Sahabat...
pejam mata mu...
renung ke dalam minda mu ..
renung ke dalam minda mu ..
Airmata bukan pengubat sendu mu
rintihan tak dapat membalut luka
lalu meraung lah
biar suara mu dapat didengari disetiap ruang
agar dendam terungkai
nadimu yang terhenti seketika.
rintihan tak dapat membalut luka
lalu meraung lah
biar suara mu dapat didengari disetiap ruang
agar dendam terungkai
nadimu yang terhenti seketika.
dapat bernafas lega.
La tahzan
Kedukaan ini hanya sementara
kau teruskan hidup mu dengan keyakinan
Percayalah..masih ada yang sayang
masih ramai yang akan membantu mu
meneruskan perjuangan hidup.
ini bukan mimpi
Jangan kau bunuh cinta ini
meneruskan perjuangan hidup.
ini bukan mimpi
Jangan kau bunuh cinta ini
Rasa itu tak akan mati kerana kami ada bersamamu.
Move on sahabatku
Walau sukar kau lelapkan mata
Walau nafas mu tersekat dimamah kelukaan
ia hanya khayalan ngeri
yang menyiksakan
tika kau teralpa
tika kau teralpa
namun sedarlah sahabat bila kau terjaga
kau kembali ke dunia realiti
Tumpasnya kali ini
bukan untuk terus jatuh
bukan untuk terjelepuk meratap
bukan untuk terjelepuk meratap
Maruah tetap dipertahankan
demi darah yang mengalir
dalam tubuh yang kental
walau dihadapan masih kabur
dalam tubuh yang kental
walau dihadapan masih kabur
bangun sahabat ku
dengan semangat baru
Move on move on...
anggap cetera semalam satu dari sejarah yang kau ukir
untuk kau pahat dalam kenangan silam
Kau tak pernah silap dalam pertaruhan
Cinta itu hanya rasa
sangat agung
usah kau menghitung kesilapan
kerana kita manusia tidak sempurna
sentiasa terlupa
sentiasa terlupa
move on.... move on...
Andai kau kejar, dia tetap berlari
Andai kau tersungkur, dia tetap berlalu
andai kau berbicara
dia tetap membisu
andai kau berbicara
dia tetap membisu
bagai cendana yang kaku
menusuk hati yang sememangnya layu
menusuk hati yang sememangnya layu
move on..sahabat ku
move on
Kesat air mata itu
teguhkan dada mu
berjalanlah dengan penuh gaya
teguhkan dada mu
berjalanlah dengan penuh gaya
dalam kerinduan doa tahjud
dalam sujudmu yang tertinggal
dalam kesyahduan hati mu...
Tuhan masih ada.
Tuhan masih ada.
NorM 24 Jan 2020
No comments:
Post a Comment