Sunday, March 31, 2013

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul...

Hari ini cuti sekolah seminggu berakhir. Nama jer cuti, aku tak pernah cuti. Esok, yer esok maka bermulalah aku mengikuti program penandaarasan di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka selama 2 minggu. Entah apa yang bakal aku alami, wallahualam. Namun my first impressionla masa pertama kali aku menjejakkan kaki di atas bukit tuuu, well a good sign. Tentunya sambutan Tuan Pengetua MOZAC sungguh mengharukan. Sifat lembut tergambar di wajah seorang pengetua. A very fatherly look, humble dan dari segi percakapan begitu sopan sekali. Malu rasanya aku . Aku mungkin agak aggresive sikit. Wei!! lembutla sikit...awak tu perempuan. Tentunya aku kena mengingatkan diri ku selalu. Kalau tidak malu aku dengan Boss Mozac nie.
Sebenarnya sebelum aku ke Mozac aku dah masuk ke blog sekolah ni, malah blog Tuan Hj Hassan ni pun aku dah teroka abes. Personally komenla, He look handsome than dekat dalam gambar. Ooop... sori. Lagi lemah aku biler tengok kelembutannya. Yeah! man selalu pandai cakap...sweet talk. Tapi jangan salah sangka, ini percakapan professional.
Tuan Haji Hassan Bin Topit
Pengetua SMK Sains Muzaffar Syah  (MOZAC)

Pabila aku berbual dengan Tuan Haji Hassan aku teruja dengan satu frasa yang menarik perhatian ku sebagai seorang pemimpin. "BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL". Menyorot kembali ayat tersebut, tidak dinafikan kita selalu buat perkara yang biasa walaupun ia tidak betul namun kita buat juga sebab dah biasa. Tak jadi apa-apa, macam semua orang dah terima itu biasa. Contoh - Lambat masuk kelas 5 minit. Ah! biasala lambat sebab masa jalan nak kira, kot nak ke toilet ambik masa sikit...biasala...namun bila difikir kembali adakah yang biasa itu betul caranya. Kenapa tidak dibetulkan...tepat pada masa, sekurang-kurang duit yang kita ambil tiap bulan itu halal. Kita tak perasan sekiranya yang biasa kita buat tapi tak betul jatuh haram duit yang kita makan. Wallahualam...Cuba kita fikirkan kita masuk kelas, biasa...kita ajar murid macam biasa, namun pernah tak kita terfikir pengajaran yang diajar seperti biasa itu memberi kesan pada murid kita atau pun tidak. Pernah tak terfikir oleh kita, murid yang memang sah-sah straight A masa PMR, mengapa tak boleh dapat straight A dalam SPM. Kenapa sekolah biasa dapat menghasilkan ramai murid straight A+ sedangkan itu sekolah harian sahaja. Sedangkan iklim di sini baik dan potensi untuk gemilang memang ada. Cuba kita fikirkan secara mendalam adakah pengajaran dan pembelajaran berkesan atau tidak. Salah siapa kalau murid di sekolah yang berprestij begini hanya mampu untuk mendapat 4 atau 5 A sahaja. Tentunya "BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL" memberi jawapan yang tepat. Kalau semua berperanan untuk cemerlangkan anak murid tak mustahil murid akan lebih cemerlang bukan sahaja akademik namun kokurikulum dan soft skill murid.
Aku ni tau cakap jer, namun aku sangat sedih beberapa teman ku, ada anak di SBP namun keputusan peperiksaan SPM tak memberangsangkan. Bila ditanya pada mereka kenapa jadi begini, siasat punca.....ohooo, memang patutpun murid tak score sebab.... hah! kenapa tak lapor jer dalam mesyuarat PIBG...."ibu, kalau ibu nak cakap dalam PIBG tunggu saya habis sekolah, saya tak mau nanti cikgu mark saya" aduh! kenapa jadi begini sampai murid pun takut nak cakap. cakap hanya belakang-belakang. So siapa yang patut disalahkan. Ala! biasala budak, budak tak hard working, tulaa sebab tak score. Macam bangau oh! bangau jadinya. So amalan guru yang mengatakan budak pandai  tak payah nak susah-susah nak ajar perlu diubah. Budak pandai mesti kena jadikan dia A+. Tanggung jawab sebenarnya sangat berat, Dan kalau dah tau berat. Kenapa tidak, Betulkan yang biasa, jadikan luar biasa, yang luar biasa dibiasakan  supaya keputusannya nanti juga jadi luar biasa.
Walau macamana pun, dalam hal mencemerlangkan anak-anak kita, komitmen dari setiap anggota warga sekolah sangat penting. Pengorbanan sangat perlu dan setiap langkah kita Nawaitu perlu betul supaya semuanya betul akhirnya. Insya Allah.

