Puan Norazlida Binti Samsuri Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK SULTAN MANSOR SHAH 2020 |
Nanti next year umur pnjng kita baca balik catatan sepanjang
tempoh PKP
2020 dalam ingatan..
Sejarah dalam lipatan sepanjang perjalanan hidup diatas muka
bumi Allah Taala..
14 APRIL 2020
Bermula
18 Mac - 14 April 2020
Perintah Kawalan Pergerakan ...
Hari ni 14 April 2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa
ke-3 bersambung hingga 28 April 2020.
⛽️harga minyak jatuh sehingga
RM1.25 seliter
π’Semua pejabat di
seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
π±π₯️Semua sekolah
dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
π΄️π΄️Penjarakan
sosial sentiasa diutamakan.
♦️Pita pelekat dilekatkan di
atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara
pelanggan
π½️Restoran dan kedai -
kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
πΆπΆπΆHanya
beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
π€Kedai bukan keperluan
asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
π€Έπ️Keseluruhan
acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
πKonsert, perlancongan,
festival, acara hiburan dibatalkan.
π°π€΅Majlis
perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
π⛩️Tiada
lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
π©π©π§π¦π¨π¨π¦Tidak
dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau
lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
π‘⛲️Taman permainan kanak
- kanak ditutup.
π©π¬π©⚕️Kekurangan
stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan
hadapan.
πKekurangan alat bantuan
pernafasan bagi pesakit kritikal.
π§€Berlakunya pembelian
panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada
cecair pembersih tangan
π₯¦πRak - rak di
kedai menjadi kosong.
πKilang - kilang
pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan
mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan
dan PPE.
⛔️Kerajaan telah melaksanakan
sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak
penting.
✈️Tiket kapal terbang murah,
namun kita tidak boleh keluar melancong.
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap
hari.
πKemaskini kes baru,
yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
ππ¦Jalan raya
menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
π§€Ramai orang memakai
penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
π©⚕️Pekerja
kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
ππ"
Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan
kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita akan sembuh
bersama"
π°π΅Bantuan
Prihatin Nasional masuk dlm acc msg2 bermula hr ini.. Dari kerajaan yang baru
seminggu terbentuk lalu terpaksa menghadapi ancaman wabak ini... Alhamdulillah
tq PM
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid19) suatu penyakit
pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020
Kenapa saya tulis status ini?
Kerana , satu hari nanti ,status ini akan muncul di paparan
ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai
nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu
sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️
18mac-30mac 2020 (pkp fasa1)
1april -14april 2020 (pkp fasa2)
15april-28april 2020 (pkp fasa3)
#silakancopypasteπ
...
sbb kami pun copy paste jgkπ€.
No comments:
Post a Comment