Inilah sekolah tempat aku membuat penandaarasan - MOZAC. Sekolah berprestasi Tinggi yang tak mungkin akan dapat dicapai oleh sekolah ku yang berada dalam Band 4. Sekolah ku dihuni oleh murid yang datang dari semua peringkat pencapaian akademiknya iaitu dari straight A yang tak sampai 3%, Pertengahan pencapaian akademik sebanyak 40% dan selebihnya yang lemah 50%. Di sini aku ingin menulis sedikit tentang laporan penandaarasan di sekolah ini mengikut pemerhatian selama 2 minggu berada dalam kelompok murid-murid Band 1. Huraian projek penandaarasan ini akan aku update mengikut turutan yang dikehendaki dalam laporan penandaarasan. Bahagian1 iaitu bahagian profil sekolah tak perlulah aku updatekan. Yang itu semua tau dah nak buat.
HURAIAN PROJEK
PENANDAARASAN
1. SITUASI1.1 PENGENALAN
Bagi mengecap kejayaan yang berterusan dalam bidang
akademik, pemimpin sekolah sentiasa mengilhamkan pelbagai program setiap tahun.
Mengikut situasi dan keperluan. Namun demikian ada program-program yang
dikekalkan serta dibuat penambahbaikan kerana telah jelas program tersebut
sememangnya memberi impak kepada pencapaian akademik di sekolah tersebut.
1.2 PENCETUSAN IDEAProgram yang dilaksanakan ialah “Memahkotakan Impian
Remaja”. Program ini bermula dengan
pencetusan idea pada minggu ke 2 bulan
Januari 2012. Program ini dicetuskan
oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Hassan Bin Topit. Program ini asalnya merupakan
kelas tambahan yang biasa dijalankan pada setiap minggu, namun pada tahun lepas
Tuan Pengetua menyarankan supaya program ini ditukar namanya atau di
“rebranding” kepada Memahkotakan Impian Remaja dengan membuat beberapa
penambahbaikan bagi keperluan murid kumpulan sederhana dan lemah.
1.3 BILA DILAKSANAKAN?.Program ini mula dilaksanakan pada bulan Mac 2013
hingga bulan Oktober semasa dalam Kelas Persediaan Malam. Murid-murid yang
menjadi mentor dan guru-guru mata pelajaran akan menjadi fasilatator. Tempat
bagi pelaksanaan program ini adalah di sekolah.
1.4 MENGAPA
PROJEK INI DIPILIH?Program ini di laksanakan bagi melatih pelajar-pelajar
yang cemerlang dalam semua mata pelajaran di setiap tingkatan untuk membantu
rakan-rakannya yang lain supaya semua murid akan mendapat keputusan cemerlang.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ialah wadah yang terbaik untuk memastikan
kejelekitan ukhuwah antara murid berlaku dalam setiap tingkatan khasnya
murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Program ini menumpukan kepada killer subject iaitu Bahasa Inggeris, Add Maths, Biology, Kimia dan Physic. Program ini akan memberi
peluang kepada murid-murid yang mempunyai potensi melonjakkan kecemerlangannya
dengan mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk memperoleh kecemerlangan
bersama-sama. Oleh itu, guru-guru dan murid –murid yang berpotensi
berkolaborasi dalam tempoh terdekat ini membuat pecutan dan bimbingan kepada
murid-murid sasaran seterusnya membolehkan mereka boleh menjawab semua aspek
soalan dalam peperiksaan. Dalam pelaksanaan program ini guru dan murid
cemerlang akan menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu murid
dalam kelompok sederhana dan lemah. Dalam program Memahkotakan Impian Remaja
perkongsian idea sesama rakan sebaya
seperti aktiviti membuat perbincangan kumpulan, belajar sambil membuat
latihan bersama-sama serta mengajar rakan lain adalah proses yang berlaku.
