Anakanda ku,
Setelah 33 tahun berlalu..Di ketika aku meniti hari tua ku..tiba-tiba kau hadir mengejutkan aku. Peristiwa 33 tahun dulu kembali segar dalam ingatan. Sahutan mu menyentuh tentang program CUMI & CIKI menyentap aku untuk membalas teguran mu. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat mengimbas kembali peristiwa sebelum 33 tahun dulu. Tentunya aku tidak percaya tentang ujudnya engkau dalam hidup ku.
Bagaikan terbungkam aku menerawang akan peristiwa dahulu. Mengapa baru kini kau menyapa ku. Mengapa hanya sekarang kau nyatakan kenyataan yang sungguh meluluh hati ku. Kenapa harus aku menitis air mata dengan pertemuan maya ini. Kau hadir diketika aku memerlukan mu walau aku telah melupai mu malah aku seperti tidak mengenali mu. Namun alangkah meruntun hati ku..bukan kerana aku kecewa..aku terlalu terharu..Kau mengimbas kenangan lalu yang telah tertanam dalam lipatan sejarah di SMK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai Kelantan.
Mohd Ariff Adika Mohd Zain...Kau sangat istimewa. Aku terkedu, agak sukar untuk mempercayai namun itu lah kenyataannya. Kau mencari aku dan pada tahun lepas kau berjaya menjejaki aku.. ...Aku merupakan idola mu sejak dulu..diketika aku sering muncul di TV RTM dalam program kanak-kanak Cumi Ciki... Pelik Bin Ajaib..setelah aku kau jejaki..kau ikuti perkembangan aku..dalm Insta...Kau jengah portal sekolah ku...Terasa linangan airmata ini membasahi wajah ku..kau hadir tika aku benar-benar memerlukan bahu untuk bersandar. Kau beri pengharapan yang menjanjikan kasih sayang yang tak berbelah bagi. 33 tahun bukan jangka masa yang pendek untuk kita mencipta cerita. Ini bukan drama yang direka...
Da...anak ku,
Sesungguhnya usai mengetahui tentang pencarian mu terhadap mama.. mama merasai sungguh beruntung teramat sangat. Bayangkan setiap kali kita bertemu di alam maya,,kau mendoakan mama.
Kau doakan kebahagiaan mama seterusnya kau pujuk mama untuk terus tabah menhadapi kehidupan ini. Mama sangat merindui dan mama cuba untuk mengimbas kembali kenangan di sana. Kau masih mengingati.
Oktober 2020ti mama meminjam basikal BMX . Kau ingatkan mama tika mama mengajar..sangat garang dan tegas...Sayangnya pada ketika itu mama tidak mengetahui Da meminati mama tahap kritikal..hahaha.. Da maklumkan mama celebriti dan popular pada tahun 1985 dan 1986..Oh! tuhan
Terima kasih Da dan keluarga. Da menerima mama sebagai ibu kandung Da. Alangkah beruntungnya mama mendapat Da sekeluarga...yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mama..Da yang telah menjadi pendahwah sentiasa memuji mama..Da anak ku..tiada yang istimewa diri mama ni..mama hanya cikgu Da yang hanya mengajar Da selama 2 tahun. Malah mama sukar mengingati saat Da masih di Tingkatan 2. Walau bagimana pun Da..mama menghargai Da. Mama bangga Da mempunyai multi task skill yang tidak ada pada orang lain. Selain dari pendahwah...Da juga bergiat dalam bidang seni..Da orang seni seperti mama..Namun yang membezakan mama dan Da ialah ..Da mahir dalam bidang agama..bahagian Usuluddin..Mama jadi malu dan segan. Da..jauh sangat pengetahuan agama mama berbanding Da.. Da janji Da akan membawa mama mendekati Allah.
Terima Kasih Da..Terima kasih yang tidak terhingga. Allah sangat menyayangi mama. Rupanya Allah berikan Da kepada mama. Tidak percaya..namun itulah realitinya.. Ya Allah.rahsia Allah tidak terbaca oleh mama namun mama dapat merasainya bahawa sepanjang mama meneruskan usia ini..ada doa yang dilontarkan untuk mama. Ajaib sungguh percaturan Allah..Sungguh... kasih ku untukmu anak ku Mohd Ariff Adika Mohd Zain. Mama doakan hubungan kita akan berpanjangan hingga ke jannah. Da sentiasa bahagia, sihat dan dalam perlindungan Allah seluruh keluarga dan keturunan Da. Mama menyintai mu....saat ini air mata yang mengalir untuk mu sayang.. Tiada kata dapat mama ungkapkan..akan mama simpan teguh kasih Da di hati mama..
No comments:
Post a Comment