Thursday, March 28, 2013

Kenangan Dan Hala Tuju ku



Tak pernah terfikir dalam hidup ku, aku akan jadi pemimpin. Menerajui sekolah walaupun jadi orang nombor 2. Semasa mula aku masuk ke dunia pendidikan, tika itu umur ku baru mencecah 25 tahun. Aku menjadi orang yang sangat aktif.  Bayangkan segala aktiviti yang ada kat sekolah semua aku nak join. Tak kira malam atau siang muka ku akan menempel dalam semua acara. Seronoknya tak terkira, maklumlah duduk jauh dari family. Keluarga ku di KL dan aku jauh di tempat jin bertendang, Kuala Krai Kelantan. Hujung minggu bagi ku sungguh membosankan, jadi dengan mengikuti aktiviti-aktiviti di sekolah dan asrama hilanglah stress berada di tempat ini. Aku pernah menaiki keretapi ke Kemubu Kelantan. Masa tu jalan keretapi jer yang ada. Naik keretapi segala macam benda ada. Haiwan-ayam, itik, barang kampung seperti ubi, keledek entah apa-apa semua dibawa dalam keretapi. Keretapi pulak macam keretapi zaman Jepun kot. Ghet ghot, ghet ghot bergerak lembab tahap....Pengalaman naik sampan yang diperbuat dengan batang pokok juga satu pengalaman yang tak mungkin terpadam dalam hidup ku. Aku pergi ke rumah anak murid ku di Manik Urai, Kuala Krai Kelantan. Seriaunya tak terkira menyeberang Sungai Krai yang lebar lebih kurang 250meter. Pulak tu kena mendayung. Kalau sekarang la suruh aku pegi...mintak maaf .Kirim salam jer la gamaknya.Itu dulu. Semuanya menjadi kenangan. Mendaki bukit Gua Musang, pergi ke tempat Putri Sa'dong, ke pantai Cahaya Bulan, rasanya banyak tempat aku pegi ikut rombongan sekolah. Masih lagi aku teringat ketika kami pergi rombongan dengan pelajar ke Dungun Terengganu. Tengok penyu tengah malam buta. hahaha, ada la budak-budak luar nak mengenen kat aku. Apalagi beberapa anak murid lelaki menjadi pelindung ku ketika itu. Almaklum aku pada ketika itu bertubuh kecil macam budak tingkatan 3. Comel....hehehe sekarang...tengokla sendiri.Dah 2 kali ganda transform.....  Itu dulu 27 tahun yang lepas. Sekarang sangat berbeza, dulu aku sangat passion terhadap tugas ku namun aku lihat jiwa guru baru zaman ini, banyak sangat berbeza dan kadang kala mengecewakan. Suruh join aktiviti pun merungut. tiap kali diarah ada saja alasan yang diberi. Aku pun tak tahu apa sebab jadi begini. Kenapa tak seperti aku dulu. Teaching is an enjoyable profession, until now the feeling is still there. So how am I going to be a leader to guide our subbordinate to our destiny??? Tajuk tugasan ku kali ini mungkin menjawab persoalan ini.