Rajah 6: The Learning PyramidDalam The
learning pyramid memperlihatkan bahawa proses Program Memahkotakan Impian
Remaja melibatkan 3 bahagian bawah pyramid di mana bahagian pembelajaran yang
paling berkesan ialah perbincangan kumpulan sebanyak 50%, membuat latihan
sebanyak 75% dan yang paling tinggi kesannya ialah mengajar orang lain sebanyak
90%.Projek ini dipilih kerana untuk mendapat Gred Purata
Sekolah (GPS) sebanyak 1.46, semua warga tingkatan 5 perlu mendapat sasaran
yang telah ditetapkan. Oleh itu murid yang lemah perlu dibantu supaya
pencapaian mereka nanti tidak menurunkan GPS sekolah. Seterusnya target KPI SBT
Mozac akan dapat dicapai dan jumlah calon yang mencapai straight A-Plus seramai
15 orang dan seramai 67 orang murid mendapat straight A. Selain dari itu
program ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan dapat menerbitkan ukhuwah
dalam kalangan murid SBP.
1.4 AHLI YANG TERLIBAT DALAM PROJEK INIDalam
menjayakan program ini, semua warga sekolah terlibat dari peringkat atasan
hinggalah ke peringkat bawahan. Bagi memastikan program ini dapat dijalankan
dengan jayanya, jawatankuasa pelaksana dibentuk dimana Pengerusi untuk program
ini ialah Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran menjadi Timbalan Pengerusi..
Penyelaras program merupakan kaunselor dan ahli jawatankuasa terdiri dari
penyelaras Tingkatan 5 dan guru-guru Tingkatan.Sebagai orang
yang bertanggung jawab terhadap kurikulum, Pengetua bertanggung jawab
menggerakkan guru-guru di bawahnya di mana Pengetua bertindak sebagai pemimpin
instruksional – “ Menumpukan pada apa
perlu dilakukan bagi memastikan P&P berkesan berlaku. Teknik dan Pendekatan
Mengajar, Penggunaan Teknologi dan penggunaan data post mortem penilaian untuk
mengenal pasti dan menangani kelemahan murid dan lain-lain.”
Jadual 9: Analisis pencapaian peperiksaan percubaan SPM (Snelbecker,
1974)
ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELARAS SBP TAHUN
2012
|
|||||||||||
A+
|
A
|
A-
|
B+
|
B
|
C+
|
C
|
D
|
E
|
G
|
Lulus
|
|
Subjek
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
ADDITIONAL
MATHEMATICS
|
5
|
6
|
21
|
5
|
21
|
13
|
13
|
13
|
17
|
30
|
114
|
BAHASA
INGGERIS
|
8
|
24
|
43
|
27
|
24
|
14
|
4
|
144
|
|||
BIOLOGI
|
2
|
1
|
16
|
22
|
17
|
10
|
17
|
9
|
18
|
13
|
112
|
FIZIK
|
6
|
19
|
39
|
17
|
9
|
24
|
17
|
10
|
2
|
1
|
143
|
KIMIA
|
2
|
9
|
15
|
18
|
26
|
12
|
12
|
19
|
16
|
15
|
129
|
ANALISIS
PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2012
|
|||||||||||
A+
|
A
|
A-
|
B+
|
B
|
C+
|
C
|
D
|
E
|
G
|
Lulus
|
|
Subjek
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
Bil
|
ADDITIONAL
MATHEMATICS
|
60
|
3
|
26
|
18
|
13
|
15
|
6
|
2
|
1
|
114
|
|
BAHASA
INGGERIS
|
13
|
75
|
36
|
18
|
2
|
0
|
0
|
0
|
0
|
144
|
|
BIOLOGI
|
37
|
36
|
22
|
15
|
13
|
1
|
1
|
0
|
0
|
112
|
|
FIZIK
|
40
|
13
|
32
|
27
|
16
|
14
|
2
|
0
|
0
|
143
|
|
KIMIA
|
24
|
16
|
23
|
23
|
16
|
20
|
13
|
0
|
0
|
129
|
No comments:
Post a Comment