Tuesday, June 16, 2015

BICARA HATI SEORANG PENGETUA

Oh please...wake up..wake up...aku menjerit dalam monolog ku sendiri. Dah berbulan-bulan aku bagaikan orang yang mati jiwa...tak ada perasaan kot..hingga aku tak mampu untuk menulis lagi. Entahla ku kira aku mempunyai ruang waktu yang luas untuk menitikkan huruf abjab di hadapan ku namun hidup ku bagai kegersangan ide dan kehilangan kudrat untuk melontarkan tulisan ku.

Banyak penulisan ku hanya tinggal separuh jalan. Semuanya tak berkesudahan..Mampukah aku bangun dalam ketiduran ku yang panjang...Wahai diri...ku pujuk hati ku...aduhhhh

Apa yang terjadi??? Persoalan ini perlu dijawab. Kenapa...mengapa...
Inilah realiti yang perlu ku hadapi sendiri... Kalau takut lemas jangan bermain di tepi pantai. Kalau kail panjang sejengkal jangan cuba ke laut dalam... Namun aku bukannya ke sini dengan paksaan...aku yang merelakan untuk terjebak di sini..dan kini aku terdampar dalam kemelut kesibukkan yang tak terdaya untuk aku harungi...

 Ya Allah... berilah aku kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan ini. Mana mungkin aku kalah dalam pertempuran ini sedangkan aku baru melangkah ke medan peperangan. Di mana telah ku tinggalkan semangat juang ku dalam mendidik anak bangsa ku...Aku layu mengharungi kehidupan ku sebagai komandan dalam organisasi ku...nampak kuat di mata yang lain namun  aku telah lemah dalam diri ku.....kecewa...sangat kecewa...Air mata tidak mampu mengalir...hanya senyum yang tak bermakna menyelubungi ku..

Namun adakah perasaan yng aku rasakan ini merupakan kelemahan ku.....
Julai 2014... tika aku menjejakan kaki ke sekolah...aku begitu bersemangat untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.. Banyak ranjau duri dalam masa 6 bulan pertama dapat kutempuhi dengan sabar. Membuat pelbagai perubahan fizikal, mengubahkan minda guru ku dari zon selesa kepada lebih berdaya saing, cuba mengubahkan persepsi masyarakat tentang sekolah yang bermasalah kepada sekolah yang mempunyai potensi maju dan mendidik warga sekolah ke arah sayangkan sekolah. Pelbagai program warga pendidik laksanakan...namun kejayaan dari segi akademik belum nampak kejayaanya. Aku merasa begitu kerdil pabila berada dalam kelompok pengetua-pengetua sekolah yang berjaya...Adakah ini ujian dan cabaran bagi ku....

Persoalan ini melingkari dalam otakku...Aku pernah menyuarakan luahan rasaku kepada penolong kanan ku...terasa terharunya respon mereka..."Puan...kami perlukan puan di sini...kami dah lama tunggu puan untuk mentadbir di sini. Kami percaya puan mampu untuk membuat perubahan..." Aduh..sakitnya tuh ku di sini..rasa sengget bahuku...mereka memerlukan aku untuk membuat transformasi ini...rasa mengalir airmata ku..walaupun sebenarnya airmata sudah tidak ada lagi.

Aku kecewa kerana sekolah ku nombor 3 tercorot di negeri dari segi akademik. Aku kecewa kerana murid-murid ku ramai datang dari sosio ekonomi yang rendah. Aku kecewa kerana banyak kes ponteng sekolah. Aku kecewa kerana banyak kes disiplin...aku kecewa...aku kecewa..................

Hampir setahun aku  menjawat jawatan pengetua di sekolah yang macam-macam ada..Jauh disudut hatiku...terselit rasa kasih dan sayang kepada anak-anak ku yang ramai dalam kalangan mereka hidup pergi sekolah balik sekolah tanpa dihirau oleh ibu bapa mereka.  Ramai juga yang mencari nafkah di malam hari untuk menampung keluarga di rumah. Ada juga yang tak mampu untuk ke sekolah kerana tambang bas tiada. Wahai anak-anak ku....dalam kekecewaan aku terhadap kelian aku rupanya masih menyayangi kelian. Wajah-wajahmu bermain dikhayalanku... Kenakalan mu ada kala menerbitkan kemarahan ku namun kenakalan mu  merebutkan kasih seorang ibu...sebak dadaku dalam tanggung jawab yang wajib ku dukung...Di mana aku yang dulu begitu ceria...di mana aku yang dulu berlari mengejar waktu...di mana aku yang dulu sanggup berjuang membantu kelian...

