Saturday, March 10, 2012

Potluck = Team building

Macam-macam ada, boleh pilih ikut selera. Tapi jangan ponteng yer....
     Aku kadang-kadang tak faham kenapa bos aku tak suka kalau stafnya buat potluck. Katanya potluck  akan membuatkan cikgu-cikgu tak masuk kelas. Apabila kami buat potluck jer. Bos aku tak akan join. Bagi ku pula aktiviti ni ada pro and con. Ia tidak baik jika ade yang mengambil kesempatan untuk ponteng mengajar. (bukan murid jer suka ponteng). Untuk tidak pegi relief ganti cikgu tak hadir, untuk tidak buat bla, bla, bla....

     Bagi ku, sebagai seorang manusia biasa, kita perlu ada aktiviti yang lain dari jadual biasa. Kalau asyik pegi kelas, balik kelas, tengok buku, semak buku, layan murid. Semua rutin seorang guru, ah! alangkah bosannya kehidupan seorang guru. Mengapa tidak sekali sekala kita pegi kelas, masuk bilik guru kita chit chat sambil menghayati makanan yang dibawa rakan kita. Kan seronok....Tentunya topik kita ialah makanan. Nyum, nyum

     Melalui pengalaman ku, potluck boleh membina semangat team work. Semua bekerjasama dalam situasi yang gembira. Membentuk kita menghomati rakan serta berpeluang mengenali rakan kita dengan lebih dekat lagi. Malah dalam kita berpotluck kita dapat bersedekah kepada orang lain. Tapi yang paling best dan paling aku suka ialah bertukar-tukar resipi.....tapi tak buat punnnn. lots of laugh...

ANYWAY, THANK YOU BOSS,  SEBAB U TAK KACAU WE ALL BILER WE ALL WAT POTLUCK.

No comments:

Post a Comment