Usai sampai...pagi yang begitu sunyi sepi. Ku hubungi mu. Kau kembali dari menghantar barang dari bengkel. Dengan berjubah putih mungkin tadi selepas dari subuh kau menghampiri aku. Tiada apa yang keluar dari bibir ku..kau hanya memanggil aku mama... dan kami saling mengalirkan airmata. Jelas esakan dari kita memecahkan kesunyian pagi yang hening. Seketika kemudian kau membawa aku masuk ke dalm rumah. Bagai mimpi...isteri mu Siti diperkenalkan kepada ku.. Kami berpelukan dan tak banyak bicara...antara kami...
Siti sibuk menyediakan makanan tengahari sempena pertemuan kami yang pertama ini. Aku dibawa oleh Da untuk bersarapan...dan di situlah kami berbicara.. Menyelongkar peristiwa 33 tahun dahulu.. Sungguh ajaib..pertemuan maya yang tidak di sangka menjadi realiti dengan pertemuan pada 15 Februari 2020. Allah telah mempertemukan kami..seorang guru dengan anak murid yang pernah diajar 33 tahun dahulu..Tentunya suatu yang sungguh nostalgia untuk di kenang kembali.
Seterusnya aku dibawa ke apartmen Intan..Disitu Da membawa aku ke rumah isteri ke 2nya. pabila pintu terbuka...meluru anak-anak Da kepada ku..Seolah-olah aku adalah orang yang sangat dirindui.. Dina yang berumur 14 tahun menghulurkan tangan dan memeluk ku...begitu juga Alin 16 tahun memeluk dan mencium ku...Paling yang aku terkesima, Aesya yang baru darjah 5 memeluk ku erat tanpa melepaskan aku. Aku mendukungnya..seolah-olah aku lah nenek yang telah berpisah lama dan sangat-sangat merinduinya...aku mencium berkali-kali tanpa aku hiraukan suasana ketika itu..Aku dapat merasai kasih sayang yang tulus dari anak-anak ini yang juga ku anggap cucu ku. Panggilan mamawan terngiang-ngiang di cuping telingaku..Airmata ini tanpa terpaksa mengalir terus bagi meraikan pertemuan yang tidak pernah terfikir akan terjadi...
Mengenalimu Ina, wanita yang sangat cantik..tentunya Da sangat berbahagia berada disamping mu..Begitu juga mengenali Siti..seorang yang sangat rajin dan sentiasa penuh dengan aktiviti.. Makan tengahari dirumah Ti sungguh enak sekali..Makanan kampung..ulam dan ikan bakar.. Pandai Siti masak..Dan petang itu kakak Yaya membuat sebiji kek carrot khas untuk ku..terharunya...Keluarga Da melayani aku sepenuhnya..menyediakan menu seperti yang aku inginkan... Brownies pun akak Yaya buat bagi kita untuk makan malam.
Keterujaan ku semakin mengugat aku.. Kami solat maghrib berjemaah. Da mengimamkan ...sangat mengharukan usai maghrib..tazkirah untuk seluruh keluarga diberikan. Tentunya Da menceritakan tentang aku yang menjadi idolanya sepanjang 33 tahun dulu..Mula pencariannya yang susah nak percaya..namun itu la kenyataannya..Da mencari ku di KPM dan di Jpm Melaka.. itulah mula titik pertemuan kita...Sepanjang tazkirah itu airmataku turun bagai tak mahu berhenti...tak percaya..seperti illusi..mimpi yang nyata terjadi.
Tika ini aku masih terkesima..aku melihat keluarga yang penuh kasih sayang. Malah aku menumpang kasih dari keluarga ini.".Fill in blank " yang ada dalam diri ku kini dah terisi.. aku yang mencari
Cinta..kini cinta penuh dalam diri ku.. Doa-doa dari anak menantu serta cucu yang "instant" menguatkan aku..Aku mensyukuri pertemuan ini. Allah mengerakkan aku untuk hadir di halaman ini..Allah yang merancang untuk Da mencari ku..membawa kembali aku untuk dekat kepada MU..
Segala-segalanya menjadi rahsia..Rupa--rupanya..seluruh keluarga Da mencari Cinta..Cinta dari seorang ibu dan Cinta dari seorang nenek..Segala-galanya kerana cinta. Dan utamanya pertemuan in adalah kerana Cinta Kepada Allah. Moga Allah merestui hubungan serta ikatan hingga ke jannah. Kami saling memerlukan..Alangkah indahnya perancangan Allah..Allah memberi yang terbaik kepada ku..kasih sayang yang abadi...
Tika aku berumur 24 tahun..first posting Di Sultan Yahya Petra Kuala Krai Kelantan |
Bersama SITI dan INA |
No comments:
Post a Comment