PERSOALAN DEMI PERSOALAN MEMBAWA AKU UNTUK MUHASABAH DIRI. MELIHAT DIRI YANG ALPA TENTANG KEBESARAN MU YA ALLAH. YANG HANYUT DALAM MENGEJAR KEJAYAAN, YANG SENTIASA SIBUK DENGAN KEDUNIAAN. ALLAH TELAH MENGETUK AKU DARI MIMPI YANG TAK INDAH...UNTUK AKU HIDUP DALAM REALITI KEHIDUPAN YANG SEBENAR.

Saturday, September 13, 2014

BLESSING IN DISGUISH - perpisahan ada hikmahnya









Hadiah yang ku terima semasa perhimpunan di padang
Hadiah semasa di hotel...TQ guys..love you muah muah
"Selamat tinggal bunga ku"..itulah lagu yang ku nyanyikan dalam perhimpunan semasa perpisahan di SMK Dato' Dol Said. Dalam keadaan diri yang tidak berapa sihat...aku mampu menyanyikan lagu yang sangat memberi erti kepada seluruh warga sekolah. Seni katanya memberi makna yang sangat dalam apabila kita hayati.

Terima kasih teman dan anak-anak Dol Said kerana telah memberi satu penghargaan yang tak ternilai. Perhimpunan di Dataran SMK Dato' Dol Said diraikan oleh semua warga sekolah termasuk pekerja swasta. Yang paling mengharukan pekerja swasta memberi hadiah. Walaupun  murah harganya namun nilai nya sangat tinggi...kerana the tought that is matter.

Terima kasih ku jua kepada PIBG, Guru dan Staf sokongan kerana meraikan perpisahan ku di hotel 5 bintang...Holiday Inn Melaka..Terima kasih jua atas pemberian hadiah. Kata suami ku hadiah yang aku dapat mengalahkan hadiah kawin kami...syukur alhamdulilah...

Selamat tinggal bunga ku 
Aku bermohon pergi dahulu 
Terima kasih seruan ku 
Jasa mu untuk diri ku 

Ke timur atau ke utara 
Tak tentu dimana nak tujukan 
Setitik airmata 
Dititiskan dibuang jangan 

Sekiranya aku masih 
Berada nun jauh di balik awan 
Salam yang bahagia 
Khabar yang gembira ku kirimkan 

Inikah akhir bertemu 
Bila nian kan berjumpa lagi 
Ingatlah pesanan ku 
Jaga baik diri mu sendiri 


( Lagu : Johar Bahar / Ahmad Wan Yet - Lirik : Johar Bahar )

Sumber :selamat-tinggal-bungaku-sm-salim.


Tuesday, September 09, 2014

Eh! dah jadi pengetua

Nak kata mimpi tak pula. Tiba-tiba aku dimaklumkan oleh Pembantu tadbir bahawa aku dikehendaki berada di bilik Kesidang Jabatan Pendidikan Melaka pada petang hari khamis 17 Julai 2014. Wah! apa lagi semua staff dalam pejabat mengucapkan tahniah pada ku...sebab yang telefon tuu pegawai dari unit naik pangkat. Aku menyangkakan aku akan naik pengetua mungkin selepas bulan ogos atau september memandangkan kenaikan pangkat mengikut peraturan baru (mesti ada Sijil NPQEL) akan mula di kuat kuasa selepas Jun. Namun aku sekali lagi terkejut...aku naik pangkat kerana aku berada dalam bakul DG 52. Lantikan bermula 30hb Jun 2014.