Boss dah jadi ANGRY BIRD

TUGASAN MODUL 1
Berdasarkan kerangka modul yang dipelajari dalam Modul 1, jelaskan kepentingan kompetensi-kompetensi yang perlu ada pada seseorang pemimpin dalam menerajui organisasi.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan persekitaran organisasi masing-masing. Panjang jawapan tidak melebihi empat muka surat. 
Berdasarkan kerangka modul  Dasar dan Hala Tuju, dirumuskan  bahawa sebagai  pemimpin instruksional, mereka perlu mempunyai kompetensi-kompentensi tertentu dalam menerajui sesebuah organisasi.
Definasi pemimpin: Menurut Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya,  Pemimpin dalam Kepimpinan Pendidikan (1999) menyatakan pemimpin adalah  individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) kearah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Miftha Thoha dalam bukunya Prilaku Organisasi (1983:255), Pemimpin adalah seorang yang memiliki kemampuan memimpin,  artinya memiliki kemampuan untuk mempengaruhi orang lain atau kelompok tanpa mengindahkan bentuk alasannya.
Dalam menerajui  sekolah,  seorang pemimpin  perlu mempunyai kompetensi  berfikiran strategik.  Berfikiran strategik bermaksud keupayaan untuk melepaskan isu-isu hari ini dan meletakkan diri sendiri di dalam masa depan. Pemimpin berupaya melukis rupa bentuk sasaran masa depan yang diingini melangkaui pengalaman hari ini. Menurut  Nolan( et.el,2008) dalam tempoh masa 5 tahun.Pemikiran strategik mengambil kira tentang kompetensi dan kemahiran yang ada untuk menjana kecemerlangan sekolah. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran yang boleh memberi peluang kepada sekolah untuk berjaya.  Contohnya Visi sekolah  saya ialah SMK DATO’  DOL SAID  MENJADI  10 SEKOLAH HARIAN TERBAIK NEGERI MELAKA  2015. Visi dibuat pada tahun 2010. Dalam tempoh 3 tahun lagi dijangkakan sekolah dapat  menjadi  sekolah harian terbaik dari segi akademik. Di sini jelas bahawa pengetua saya telah berfikir secara strategik meletakkan kedudukan sekolah pada masa depan mengikut apa yang diimpikan.  Selain dari itu  berfikiran strategik membolehkan seorang pemimpin organisasi berfikiran secara terbuka, berani menerima  perubahan,  pemikiran yang bersistem dan sentiasa berfikir di luar kotak bagi mencapai matlamat organisasi.  Sentiasa optimis dalam membuat matlamat masa depan dan sentiasa pihatin tentang apa yang berlaku disekeliling sama ada di dalam atau pringkat global.              
 Seterusnya kompentensi yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah membuat keputusan strategik. Sebelum membuat keputusan pemimpin perlu membuat analisis terhadap dapatan-dapatan yang diperolehi di sekolah., Dengan mencari kekuatan dan kelemahan serta mencari peluang dan cabaran dalam analisis SWOC. Pemimpin dapat membuat keputusan berdasarkan situasi  dan persekitaran sekolah. Dengan menggunakan teknik “force field”, “ pareto” atau tulang “Ishikawa” pemimpin sekolah dapat membuat keputusan yang mana menjadi keutamaan bagi mencapai matlamat. Pemimpin perlu menganalisis masalah secara keseluruhan, sama ada puncanya, sebabnya dan cara untuk menyelesaikannya. Namun demikian dalam membuat keputusan pemimpin perlu mengambil kira tentang mandat yang diberikan oleh KPM supaya keputusan tidak bertentangan dengan perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan.
Semasa proses membuat keputusan, satu pasukan “think tank” perlu dibentuk. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang memahami hasrat pengetua dan merupakan barisan hadapan dalam organisasi seperti guru penolong kanan, guru cemerlang, guru kanan dan guru bimbingan dan kaunseling. Keputusan perbincangan  perlu dikongsi bersama warga organisasi. Di samping itu pemimpin juga boleh menjana ide melalui sumbang saran. Kadang-kala ide dari bawah juga mempunyai potensi untuk mencapai matlamat.  Seorang pemimpin hendaklah berfikiran di luar kotak dan berani menyahut cabaran menerusi ide baru dan menentukan bentuk tindakan yang patut diambil. Berani mengambil risiko dan sentiasa “THINK BIG, DEEP and LONG”.
Kesimpulannya, adalah sukar bagi seorang pemimpin  membuat keputusan strategik  apabila terlalu banyak isu  hendak dibuat pilihan. Oleh itu di sini perlunya segala data atau maklum balas dari analisis SWOC dan sebagainya bagi menyokong keputusan strategik. Keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama dalam musyawarah.
Kompentensi ke 3 yang perlu ada ialah kompentensi dalam membuat Perancangan Strategik. Perancangan strategik merupakan proses mengenal objektif organisasi  sebagai reaksi kepada peluang dan  cabaran dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menggunakan sumber-sumber bagi mencapai objektif yang digariskan. Perancangan boleh dikategorikan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang dan ia mesti didokumenkan.
Untuk membuat perancangan strategik, pembinaan satu visi dan misi yang mantap merupakan permulaan hala tuju sekolah. Visi, wawasan , cita-cita dan angan-angan. Gambaran umum tentang matlamat akhir yang hendak dicapai dalam waktu yang panjang. Visi sekolah juga perlu difahami oleh ahli. Misi pula ialah langkah yang terancang dalam menyatakan keinginan sekolah. Menjadi garis panduan untuk perancang. Ia dapat memupuk komitmen dan tepat pada sasaran. Perkara yang hendak dicapai atau disasar  hendaklah berkonsepkan “SMART”.   (S)“Spesific” – Jelas, (M) ”measurable – boleh diukur.  Masa, kuantiti dan kos. (A) Attainable –boleh dicapai. (R) retainable – realistic. (T) Time frame – jangka masa. Dalam mencapai objektif pencapaian, pemimpin perlu membuat analisis SWOC, meluaskan S-strength dan O-opportunity dan mengecilkan W-weakness dan C-challenge. Pemimpin boleh mengekploitasi aspek positif yang ada diluar untuk kepentingan organisasi.  Mengurangkan elemen kelemahan dalam organisasi dan menangani elemen negatif dari luar yang menjadi cabaran kepada organisasi
Seterusnya apakah sasaran/objektif yang ingin dicapai. Sasaran dikenali sebagai “outcome ataupun KPI (key performance index) . KPI adalah suatu parameter yang boleh diukur yang telah dipersetujui bersama, dan yang akan mencerminkan kejayaan sekolah. KPI  adalah petunjuk atau tanda kejayaan bagi membantu organisasi mentakrif dan mengukur kejayaan untuk mencapai objektif, matlamat, visi dan misi. Dalam hal ini KPI sekolah saya ialah  menjadi 10 sekolah harian terbaik pada tahun 2015 dan untuk mencapai 10 harian terbaik negeri Melaka pada tahun 2015 sekolah akan mengatur strategi bagi peningkatan prestasi mata pelajaran. Strategi  adalah merujuk kepada tindakan khusus atau pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat. Strategi ialah apa yang nak di capai.  Dalam mengatur strategi pelaksanaan pelan tindakan, pelan taktikal yang mengandungi aktiviti/program yang akan dijalankan, pegawai yang bertanggung jawab, kos, tempoh masa, KPI bagi program tersebut, output serta pelan kontigensi di dokumenkan ke arah menjadikan sekolah harian terbaik dalam negeri Melaka pada tahun 2015. Seterusnya pelan operasi dibuat bagi pelaksanaan program tersebut.


