AL FATIHAH
Md Aizudin Bin Md Linta
8 Ogos 1998 - 24 Mac 2015
Menyingkap kembali peristiwa 4 tahun dulu....24 Mac 2015...Cuaca petang itu agak panas. Aku dalam perjalan pulang dari mesyuarat di Melaka. Entah kenapa aku mengikuti jalan yang jarang aku lalui untuk pulang ke rumah..aku mengikuti jalan Alor Gajah Tampin..kan pelik...jalan jauh yang aku ikuti..lebih kurang jam 4.00 petang.
Tiba aku menyusuri berdekatan dengan balai polis Pulau Sebang..aku melihat ada kemalangan berlaku. Ya Allah..aku melihat tali leher berwarna biru..Ini warna tali leher sekolah ku. Terus aku ke tepi..ada bekas staf ku menjerit kepada ku.."kakak...budak akak"..aku bergegas menyeberang jalan terus aku dapatkan kau...ohhh!!! boy rupanya...huhuhu...Aku bertelepu dan terus memegang tangan mu boy.. saat itu aku merasakan kau anak ku..." boy...cikgu ada kat sini..buka mata tu...mengucap ....... mengucap sayang...ingat Allah...mengucap...cikgu ada kat sini..jangan takut.." Tak kusedari aku di payungi oleh orang yang menjadi saksi dalam kejadian itu.. Aku terus berkata-kata dengan boy tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Masih ku ingat kau gengam tangan ku..kau letakkan tangan ku di dada mu dan kau cium tangan ku..Tika itu aku sangat kuat,,,aku katakan padanya.." boy, cikgu ampunkan kamu..cikgu maafkan segala-galanya..jangan takut ...cikgu ada ni....cikgu ada di sini..ingat Allah.." Sebiji-biji boy menuturkan kalimah Lailahahillaullah. Mengucapkan ayat penuh jelas...2 kalimah syahadat.jelas siungkapkan dari bibirnya...boy memandang aku..boy masih mengenggam tangan ku dan aku tak lepaskan tangan ku dari gengamannya..aduh!!! terharunya aku...kau bawakan tangan ku dan kau usap wajah ku...boy..kenangan itu masih segar walau ianya telah berlalu selama 4 tahun lebih..aku tak pernah melupakan mu..wajah mu yang putih mulus..senyum mu yang meruntun hatiku..jelas di hati dan minda ku...
Riuh rendah disekeliling ku..aku tak peduli..aku terus melayani mu supaya kau tidak lelapkan matamu sementara ambulan sampai..Pabila sampai ambulan..aku masih belum melepaskan gengaman tangan mu...apabila mereka mula mengalihkan kau ke strecher..ku lepaskan kau sambil aku masih berkata-kata kepada mu...mengingatkan Allah dan menyuruh boy menyebut Allah sentiasa..Sepanjang masa tika itu boy tetap bersama ku..boy sentiasa memandang wajah ku..pabila aku berkata-kata....boy menangguk-angguk tanda memahami apa yang aku maksudkan..Masuknya boy dalam ambulan..aku memegang tangannya dan aku katakan padanya.".boy...cikgu akan ke hospital nanti..boy pegi dulu yer.." Sayu aku saat itu..boy memandang wajahku..dan ayat yang kini masih menghantui ku.."TERIMA KASIH CIKGU".ayat terakhir yang boy lafazkan kepada ku..
Usai, aku terus kembali ke rumah untuk solat asar..aku mendapat telefon dari kaunselor sekolah ku..Tn.hj Atan.. " Puan,..datangla hospital sekarang..Aizudin nazak ni" Ya Allah..berderau darah ku...Tanpa berlengah ku capai kunci kereta dan terus ke hospital...Sampai..aku bergegas masuk ke zon kecemasan dan ku temui ibu boy.."Puan dah tengok boy tak.." Beliau menggelengkan kepala lalu ku pegang dan membawa beliau bertemu boy yang sedang berada di strecher.." boy,....cikgu datang ni..ibu ada kat sini.." boy memandang kami dengan air mata.. dapat ku lihat air mata boy perlahan mengalir.. ibu turut berkata-kata dengan boy..namun boy tidak lagi mengeluarkan kata...ayat terakhir yang ku dengar dari boy ialah Terima Kasih Cikgu.....aku terus mengingatkan boy tentang kalimah Allah..boy mengangguk seakan memahami arahan ku..aku terus katakan tentang aku memaafkannya dan dia akan sembuh...huhuhu....satu ungkapan yang hanya untuk menenangkan hati... boy akan di hantar ke hospital Melaka untuk tindakan seterusnya. Tak lama kemudian kami diarah untuk keluar....sempat lagi sebelum meninggalkan nya....aku...mengarahkan boy sentiasa menyebut Allah dan boy mengangguk kepada ku...
Aku terus pulang ke rumah kerana maghrib akan masuk. Usai selesai..telefon berdering dan boy telah pergi buat selama-lamanya. Boy tak sempat pun di hantar ke Hosptal Melaka.....Ya Allah..terkaku terkedu..air mata ku laju turun...aku lemah...tiada daya ku....sayang ku boy...kau pergi jua..walaupun aku telah menjangkakan.. boy...cikgu ingat lagi ayat akhir mu kepada ku.."TERIMA KASIH CIKGU"
Ayat ini tak mungkin aku melupakan....pabila Hari Guru semua orang menyebut Terima Kasih Cikgu..seperti dah jadi Tagline Hari Guru setiap tahun...Namun bagi ku TERIMA KASIH CIKGU membawa erti yang sangat bermakna dalam hidup.. Ia memberi kenangan dan menjadi memori dalam hidup ku...Aizudin..kasihku pada mu tetap ada disudut hati ku.....😢😢😢😢
No comments:
Post a Comment