Bariasan pengetua baru

Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Tuan Haji Rashid Bin Husin menyampaikan surat pelantikan pengetua

Kami dikenali sebagai NORSIAH TWIN sbb nama kami sama


PEJAM CELIK PEJAM CELIK....hah! berjaya juga akhirnya

Tanggal 3hb Mei 2015, mencatatkan sejarah manis dalam hidup ku. Setelah bertungkus lumus mengejar sekeping sijil NPQEL, akhirnya aku telah mengenggam sekeping kertas merupakan tiket bagi ku meneruskan karier dalam pendidikan.
Sukar dinyatakan bertapa pengorbanan seorang isteri dan ibu meninggalkan keluarga mendaki Institut Aminudin Baki di Gohtong Genting. Sangat sukar untuk diceritakan...tak dapat aku coretkan dalam titipan kali ini. Namun dapat ku nyatakan di sini...sokongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang terus menerus menyebabkan aku cekal dan tabah menghabiskan kursus ini. Alhamdulilah...tarikh keramat yag perlu aku ingati...dalam usia 53 tahun rupanya aku masih berdaya untuk belajar dan belajar.





Thursday, February 27, 2014

Alahai interview DG52....

Tak pernah terfikir oleh ku bertapa sukarnya laluan untuk menjadi pengetua. Pabila PPPM dilaksanakan dalam gelombang 1 (2013-2015). Aku terkedu kerana syarat untuk menjadi pengetua mestilah mempunyai NPQEL....dah lama rasanya menjadi guru penolong kanan pentadbiran, rasanya high time nak merasa jadi pengetua. Syarat mandotori ini amat perit untuk dibuat. Apa taknya dalam usia 5 siri ini, mampukah aku untuk belajar lagi..... Hah! akhirnya aku berjaya dalam kursus NPQEL selama 5 bulan setelah melalui pelbagai ujian mendaki genting tiap minggu, belajar hingga ke pagi, menyiapkan assignmen yang bertimbun-timbun sambil menguruskan sekolah dan rumah tangga. Hebatkan...
Kini tiba saatnya aku terpaksa memohon jawatan memangku DG 52 untuk pengetua...ok aku teruskan dan tiba masanya aku akan dipanggil untuk temuduga...Aduhai! rasanya makan nasi dah tak kenyang begitu juga tidur dah tak tentu arah..Dalam masa seminggu lebih aku terpaksa membuat fortfolio tentang projek yang pernah aku buat yang memberi impak yang besar kepada sekolah. Selepas temuduga saya diminta untuk update maklumat diri kerana dimaklumkan untuk dihantar ke SPRM untuk tapisan. Adui! dah lah sesi temuduga banyak soalan cepu mas. Aku nasihatkan kau orang fahamilah apa yang dipelajari di NPQEL. Banyak ilmu di sana diguna pakai masa temuduga...Setelah bersusah payah begini ku harapkan pemangkuan DG52 akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin..

Di bawah ni ku coretkan fortfolio ku yang perkataan lebih kurang 700 perkataan seperti yang di kehendaki oleh penemuduga.

Program MUTIARA “A” PMR

Rasional
Prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan Percubaan PMR 2013 amat mendukacitakan dan sangat membimbangkan. Keputusan terlalu jauh dari mencapai sasaran.
( Rujuk  Lampiran 1- 2  )
Gred Purata Mata Pelajaran bagi 9 mata pelajaran untuk percubaan 2013 jatuh berbanding keputusan PMR 2012.  Dapatan menunjukkan:
1.     Murid belum bersedia untuk menghadapi  peperiksaan.
2.    Murid tidak cukup latihan.
3.    Murid tidak fokus dalam belajar.
Berdasarkan faktor ini, satu program yang drastik telah dirangka bagi meningkatkan prestasi murid supaya sasaran GPS PMR bagi sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dapat dicapai iaitu sebanyak 2.5. (Rujuk lampiran 3)
Program ini  khusus untuk membantu  pihak sekolah mencapai matlamat melalui  3 strategi iaitu:
1.    Mengumpulkan murid kumpulan cemerlang berdasarkan pencapaian peperiksaan percubaan PMR 2013.
2.    Membuat  “team teaching”  dalam kalangan guru tingkatan 3.
3.    Membuat latih tubi berfokus.
Dalam mengurus perubahan dalam organisasi, saya sebagai Guru Penolong Kanan pentadbiran  bertanggung jawab sepenuhnya dalam bidang kurikulum. Saya mengambil tindakan yang strategik, berani dan proaktif untuk meningkatkan GPMP bagi setiap mata pelajaran.