CONTOH PELAN TAKTIKAL
STRATEGI   : Meningkatkan pencapaian murid PMR  lulus minimum D dalam Matematik                                                                                                                    
Bil
Aktiviti
Pegawai bertanggung jawab
Kos/

sumber
Tempoh Masa
KPI
Output
Pelan kontegensi
Tarikh
jangka
Tarikh
laksana
1.
JOM Hafal sifir
Guru matematik
RM 300
PCG
Jan 2013
Mac 2013
100% hafal sifir
Semua Lulus minimum
D
Latih Tubi sebelum  pdp bermula

                          Selepas mewujudkan KPI  dan menetapkan sasaran prestasi bagi setiap KPI, pemimpin hendaklah melaksanakan pengukuran dan penilaian prestasi dengan cara mengumpul maklumat dan menilai pencapaian sebenar dengan sasaran prestasi yang telah ditetapkan. Pemimpin perlu mengenal pasti jurang supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Kita mesti membuat penilaian untuk mengetahui perancangan tidak  tersasar. Nilai kembali keberkesanan strategi, memperkemaskan pelaksanaan, membuat audit dalaman, mengukur kekuatan melalui pemantauan yang berterusan.
                         Kesimpulannya  seorang pemimpin atau pengetua  yang mempunyai kompetensi berfikiran strategik akan membuat keputusan yang strategik dan dapat membina perancangan strategik bagi tujuan menggerakkan subordinatnya dari “top-down”, “bottom-up” dan “horizontal” ke arah matlamat hala tuju sekolah. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kemahuan dan kesungguhan. Perancangan yang cantik tetapi tidak dilaksanakan tidak akan bermakna.  Pemimpin yang berwawasan akan mengutamakan organisasinya daripada kepentingan individu.

********************



Tuesday, March 26, 2013

Uban ku bertambah setiap hari

Sejak aku mengikuti kursus NPQEL, aku rasa banyak ilmu yang aku dapat. Bukan sahaja dari pensyarah namun dari pembacaan-pembacaan bermacam-macam buku dan artikal. Aku terpaksa membaca jika aku ingin menjawab soalan-soalan dalam e-pembelajaran NPQEL. Mau tak mau, suka tak suka, aku mesti baca. Hahaha pandai betul orang-orang di IAB ni membuat program e-pembelajaran. Tak boleh nak mengelat, semua kena baca, kena buat dan ada markah. Ikutkan hati malas aku nak layan semua ni. Lantaklah, misi aku sekarang masuk NPQEL bukan untuk jadi pengetua. Misi ku nak habiskan cepat dan tak mau fikir lagi. Aku perasan sejak sebulan ni uban di kepala ku semakin membanyak. Alamak! seriaunya. Nie gara-gara berfikir selalu la......Cuba baca tugasan ku

TUGASAN 2
Peserta dikehendaki membaca nota-nota berkenaan Model Pengurusan Perubahan serta merujuk (Kajian Kes 1) untuk memberi pendapat / pandangan anda tentang bagaimana Model Pengurusan Perubahan dilaksanakan bagi memantapkan pembudayaan ICT di sekolah anda. Tugasan tersebut hendaklah memenuhi syarat minima 150 perkataan (tidak termasuk rujukan)

