Wednesday, October 30, 2013

LAPORAN SANDARAN - KAJIAN LITERATUR



 3.1      Orientasi pembelajaran
           Orientasi pembelajaran adalah penting dalam menentukan pencapaian akademik pelajar. Idea yang mengatakan bahawa manusia belajar secara berbeza adalah venerable dan mungkin mempunyai asasnya (Wratcher, Morrison, Riley, & Scheirton, 1997). Menurut Grasha (1996), orientasi pembelajaran adalah kualiti individu yang mempengaruhi keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat supaya dapat berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru dalam pengalaman pembelajaran.
Secara teori, kebolehan bukan kognitif juga penting bagi menentukan pencapaian pelajar dalam matematik (Anneke, Adelene, & Karel, 2001). Kebolehan bukan kognitif juga dikenali sebagai kebolehan afektif yang dilihat melalui orientasi pembelajaran matematik (OPM) dari segi sikap, kebimbangan, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran pembelajaran matematik.
 Hubungan antara kebolehan afektif dengan kebolehan kognitif dapat dilihat dalam Model ARoS (Rajah 1). Model ini menghuraikan pengaruh pemboleh ubah afektif pelajar dalam membantu proses pembelajaran matematik. Kajian Arsaythamby (2006) mendapati bahawa sikap, kebimbangan dan tabiat yang bertindak sebagai kebolehan afektif adalah penting dalam pembelajaran matematik. Kebolehan afektif bertindak sebagai pencetus bagi menimbulkan perasaan ingin belajar matematik, seterusnya mendorong dan menggalak kebolehan kognitif untuk merangsang pelajar menyelesaikan masalah matematik. Penyelesaian masalah matematik yang baik dan berkesan membolehkan pelajar menunjukkan pencapaian matematik yang tinggi. Kebolehan afektif seseorang pelajar berfungsi sebagai pencetus mempengaruhi kebolehan kognitif, seterusnya meningkatkan pencapaian matematik.


KEBOLEHAN
OPM
(AFEKTIF)
• Sikap
• Kebimbangan
• Tabiat
• Tingkah laku
• Persekitaran


 

       PENCETUS
KEBOLEHAN
MATEMATIK
PENCETUS (KOGNITIF)

• Nombor
• Bentuk
• Perkaitan      

                Rajah 6: Model ARoS kebolehan OPM (afektif) pencetus kepada kebolehan kognitif
                                   Matematik  (Arsaythamby, 2006, 284)

Justeru itu, pencapaian dalam matematik tambahan hanya akan dapat dicapai jika  kebolehan orientasi pembelajaran matematik dalam afektif yang merangkumi tentang sikap, kebimbangan, tabiat, tingkah laku dan persekitaran dapat di transformasi kepada yang positif akan memberi impak dan mencetuskan kepada kemahiran dalam kebolehan matematik (kognitif).

Dalam perbincangan kumpulan Think Tank di kalangan guru yang mengajar matematik tambahan menyenaraikan berdasarkan Tulang Ishikawa  (lampiran 11) beberapa faktor mengapa pencapaian matematik tambahan merupakan mata pelajaran kritikal untuk elektif aliran sains teknologi.  Daripada susunan Diamond 9 (lampiran 12)mereka merumuskan bahawa kurang latih tubi merupakan punca utama mengapa pencapaian matematik tambahan rendah diikuti dengan tidak memahami konsep dan cuai dalam pengiraan. Kurangnya latih tubi adalah kerana kurangnya minat dan menganggap mata pelajaran adalah sukar menjadikan murid tidak bermotivasi untuk mempelajari matematik tambahan.

Dalam hal yang demikian perlu diadakan satu program untuk mengatasi masalah di atas. Program peningkatan pembelajaran murid dengan mempelbagaikan kaedah pembelajaran perlu dilaksanakan supaya dapat menarik minat murid untuk berusaha dengan gigih bagi memastikan mereka lulus dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013.