( Rujuk lampiran 4 - 7  kertas kerja program)
Seramai 70 orang murid dikenal pasti sebagai murid yang berpotensi untuk cemerlang berdasarkan peperiksaan Percubaan PMR. Guru yang terlibat terdiri dari semua guru tingkatan 3. Semua mata pelajaran yang diajar pada waktu petang akan menggunakan strategi “team teaching”.  
Latihan yang diberikan kepada murid adalah soalan-soalan pada tahun lepas dan juga soalan dari sekolah berasrama penuh. Latihan berbentuk objektif dan struktur.
Dalam proses melaksanakan program tersebut, setiap warga komuniti perlu mempunyai satu tujuan dalam melakukan perubahan melalui komitmen, sumber dan kerja sepasukan. Fullan (2011) menyatakan untuk mendapatkan hasil yang baik dalam melakukan perubahan memerlukan satu tekanan yang positif. Tekanan yang positif ini mendorong kepada kebaikan. Justeru itu saya mengambil keputusan untuk tidak berlengah dengan memanggil semua guru yang mengajar tingkatan 3 untuk menerangkan visi dan misi sekolah.
( Rujuk lampiran 7 – 9 )
Jadual  guru dan kelas disusun semula untuk membolehkan program dijalankan tanpa sebarang halangan. Guru-guru yang bertugas pada waktu petang diberi sagu hati kerana mereka sanggup berkorban masa dan tenaga bagi kelangsungan program ini. Guru bidang dan ketua panitia diarah untuk membuat pemantauan dan menyiapkan modul. Jadual kehadiran guru dan murid disediakan dan semua laporan atau aduan akan segera diambil tindakan supaya program dapat dijalankan dengan berkesan. Penyelaras kecemerlangan tingkatan 3 menguruskan dan menyediakan kemudahan murid dibantu oleh guru pelatih yang membuat latihan mengajar di sekolah ini. Staf sokongan pula diminta untuk membantu guru dalam urusan mencetak, menyusun modul dan menyediakan tempat.    Program Mutiara A ini dicanang dan disebarkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa bagi memberi kejutan dan kesedaran tentang transformasi yang perlu dilaksanakan bagi menempa kejayaan. 
Saya mendapat bantuan dari segi kewangan dari PIBG untuk menampung perbelanjaan makan tengah hari dan bayaran sagu hati guru. Peruntukan PCG pula digunakan dalam menampung perbelanjaan kertas.           
Bolehlah saya katakan dalam  melaksanakan program  Mutiara A, kapasiti manusia dapat dibangunkan secara optimum. Sebagai penggerak utama dalam misi ini, saya sentiasa mengingatkan di perhimpunan, siaraya dan papan kenyataan tentang peranan dan tanggung jawab setiap individu dan sentiasa diulang supaya warga sekolah tidak alpa.


Impak Program Mutiara “A” 
( Rujuk lampiran  10 – 14 )
Keputusan PMR 2013 menunjukkan 7 mata pelajaran meningkat GPMP. Seramai 27 orang murid mendapat “straight A”. 10 mata pelajaran, peratus pencapaian mengatasi pencapaian peringkat Nasional dan Negeri. Peratus pencapaian keseluruhan PMR, untuk sekian kalinya memecahkan angka 80 selama 13 tahun iaitu sebanyak 80.1%. Gred Purata Sekolah melebihi sasaran sekolah dan Jabatan Pendidikan Melaka iaitu 2.48.
   