Merujuk kepada kajian kes 1 di mana kajian telah dibuat terhadap 10 buah Sekolah Menengah  Bestari dan 2 buah SMJKC.  Sekolah bestari merupakan sekolah rintis ICT dan 2 buah sekolah Cina merupakan sekolah cemerlang ICT.  Model pengurusan perubahan (merujuk kepada KASAbestari) Kongsi, analisis, sebar dan aksi. Dalam  konteks ini  kongsi, analisis, sebar dan aksi melalui  3 lapisan  yang boleh membawa perubahan bagi memantapkan pembudayaan ICT di sekolah. 3 lapisan tersebut iaitu faktor sekolah, proses implementasi dan ciri individu.
Faktor sekolah
Di dalam faktor sekolah, sekolah berkongsi segala kemudahan yang diberikan. Membuat analisis bagi kekuatan dan kelemahan serta peluang dan cabaran untuk membudayakan ICT. Sekolah juga menyebar tentang penggunaan ICT.
Dalam hal ini sekolah bersedia untuk bergerak ke arah pembudayaan ICT.   Pengaruh luar memainkan peranan untuk memantapkan budaya ICT.  Sokongan KPM, JPN, PPD dan PIBG dapat membantu dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti memberi  sumber  ICT.  Pemberian Bestari Net , Makmal-makmal Komputer, Penyediaan Pusat Akses, Edu wed TV serta peralatan yang mencukupi memberi  kesediaan kepada sekolah untuk menghadapi gelombang abad ke 21.
 Penarafan bintang SSQS (The Smart School Qualification Standard) oleh KPM menggalakkan penggunaan ICT di sekolah. Etos sekolah sebagai Sekolah Bestari memberi  ruang yang sangat luas kepada pembestarian sekolah.
Begitu juga sokongan PIBG dalam memberi dana untuk melengkapkan barangan ICT serta penyelenggaran kecil memudahkan pihak sekolah mengurus perubahan kepada ICT.
Sokongan dari segi teknikal – bantuan dari teknician dan guru yang kompeten ICT dapat membantu dalam penyediaan PdP, penggunaan alat ICT dan penyelenggaraan kecil  seperti  permasalahan “laptop” atau komputer, pemasangan LCD dan sebagainya dapat memudahkan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan kondusif.
Proses Implementasi
Dalam melaksanakan  perubahan, latihan diberi  kepada pentadbir dan guru supaya mereka berkemahiran untuk mengendalikan peralatan dan digunakan dalam proses  pengajaran dan pembelajaran contohnya menggunakan LCD  dan bahan dari internet untuk PdP. Latihan dalam perkhidmatan  yang lebih berfokus seperti menggunakan email, Virtual Learning Program, membina blog dirancang  untuk memantapkan guru-guru dalam ICT.  Pelan Tindakan jangka panjang dan jangka pendek dirangka supaya guru-guru bersedia dengan kemahiran tersebut.
Bagi meyebar luas penggunaan ICT, penggunaan ICT  dalam pengurusan harian juga perlu diimplemenkan.  Suka atau tidak suka guru-guru terpaksa menggunakan ICT  dalam penyampaian maklumat oleh pentadbir, contohnya dengan mengadakan “ ONE Centre INFO” penggunaan “LAN” server dalaman di mana semua maklumat berkenaan peperiksaan dan  aktiviti sekolah ditempatkan dalam satu server. Semua warga sekolah berkongsi maklumat. Penggunaan e-rekod (Sistem Pengurusan Sekolah), e-disiplin, Sistem Maklumat Murid meluaskan lagi penyebaran ICT di sekolah.
Bagi murid-murid pula, guru-guru boleh mengadakan program-program yang melibatkan semua murid, contohnya pertandingan membina blog. Menulis surat menggunakan email dalam PdP Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekolah juga boleh menyediakan KIOS ICT supaya murid dapat melayari internet semasa waktu rehat. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan  ICT dirancang supaya pelaksanaannya lebih berkesan.
Ciri Individu
 Dalam usaha untuk membudayakan ICT di sekolah sikap individu warga sekolah memainkan peranan utama bagi melonjakkan pembudayaan dengan cepat. Sikap yang  positif dari semua warga sekolah dengan memberi komitmen dalam  perancangan pembestarian sekolah akan memantapkan lagi usaha pembudayaan. Kepentingan pengetahuan  dan kemahiran  ICT perlu ada dalam setiap individu untuk bersaing di peringkat global.
Kesimpulannya dengan memahami  Model Pengurusan Perubahan  kita dapat memantapkan pembudayaan ICT di sekolah.  Sebagai pemimpin sekolah adalah menjadi tanggung jawab kita melaksanakan pembudayaan ICT di sekolah kerana di era abad 21 ini, keperluan kepada ICT amat mendesak sekali. Kepimpinan mempengaruhi penggunaan ICT di sekolah.
Kearsley dan Lynch (1992) berpendapat bebolehan membina Visi serta membawa perubahan melalui implementasi  ICT adalah elemen yang kritikal yang perlu ada pada kepimpinan sekolah. Pemimpin harus  mempunyai kompentensi dalam mengimplimen dan menginterasi pemimpin teknologi di sekolah. Thomas dan Knezek (1991) merumuskan hasil dapatan kajian 240 pemimpin sekolah berjaya dalam mengintegrasi ICT dan penstrukturan sekolah.


Rujukan
The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint
 Rusmini  Ku Ahmad:   Implementasi ICT dan Kepimpinan Sekolah.   Kajian kes di sekolah-sekolah  Bestari     
                                     dan SMJKC          

Macam ni la aku, sekejap bukak cermin mata sekejap pakai...aduhhhhhhhhh
Macamana tak beruban kepala.         




        

ALL IS WELL

Hari ini memang hari yang sangat malas bagi ku. Pagi rasa begitu panjang. Aku dah telefon sekolah memaklumkan tentang lambat akan sampai ke sekolah. Semalam dah seharian di sekolah. Rasa nak tarik nafas lega sikit kat rumah.Namun ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan. Pertama pergi ke hospital untuk dapatkan ubat suami. Lepas tu pegi pejabat pos, buat pos laju hantar ubat ke Kota Kinabalu. Oh! ya, suami dah dekat sebulan out station kat sana. Sebenarnya relax sikit kalau suami jauh gan kita.. kecik hati dia kalau tau nie..hehehe. tapi nie pengakuan sejujurnya....sebabnya....di peringkat umur begini sebenarnya kita tak berapa memerlukan suami di sisi. yer ke? Aku terlalu independent sehingga segala-gala sejak dulu semua aktiviti, keperluan harian, urusan anak, urusan kereta, urusan rumah termasukla kalau bumbung rumah bocorpun aku yang uruskan., Jadi bagi ku, suami hanyalah keperluan ***** jer. Entahla.....