          Program Strive For As  merupakan satu program yang dirancang khusus untuk meningkatkan prestasi akademik mata pelajaran Matematik Tambahan dari segi GPMP dan dari segi pertambahan peratus bilangan A.
Di antara pendekatan yang boleh digunakan dalam program ini ialah:
a.     Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat       melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

b.    Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

c.     Pendekatan secara individu
            Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan.

d.    Pelbagai teknik digunakan untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

3.2        Cadangan Penyelesaian
             Program ini menumpukan kepada killer subject iaitu Matematik Tambahan.  Program ini akan memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai potensi melonjakkan kecemerlangannya dengan mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk memperoleh kecemerlangan bersama-sama. Oleh itu, guru dan pelajar  yang berpotensi berkolaboratif dalam tempoh terdekat ini membuat pecutan dan bimbingan kepada pelajar sasaran seterusnya membolehkan mereka boleh menjawab semua aspek soalan dalam peperiksaan. Dalam pelaksanaan program ini guru dan pelajar akan menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu pelajar dalam kelompok lemah. Dalam program ” STRIVE FOR As” perkongsian idea sesama rakan sebaya  seperti aktiviti membuat perbincangan kumpulan, belajar sambil membuat latihan bersama-sama serta mengajar rakan lain adalah proses yang berlaku.
Rajah 7: The Learning Pyramid


            Dalam The learning pyramid memperlihatkan bahawa proses Program  STRIVE FOR As melibatkan 3 bahagian bawah pyramid di mana bahagian pembelajaran yang paling berkesan ialah perbincangan kumpulan sebanyak 50%, membuat latihan sebanyak 75% dan yang paling tinggi kesannya ialah mengajar orang lain sebanyak 90%.

          Program ini akan dilaksanakan 2 hari di sekolah dan 2 hari satu malam di luar iaitu di D’Village Hotel, Ayer Keroh, Melaka. Program ini dibuat di luar sekolah kerana memberi satu environment baru kepada pelajar. Pelajar akan merasa teruja dan fokus minda kepada program kerana selesa berada di hotel untuk menjalani program tersebut.

LAPORAN SANDARAN - KAJIAN KEPERLUAN



Pengenalan
Kementerian  Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan dua mata pelajaran matematik kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah atas (tingkatan empat dan lima) iaitu Matematik Moden  dan Matematik Tambahan. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif bagi pelajar-pelajar aliran sains tulen dan sains ikhtisas. Matlamat kewujudan Matematik Tambahan bermatlamat memenuhi keperluan matematik bagi murid yang mengambil bidang sains dan teknologi serta murid yang mirip kepada sains sosial. Matematik Tambahan merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat meluas dalam kehidupan harian kita terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Ini adalah kerana Matematik Tambahan yang diajar di sekolah menengah atas dapat membekalkan ilmu pengetahuan matematik  berperingkat tinggi kepada pelajar-pelajar untuk memperkembangkan pemikiran pelajar dalam segi kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi melalui elemen matematik, kemahiran penggunaan matematik dalam situasi sebenar dan pemikiran yang logika, kreatif, kritis serta bersistematik.

Namun demikian, Matematik Tambahan merupakan satu subjek yang sukar dikuasai terutamanya para pelajar Melayu (Siti Marlina Sabran, 2005). Ini adalah kerana kebanyakan pelajar mempunyai persepsi bahawa Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat abstrak dan sukar difahami (Marzita, 2002). Kajian lalu daripada Marzita telah membuktikan bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan ramai pelajar sekolah mempunyai kebimbangan yang tinggi terhadap Matematik dan elemen kebimbangan sering dikaitkan dengan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran tersebut sendiri.

Seramai 104 murid sedang mengikuti aliran sains tulen di sekolah ini. Pencapaian kualiti A bagi mata pelajaran Matematik Tambahan perlu di tambah bilangannya kerana pencapaian yang baik dalam mata pelajaran ini akan membantu murid untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Mengikut kandungan kurikulum Matematik Tambahan, matlamat utamanya adalah menyediakan pelajar yang mengikuti pelajaran matematik di peringkat pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan konsep-konsep dalam kandungan kurikulum Matematik Tambahan sangat penting bagi membantu pelajar menguasai konsep-konsep matematik yang berperingkat lebih tinggi dan kompleks apabila mereka melanjutkan pelajaran mereka di kolej atau universiti. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (2002) berpendapat bahawa pengetahuan matematik yang lebih mendalam penting untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau juga telah menyuarakan bahawa matematik bukan sahaja merupakan satu mata pelajaran yang dipelajari di sekolah tetapi ia boleh diperkembangkan kepada pelbagai bidang profesional seperti perakaunan, pelaburan, perniagaan dan keusahawanan.

Sekolah Menengah Dato’ Dol Said
Pencapaian Matematik Tambahan Dalam SPM
TAHUN
BILANGAN CALON
LULUS PENUH
PERATUS A
GPMP
2010
124
73.4 %
10.5 %
6.45
2011
146
84.9 %
16.4 %
5.39
2012
126
65.1%
14.3%
6.48

Jadual 6: Pencapaian Matematik Tambahan (SPM) dari tahun 2010 – 2012

 Jadual 6 menunjukkan pencapaian Matematik Tambahan untuk 3 tahun mencatatkan pada tahun 2010 seramai 73.4% lulus dan peratus A hanya seramai 10.5%. Gred purata mata pelajaran sebanyak 6.45. Pada tahun 2011 pula terdapat peningkatan sedikit iaitu peratus lulus sebanyak 84.9%. Peratus A meningkat kepada 16.4%. Gred purata mata pelajaran juga meningkat kepada 5.39. Namun pada tahun 2012 pencapaian mata pelajaran matematik tambahan mengalami kejatuhan yang agak teruk iaitu hanya 65.1% murid lulus dan peratus A hanya sebanyak 14.3%. Gred purata mata pelajaran antara 3 tahun tersebut, ia merupakan yang paling rendah pencapaiannya.
Pelbagai faktor penyebab telah dikemukakan oleh pakar dalam bidang penyelidikan bagi menerangkan kemerosotan dan permasalahan dalam pembelajaran Matematik Tambahan.  Antara faktor tersebut ialah pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah (Salawati 1998). Faktor-faktor lain ialah ketidakselarasan pendekatan pengajaran yang diterima dengan keperluan dan gaya pembelajaran pelajar di mana pelajar tidak tahu cara hendak belajar dengan berkesan . Faktor-faktor ini adalah antara faktor yang dipercayai boleh mengakibatkan berlaku fenomena kemerosotan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di sekolah. Faktor utama pelajar gagal mendapat A di sekolah ini ialah latihan yang dibuat tidak mencukupi kerana penyelesaian Kertas 2 memerlukan masa yang  panjang dan kemahiran yang pelbagai dalam satu soalan berbanding   Kertas 1. Bimbingan guru dan rakan-rakan amat penting untuk mengelakkan rasa bosan pelajar yang tidak dapat menyelesaikan dalam jangka masa panjang. Justeru itu program berbentuk klinik matematik amat diperlukan untuk menambah motivasi dan keyakinan pelajar terhadap mata pelajaran yang dianggap susah pada pelajar.
 
Jadual 7: Keputusan SPM 2012
           Keputusan peperiksaan SPM 2012 menunjukkan bahawa dalam elektif  aliran sains teknologi menunjukkan bahawa GPMP Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran yang paling kritikal iaitu 6.48 pencapaiannya berbanding mata pelajaran Fizik, Kimia  dan Biologi. Justeru itu pemilihan Matematik Tambahan sebagai projek pilihan menepati kepada keperluan sekolah untuk meningkatkan GPS sekolah pada tahun 2013.

 LAPORAN KETUA PANITIA  :  MATEMATIK TAMBAHAN

































Pep
BIL CALON
A+
A
A-
BIL
%
B+
B
C+
C
BIL
%
D
E
BIL
%
BIL LULUS
% LULUS
BIL GAGAL
% GAGAL
GPMP
SPM 09
146
2
3
10
15
10.3
9
11
9
19
48
32.9
11
18
29
19.9
92
63.0
54
37
6.58
SPM 2010
124
7
1
5
13
10.5
5
10
10
9
34
27.4
19
25
44
35.5
91
73.4
33
26.6
6.45
SPM 2011
146
9
6
9
24
16.4
11
22
17
11
61
41.8
19
20
39
26.7
124
84.9
22
15.1
5.39
SPM 2012
126
11
0
7
18
14.3
5
7
6
11
29
23.0
13
22
35

82
65.1
44
34.9
6.48
TARGET 2013
142
11
7
8
26
18.3
14
12
12
14
52
36.6
25
21
46
32.4
127
89.4
18
12.7
5.37























Jadual 8: Pencapaian Matematik Tambahan mengikut gred dari tahun 2009 – 2012  
               dan target 2013

 Untuk mencapai target 2013 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 4.86, semua pelajar tingkatan 5 perlu mendapat sasaran yang telah ditetapkan. Oleh itu murid yang lemah perlu dibantu supaya pencapaian mereka nanti tidak menurunkan GPS sekolah. Seterusnya KPI untuk Matematik Tambahan Sekolah Menengah Dato’ Dol Said akan dapat dicapai iaitu GPMP 5.37 dan jumlah calon yang mendapat A dalam mata pelajaran Matematik Tambahan akan bertambah dari 18 orang kepada 26 orang.
          Seterusnya, apabila kecemerlangan dapat dicapai,  aspirasi Malaysia untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas dari segi prestasi berdasarkan penilaian antarabangsa seperti TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun akan menjadi kenyataan.