Refleksi
Saya dapat  melaksanakan kepimpinan instruksional   dengan  memastikan proses pengajaran  dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam mengeluarkan idea dan dapat menyelesaikan masalah dengan berkongsi bersama guru-guru supaya pelaksanaan program berjalan lancar dapat memberi impak yang positif kepada sekolah.  Sikap inginkan kejayaan,  optimistik dan bekerja dalam semangat kerja sepasukan juga dapat diterapkan dalam kalangan guru. Dengan mempamerkan teori kepimpinan transformasi, saya dapat menterjemahkan  matlamat sekolah kepada  subordinat  untuk  mencapai perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga secara kolektif.             
       
Cadangan penambahbaikan.
Program perlu dilaksanakan lebih awal iaitu berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun. Jangka masa program lebih panjang,  banyak latih tubi dapat dibuat. Peranan  (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa – KSIB) boleh membantu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti dalam bidang perkongsian kepakaran.


***************************************************************

Thursday, February 13, 2014

DEFINASI EMPATI

Pengertian Empati -1909 berasal dari bahasa latin em dan pathos yang artinya feeling into.
Empati berasal dari bahasa Yunani yang berarti “ketertarikan fisik”. Sehingga dapat di defenisikan sebagai kemampuan seseorang untuk mengenali, mempersepsi, dan merasakan perasaan orang lain.
Psikolog Edward Titchener (1867-1927) memperkenalkan "empati" pada 1909 ke dalam bahasa Inggris sebagai terjemahan dari istilah Jerman "Einfühlung" (atau "perasaan menjadi
Beberapa ahli  psikology mengatakan defenisi empati yaitu :
a.    Menurut Bullmer, empati adalah suatu proses ketika seseorang merasakan perasaan orang lain dan menangkap arti perasaan itu, kemudian mengkomunikasikannya dengan kepekaan sedemikian rupa hingga menunjukkan bahwa ia sungguh sungguh mengerti perasaan orang lain itu. Bullmer menganggap empati lebih merupakan pemahaman terhadap orang lain ketimbang suatu diagnosis dan evaluasi terhadap orang lain. Empati menekankan kebersamaan dengan orang lain lebih daripada sekedar hubungan yang menempatkan orang lain sebagai objek manipulatif.
b.    Taylor menyatakan bahwa empati merupakan faktor esensial untuk membangun hubungann yang saling mempercayai. Ia memandang empati sebagai usaha menyelam ke dalam perasaan orang lain untuk merasakan dan menangkap makna perasaan itu. Empati memberikan sumbangan guna terciptanya hubungan yang saling mempercayai karena empati mengkomunikasikan sikap penerimaan dan pengertian terhadap perasan orang lain secara tepat.
c.    Alfred Adler menyebut empati sebagai penerimaan terhadap perasaan orang lain dan meletakkan diri kita pada tempat orang itu. Empathy berarti to feel in, berati merasakan betapa dalamnya perasan orang itu.
d.    Tubesing memandang empati merupakan identifikasi sementara terhadap sebagian atau sekurang kurangnya satu segi dari pengalaman orang lain. Berempati tidak melenyapkan ke “aku”an kita. Perasaan kita sendiri takkan hilang ketika kita mengembangkan kemampuan untuk menerima pula perasaan orang lain yang juga tetap menjadi milik orang itu. Menerima diri orang lain pun tidak identik dengan menyetujui perilakunya. Meskipun demikian, empati menghindarkan tekanan, pengadilan, pemberian nasihat apalagi keputusan. Dalam berempati, kita berusaha mengerti bagaimana orang lain merasakan perasaan tertentu dan mendengarkan bukan sekedar perkataannya melainkan tentang hidup pribadinya, siapa dia dan bagaimana dia merasakan dirinya dalam dunianya.
e.    Menurut Jalaludin Rakhmat bahwa :
 Berempati artinya membayangkan diri kita pada kejadian yang menimpa orang lain. Dengan empati kita berusaha melihat seperti orang lain melihat, dan merasakan seperti orang lain merasakan.
f.    Empati menurut Abu Ahmadi (2003) ialah kecenderungan untuk merasakan sesuatu yang dilakukan orang ain andaikata dia dalam situasi orang lain tersebut. Karena empati, orang dapat menggunakan perasaannya dengan efektif di dalam situasi orang lain, di dorong oleh emosinya seolah-oleh dia ikut mengambil bagian dalam gerakan-gerakan yang dilakukan orang lain. Di sini ada situasi “feeling into a person or thing”.
g. Dua pendekatan yang digunakan untuk memahami teori empati, yakni teori dari Baron-Cohen & Wheelwright (2004), yang membagi empati ke dalam dua pendekatan,
i.       Pendekatan afektif
Pendekatan afektif mendefinisikan empati sebagai  pengamatan emosional yang merespon afektif lain. Dalam pandangan afektif, perbedaan definisi empati  dilihat dari seberapa besar dan kecilnya respon emosional pengamat pada emosi yang terjadi pada orang lain.
ii.      Pendekatan kognitif