Cuti sekolah seperti selalu bukanla cuti untuk ku. Masih pergi sekolah dan masih sibuk menguruskan hal-hal terutama kurikulum. Tapi semua tu tak menjadi hal yang besar kerana aku tak pernah berkira untuk bekerja. Namun hari ini entah kenapa memang malas sangat. Setelah membuat urusan peribadi kedai kecantikan AVON dan Kedai Milah (jual barang wanita seperti jamu dll) aku terus ke sekolah. Nampak gayanya boss aku dah balik. Kata staf boss ambil cuti half day. Ooooikut suka la. Setahu aku bos aku banyak cuti, cuti yang dah ada untuk golden hand shake pun dah ada 90 hari. Aduhai bila beliau nak cuti panjang.

Jam 2 petang staf dah kembali dari rehat. Wow sunyinya pejabat. Ramai yang bercuti. Nampak gayanya pejabat akan sunyi sepanjang petang ni. Apa tak nya, suara bos yang seakan meninggi sentiasa tak kedengaran. Arahan-arahan tak ada...staf cakap, lega rasanya petang ni. Aku hanya gelak namun tak mau memberi komen. Tu kan bosss......

Aku pun duduk mengadap komputer melayari wedsite yang perlu sambil aku menjengah blog ku. Sambil membaca post-post lama. Geli hati membaca kembali post-post yang aku tulis. Sedar tak sedar rupanya blog ku sudah menjangkau setahun. Rasa sekejap masa berlalu. Umur ku juga sudah meningkat dan aku rasa aku masih seperti dulu, segar dan ceria. hidupku walaupun banyak yang pahit namun yang membahagiakan juga banyak. Tak tahu apa yang membahagiakan aku....yang selalu ada dalam hati ku, gembira dan buang segala duka lara ke luar hati. Salah satu caranya aku menghilangkan duka, keresahan, luka ialah dengan menulis. Sayang nya aku bukan penulis. Aku masih ingat lagi masa remaja di sekolah. Salah seorang rakan baik ku suka sangat berangan-angan dan kata-kata yang diucapkan selalu berkias-kias. Masa remaja beliau suka bergaduh dengan pelajar lelaki.  Tak terbayang oleh ku setelah 35 tahun terpisah kami reunion pada 17hb Mac 2013. Seronoknya tak terkira. Rupa-rupunya beliau kini dah jadi penulis. Dah banyak novel yang dihasilkan. Nama penanya ialah HAIZA NAJWA. Siapa sangka kan. Bukan dia sahaja yang aku jumpa, salah seorang teman ku juga kini dah ada bakery house, business kedai kek and pastry. Ada yang punya company sendiri. Siap ada pekerja lagi. Hah! nampaknya aku dan beberapa teman yang makan gaji jadi cikgu. Walau macamana pun ada juga yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Anyway semua tak menjadi hal. ALL IS WELL, terkenang cerita hindustan 3 idiot. All is well, all is well....
Reunion- Ramai di atas ni yang dah 35 tahun tak jumpa

Wajah-wajah 50an Milah, Aishah, Aim n Norsiah

Jamilah tepi kiri-cerita yang tak habis

Baharuddin and Ibrahim n Rahmah, dulu masa kat sekolah pendiam

Aim and Rosnah, bagusla jadi suri rumahtangga-isteri mithali
 
kiri-Haiza Najwa (novelis), Zaimah-Cake House, Baharudin(baju Hitam)
Nazari (duduk baju biru muda) Own Company. Zahari belakang, Brahim-makn gaji.
So today.....ALL IS WELL and hoping tomorrow ALL IS WELL.

Monday, March 25, 2013

Tugasan Modul 2 - Kajian kes Urine

Ini merupakan assigment ku yang pertama berada di NPQEL. Sebenarnya tugasan ni dibantu oleh En.Rahman guru dari Kuala Lipis. kalau harap aku nak dapat isinya, alamat lambat lah sebab otak belum tune lagi. Almaklum dah berzaman tak belajar dan tak menulis ilmiah. Betul ke atau tidak belakang kira. Asal siap. So apa pendapat anda semua?....tiba-tiba aku jadi begitu skema sekali...hehehe
En Shafie  (PPD Jasin),  En Rahman dan Pn Suzi (age baru early 40an)
Jawapan soalan 1
Update 15/7/2013  Assigmen nie aku dapat 84 /100 Kalau nak score, buat detail lagi dan tambah carta alir etc.
Punca-punca konflik SMK Persiaran Sepoy dengan pejaga murid
Konflik antara pihak sekolah dengan komuniti adalah perkara yang biasa berlaku sejak dahulu lagi. Ketidakpuasan dengan tindakan kepada anak-anak penjaga oleh pihak sekolah selalu dipertikaikan dan disuarakan oleh pihak yang berkepentingan.. Konflik ini timbul disebabkan oleh percanggahan antara pihak sekolah dengan nilai, norma, tanggapan dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat.

Menurut Stackman(2001) menyatakan faktor yang paling kerap menyumbang kepada konflik adalah faktor komunikasi dan faktor kepelbagaian iaitu interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai budaya dan latar belakang yang berbeza.

Dalam hal kes di atas, masalah disipin murid menjadi punca pertikaiaan bapa murid dengan SMK Persiaran Sepoy. Oleh itu faktor yang utama yang membawa kepada konflik ini ialah faktor komunikasi.

1.    Di sini wujud salah faham di mana bapa murid tidak berpuashati dengan matlamat sekolah untuk menangani masalah disiplin. Beliau menganggap pihak sekolah sengaja ingin memalukan anak dan keluarganya.
2.    Gangguan dalam saluran komunikasi menyebabkan maklumat tidak sampai -salah alamat. Surat menyurat  dari sekolah tidak sampai ke tangan waris murid. Ini menyebabkan pihak bapa murid tidak mendapat maklumat berkenaan salah laku anaknya.
3.    Tiada garis panduan tentang tatacara ‘urine test’ yang disediakan oleh pihak sekolah. Membuat ‘urine test’ tanpa mengikut  tatacara yang betul.
4.    Maklumat murid dalam buku kedatangan murid tidak lengkap dan maklumat terkini murid tidak di kemaskini.

Faktor seterusnya ialah tentang latarbelakang murid ini. Murid ini datang dari keluarga yang berpecah belah. Ibu bapa mereka telah bercerai.  Ibunya telah berkahwin lain dan bapanya pula merupakan bekas banduan. Oleh itu apabila mendapat tahu anaknya menjalani ujian air kencing. Bapa murid merasa tercabar kerana dia beranggapan anaknya seorang yang baik. Malah dia tidak mengetahui bahawa anaknya pernah melakukan kesalahan disiplin yang lain seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, tidak membuat kerja sekolah dan melawan guru. Laporan salah laku murid ini terbongkar apabila kes ini timbul.

Konflik ini juga timbul disebabkan desakan daripada pengetua yang ingin membuat perubahan terhadap persepsi masyarakat yang menjadikan SMK Persiaran Sepoy sebagai sekolah bermasalah. Beliau berpendapat andai disiplin murid dapat diselesaikan maka ia akan memberi kesan kepada peningkatan prestasi akademik murid. Oleh itu beliau mengarahkan  Guru Penolong Kanan Hem menjalankan ujian air kencing tanpa menyelia aktiviti tersebut.

Guru Kanan Hal Ehwal Murid pula kurang berpengalaman dalam pengurusan Hem. Ini menyebabkan urusan “urine test’ dijalankan tanpa mengikut prosedur yang telah
ditetapkan, Beliau juga membuat tuduhan terhadap murid tersebut tentang pengambilan dadah berdasarkan laporan daripada pelajar lain. Tuduhan tanpa bukti menyebabkan bapa murid  terlalu marah dan kecewa tentang tindakan sekolah.

Selain dari itu, faktor peribadi juga menyebabkan konflik ini berlaku. Bapa murid tidak mempunyai nilai peribadi yang baik di mana tiada  perasaan hormat kepada pihak sekolah. Sikap aggresif bapa murid ketika sessi perbincangan dengan pihak sekolah menampakkan emosi dan tingkah laku yang tidak dapat dikawal.

Kesimpulannya konflik ini perlu diuruskan dengan betul. Pihak sekolah perlu memahami punca-punca konflik, jenis konflik serta cara-cara penyelesaian konflik dan kesan konflik kepada  organisasi yang dipimpin. Dengan memahami konflik yang sedia ada pihak sekolah perlu membuat penambahbaikan supaya konflik tidak berlaku semula dan seterusnya matlamat organisasi dapat dicapai dengan jayanya.

Jawapan soalan   no.2     
Prosedur Dalaman Untuk Melaksanakan “Urine Test” di Peringkat Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2010 Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah ada menyediakan tatacara yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah untuk mengadakan urine test di peringkat sekolah. Buku Tatacara Tindakan ke atas Kes-kes Penggunaan Dadah dalam Kalangan Murid Sekolah yang dibekalkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dijadikan asas dan panduan dalam melaksanakan urine test di sekolah. Segala maklumat berkaitan murid yang terlibat dalam urine test yang dilaksanakan adalah sulit. Dalam melaksanakan ujian di atas terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu fasa sebelum, fasa semasa dan fasa selepas . Antara perkara yang perlu dilakukan untuk setiap fasa adalah seperti berikut;
1          Fasa Sebelum.
·         Perbincangan awal dengan pengetua.
·         Menyerahkan kertas cadangan kepada pengetua.
·         Melantik Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa kerja.
·         Memaklumkan kepada PPD/JPN/PIBG/AADK (Agendi Anti Dadah Kebangsaan)
·         Mengadakan mesyuarat pelarasan.
·         Mengedarkan surat makluman dan kebenaran kepada penjaga.

2          Fasa Semasa.
·         Memastikan arahan dan peraturan difahami dan dipatuhi
v   Rujuk Buku Tatacara Tindakan Ke atas Kes-kes Penggunaan Dadah Dalam Kalangan Murid di Sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
·         Memastikan tempat, peralatan dan pegawai adalah sesuai serta mencukupi.
·         Taklimat kepada murid terlibat.
·         Membuat catatan dalam buku log .

3          Fasa Selepas
·         Menyediakan laporan bertulis untuk diserahkan kepada pengetua dan pihak yang berkaitan

Kesimpulannya, .dalam melaksanakan ‘urine test’ di peringkat sekolah. Pihak sekolah perlulah mematuhi (SOP) ‘Standard Operation Prosedure’  yang telah di tetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Prosedur ini perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya konflik kerana isu ‘urine test’ dalam kalangan murid adalah isu sensitif yang perlu ditangani dengan berhati-hati.

Friday, March 22, 2013

We are the pom pom MUM...percaya la

Wakil Harimau Tua

3 mak dara penyokong kuat Harimau Tua hahaha

Dah penat terkinja-kinja

SUZI and HO ayam tambatan kumpulan kami

KUMPULAN SM1 2- with pom-pom
Tak pernah terfikir di Genting ini kami akan mengembalikan saat-saat indah semasa kami remaja. Apa taknya. aku seperti terlupa akan usia yang kini ku miliki. " The 5 Series Group " apabila kami mengambil bahagian dalam program riadah. Kumpulan SM1 2 bertanding dalam pertandingan bola tampar. Hei! geli hati tak terkira, perempuan manalah pandai main bola tampar so nampak gayanya ramai yang main menang sebab pandai serve bola. Kalau harap dapat bola kirim salam la dibuatnya. Tapi kami tabik spring kepada beberapa pemain perempuan yang pandai bermain. Alhamdulilah kumpulan kami SM1 2 dapat tempat ketiga. Thanks Suzi, Ho kerana you 2 orang ada kelebihan pandai bermain bola tampar. Yang lain-lain tu mak pacak jer dalam gelanggang. Yang kami nie ewah-ewah..... jadila POMPOM MUM. Menjerit-jerit...seronoknya lupa kat suami, anak cucu kat rumah. hehehe

NPQEL....go go go


Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ku ini. Bukannya tak mahu buat, kengkangan masa sangat cemburu pada ku. Sejak bulan Januari lagi aku sibuk memanjang menguruskan sekolah, Maklumlah awal tahun, banyak mesyuarat-mesyuarat yang perlu aku hadir dan juga mesyuarat yang aku terpaksa pengerusikan. Inilah tanggungjawab yang mesti aku pikul sebagai orang no 2 di sekolah.

SUZI...2 mandur tukang tengok
16 Februari aku memandu ke genting. Maka bermulalah episod aku menjadi pelajar semula. Hah! untuk makluman semua, aku telah diterima untuk mengikuti NPQEL di Institut Aminudin Baki. Kursus yang memakan masa 6 bulan aku terpaksa rela hadiri. Tentunya aku amat teruja menjadi pelajar semula. Bayangkan tak pernah termimpi untuk belajar dalam usia 5 siries. Kalau BMW 5 series seronok kita lihat . Nie semua group yang cun melecunnya dah semakin pudar serinya. Begitu juga yang lelaki yang ketampanannya dah hilang. Majoriti tidak menepati selera ku. Agaknya mereka juga sama, melihat wanita-wanita yang diperingkat monopaus. Hahaha! gelihati aku melihat orang tua dok belajar. Androgogi. pembelajaran orang tualah katakan...lambat nak tangkap terutama bab-bab ICT. Nasib baik aku ni celik sikit. Jadilah aku tempat pergantungan kekawan yang kurang mahir dengan ICT.

3 minggu aku berada di sana, seminggu lebih aku demam dan batuk. Apa taknya setiap hari hujan dan cuaca mendung dan sejuk. Dalam keadaan demam dan batuk ku gagahi jua melangkah ke dewan kuliah. Dari jam 8 pagi hingga 11 malam kadangkala  aktiviti  terpaksa dilalui. Allah saja tahu betapa penat dan lelah untuk ku hadapi. Malam di asrama IAB sangat sunyi. Jiran bilik sebelah ku sering tak ada sebab balik KL setiap hari. Jadi aku seorang menghadapi bilik yang sepi. Kadang kala seriau jugak, apa taknya, ramai yang suka bercerita yang entah apa-apa. Buat dek jer sebab kalau fikir mau tak boleh tidur.

Bila bercerita soal makan....... banyak yang tak kena di tekak kami. Namun terpaksa juga ditelan. Biasalah makan di asrama. Aku bersyukur kerana kerajaan kita berbelanjakan jutaan ringgit untuk program ini, hanya nak memertabatkan profesion perguruan dan pemimpin sekolah, Cuba bayangkan di negara luar seperti India, Indonesia, Iraq dan negara lain. Nak makan pun susah, nak kerja pun perit, so tak tau bersyukor ke?.Sebenarnya duit yang diperuntukan untuk makan banyak namun yang amat dikesalkan pembekal makanan asrama agaknya nak untung banyak.....$$$$$$. peduli apa tak cukup makan. Biasanya tengahari aku tak turun makan di dewan makan. Rehat sejam dari 1 tengahari ke 2 petang membuatkan aku lagi sakit. Oleh itu aku stay jer kat bilik kuliah dan makan kat cafetaria. Mahal memang tak dinafikan, namun aku agak santai bergerak. taklah tergopoh-gapah nak kuliah jam 2.

Tempat lena ku...kecil jer..but selesa


ALAT BANTU BELAJAR.....untuk pelajar androgogi



GRUP DISCUSSION.....semuanya dak beranak pinak, nak bermenantu, Yang tengah tu kak Zaidah...nenek vogue