Wednesday, September 11, 2013

Laporan penandaarasan - Peluang dan Cabaran



Tempuhi cabaran tanpa jemu untuk menempa kejayaan

 PELUANG DAN CABARAN
Dalam melaksanakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah, tidak dinafikan pelbagai peluang dan cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh semua pihak sebelum kejayaan dapat dikecapi. Sememangnya di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah merupakan satu-satunya sekolah sains yang terdapat di Negeri Melaka. Menjadi warga sekolah ini menjadi kebanggaan namun tanggung jawab yang berat juga dipikul iaitu untuk mendapat keputusan yang terbaik setiap tahun merupakan cabaran yang sangat mengujakan.
Setiap warga sekolah ini mempunyai peranan untuk memartabatkan sekolah ini kerana murid yang datang ke sini adalah murid yan terpilih iaitu samada dari keputusan peperiksaan UPSR yang mendapat 5 A atau dari keputusan peperiksaan PMR yang mendapat Straight A, (8A atau 9A). Oleh itu guru-guru di sini tidak berpeluk tubuh untuk melihat kejayaan tetapi mereka mempunyai motivasi sendiri untuk meningkatkan prestasi murid mereka kerana mengajar adalah menjadi tanggung jawab yang perlu diamalkan seikhlas hati. Bagi murid pula mereka perlu belajar dan mendapat ilmu yang boleh memberi mereka kecemerlangan dunia dan akhirat.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, disamping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”
                                                                                                     -Imam Syafie-

Taalim wa taalum bermaksud belajar dan mengajar. (Taalim bererti menuntut ilmu dan taalum pula bererti mengajar ilmu kepada orang lain). Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.
“ Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah….”
                                                                                                 -Imam Syafie   
 Program ini mendapat sokongan dari semua warga sekolah. Ini adalah kerana apabila dicetuskan idea tersebut dalam mesyuarat pentadbiran. Semua unit tanpa melengah-lengah masa membuat tindakan untuk melaksanakan. Ini adalah kerana pengetua telah berjaya menyakinkan orang  dibarisan hadapannya akan rasionalnya program tersebut dijalankan.
Matlamat menentukan hala tuju perubahan sekolah dan memotivasikan warganya ke arah hala tuju tersebut. Michael Barber (2011) dalam bukunya Deliverology, bahawa seorang pemimpin system seharusnya “menetapkan matlamat mereka” (hlm 2) kerana matlamat adalah tulang belakang sesuatu sistem. Matlamatlah yang dapat menentukan apa yang dimahukan, apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut dan bagaimana untuk kita mengukur kejayaan.
Dalam hal ini proses penetapan matlamat, pengetua telah mengenal pasti isu di mana pada ketika itu isu yang wujud ialah murid lemah dalam mata pelajaran elektif sains dan matematik. Semua mata pelajaran tersebut di dalam Bahasa Inggeris.  Oleh itu keperluan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran tersebut sangat bertepatan dengan tindakan untuk mengadakan Program Memartabatkan Impian Remaja kerana program ini dapat membantu murid membuat latihan dengan cara coaching and mentoring dan ianya berfokus.
Tentunya harapan dan perasaan pengetua untuk melihat program ini dijalankan amat tinggi sekali. Yang sangat penting ialah kesan dari program ini sama ada ianya berjaya atau tidak, itulah cabarannya. Setiap aktiviti yang dijalankan akan mempunyai cabaran di mana murid dan guru terpaksa berkorban masa dan tenaga kerana program ini dijalankan sebelah malam.
Untuk mengukur kejayaan program ini perlu diadakan standard dan sasaran untuk pencapaian murid. Standard pencapaian Sekolah Berprestasi Tinggi boleh menjadi tanda  aras atau benchmark kepada sekolah lain. Saranan Wil Ryant (2008), ialah sekolah sepatutnya mengukur pencapaian terhadap apa mereka hargai dan bukannya menghargai apa yang mereka boleh ukur. Contoh ukuran bagi sekolah berprestasi tinggi mestilah memenuhi kriteria sekolah tersebut bukan apa yang ada di sekolah tersebut yang diukur. Oleh itu program Memahkotakan Impian Remaja menjurus kepada hasil yang ingin dicapai di Sekolah Berprestasi Tinggi.
Untuk memotivasikan guru dan staf dalam menjayakan program ini, pengetua sekolah ini mempunyai Kemahiran Hubungan Kemanusiaan. Dengan memahami perasaan dan sikap orang lain Tuan Pengetua dapat memecahkan tembok pemisah hubungan antara ketua dan surbodinat. Kemahiran yang ada pada pengetua ialah kemahiran berkomunikasi.

·         Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan.
  • Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
  • Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
  • Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
  • Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
  • Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
  • Kebolehan berkomunikasi dengan guru dan murid  yang mempunyai budaya berlainan.
  • Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
  • Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan

Untuk menjadi pemimpin  yang benar-benar boleh mempengaruhi orang bawahan supaya menjadi pengikut yang setia bukanlah suatu perkara yang senang. Untuk itu seorang pengetua hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai dan memadankannya dalam situasi tertentu.
Perubahan yang diinginkan ialah perubahan dari segi sikap dan outcome yang akan diperolehi semasa dan selepas program ini dijalankan.
Expectancy is the probability held by an individual that a particular reinforcement will occur as a function of a specific behavior on his part in a specific situation. Expectancy refers to “beliefs or anticipations about the outcomes or consequences of behavior, usually defined as a personal or ideographic dimension”. Rotter (1972)
“Expectations of teacher help determine their pupils’ performance”. Pitt (1956)
Justeru kesedaran tentang pentingnya pembelajaran perlu dihayati dan diamalkan. Di sini perlunya Kontrak Pembelajaran iaitu  satu strategi pengajaran dan juga tool penilaian bagi menggalakkan Pembelajaran terarah Kendiri. Murid merasai bahawa pembelajaran ialah tanggung jawab mereka kerana objektif pembelajaran menjadi matlamat yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Murid bermotivasi intrisik dan bertanggung jawab terhadap mereka sendiri. Ia memenuhi keperluan murid dan membantu murid bertindak mengikut tahap pengetahuan mereka sendiri. Mereka tidak rasa tertekan untuk belajar tetapi lebih sukarela untuk belajar.

Bagi mendapatkan hasil, sekolah meletakkan standard yang tinggi dicapai dari segi kandungan mata pelajaran, pencapaian murid dan pencapaian sekolah. Sekolah ini juga mempunyai matlamat jangka panjang dan kaedah untuk mencapainya dengan mengambilkira keselarasan kaedah pengajaran dan isi kandungan serta pemantauan peningkatan pembelajaran murid berdasarkan matlamat.

No comments:

Post a Comment