            Pendekatan kognitif merupakan aspek yang menimbulkan pemahaman terhadap perasaan orang lain. Eisenberg & Strayer (dalam Baron-Cohen & Wheelwright 2004) menyatakan  bahwa salah satu yang paling mendasar pada proses empati adalah pemahaman adanya perbedaan antara individu (perceiver) dan orang lain. 

Sunday, February 02, 2014

DISIPLIN MURID DI SEKOLAH - WAJARKAH KITA BERTINDAK SECARA EMOSI?


Setelah anda baca artikel dibawah ini.....Fikir-fikirkan  kerana anak murid anda ibarat anak anda sendiri..

DIAMBIL DARI PORTAL kEMENTERIAN PENDIDIKAN

TAMIL NESAN BERTARIKH 29 JULAI 2010 & 2 OGOS 2010 – ADA TINDAKAN DISIPLIN PELAJAR DIDAPATI TIDAK BERSESUAIAN.

07 September 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar TAMIL NESAN dalam ruangan BERITA bertarikh 29 Julai 2010 & 2 Ogos 2010 – Ada tindakan disiplin pelajar didapati tidak bersesuaian.
Dimaklumkan bahawa fungsi asas sesebuah sekolah adalah sebagai institusi untuk mendidik. Hukuman yang dilaksanakan adalah dalam konteks mendidik atau mengajar mereka erti undang-undang dan pertanggungjawaban pematuhan undang-undang dan peraturan. Sungguh pun kuasa dan budi bicara diberikan kepada pihak berkuasa disiplin di sekolah, namun dalam pelaksanaannya pihak berkuasa tersebut telah diminta mengamalkan keadilan. Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural justice’ perlu dilaksanakan. Prinsip yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan ini digunakan sejagat (universal application) dan sesiapa juga yang membuat sesuatu keputusan adalah tertakluk kepada mematuhinya. Ringkasnya, dalam konteks ini, seseorang murid itu tidak boleh dihukum tanpa diberi peluang belaan darinya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga bersetuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa hukuman melampau bukanlah cara mendidik dan jika dilakukan oleh seseorang guru, maka sebenarnya telah terkeluar dari prinsip dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari semasa ke semasa juga KPM telah mengeluarkan garis panduan agar pihak sekolah mematuhi tatacara hukuman kepada murid. Berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan, jenis-jenis hukuman yang dibenarkan oleh KPM untuk dilaksanakan di peringkat sekolah hanyalah AmaranDendaPenahanan (detention)RotanPenggantungan dan Pembuangan. Walaupun begitu, hukuman Rotan, Penggantungan dan Pembuangan hanyalah merupakan pilihan terakhir setelah semua usaha-usaha bimbingan, nasihat serta tunjuk ajar dilakukan, malah ada yang memaklumkannya terlebih dahulu kepada ibu bapa mereka.
Dalam hal penguatkuasaan disiplin di peringkat sekolah pula, Guru Besar / Pengetua telah diberi kuasa menjaga disiplin dalam kalangan murid-murid termasuk mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah sebagaimana perlu atau bermanfaat. Dalam hal ini, kesesuaian pilihan sesuatu hukuman adalah terletak kepada pihak berkuasa disiplin sekolah. Oleh yang demikian, pertimbangan sewajarnya perlu diambilkira oleh mereka terhadap hukuman yang dipilih.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA