Pelbagai
program yang di jalankan di sekolah melibatkan hubungan dengan komuniti. Hubungan dengan masyarakat setempat dan
komuniti luar yang akrab akan membina jaringan dan jalinan yang memberi
kebaikan kepada kedua-dua pihak. Pihak
sekolah memerlukan pihak luar bagi mendapatkan sokongan dana untuk menjalankan
program dan pihak luar pula sering memohon bantuan dari segi murid-murid dan
guru untuk melibatkan diri dalam program mereka.
Program
yang boleh dibuat di sekolah ialah program mencari dana bagi menampung
pembiayaan untuk membeli sebuah van di sekolah ini. Program yang disebutkan
ialah program Hightea. Program ini
dianjurkan dengan kerjasama Persatuan ibubapa dan guru. Kejayaan program Hightea banyak bergantung kepada kemahiran
pengetua dan PIBG untuk melaksanakannya. Kerjasama dari kedua pihak membolehkan
ia dapat dijalankan Perbincangan pengetua dan PIBG adalah dalam suasana
muzakarah, mencari penyelesaian masalah bagi mencari sumber kewangan. Di sinilah
perlunya komunikasi yang berkesan antara kedua pihak supaya persefahaman dapat
dijalinkan. .
Sebagai
seorang pengetua beliau seharusnya bijak membina dan membangunkan kapasiti staf
bermula dari perancangan hingga kepda pelaksanaan program. Dalam hal staf pula
satu jawatan kuasa dibentuk di mana guru-guru dikenal pasti tentang peranan dan
tugas yang perlu dijalankan. Guru yang berpengalaman dan guru baru dibangunkan
melalui (PLC) Komuniti Pembelajaran Profesional dan melalui Profesional Guru
Berasaskan Sekolah. Di sini pentingnya coaching
and mentoring, team teaching di mana perkongsian ilmu dalam (PLC) dan PGBS
dikongsi bersama. Peningkatan kompentensi guru berlaku dan program dapat
dilaksanakan dengan cemerlang seterusnya ia akan menjadi budaya dalam
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di sekolah.
Program
Hightea sememangnya melibatkan
komuniti luar di mana pihak sekolah berhubung dengan pihak luar untuk menjual
kad-kad Hightea. Semua warga sekolah
dan ibubapa murid terlibat dalm penjualan kad hightea. Ibubapa berperanan dalam sarana PIBG membantu sekolah
bersama-sama menjual kad hightea.
Kerjasama ini akan mengeratkan hubungan PIBG dan sekolah. Hubungan jaringan dan
jalinan dengan pihak luar memudahkan pihak sekolah mendapat tajaan seperti
kemudahan pinjamaan khemah dari Kem Askar Sungai Udang Melaka. Selain itu pihak
sekolah boleh mendapatkan hiasan-hiasan bunga, karpet,kerusi dan meja dengan
percuma melalui Majlis Perbandaran Alor Gajah. Dengan ini membolehkan pihak sekolah
mengurang kan kos perbelanjaan hightea
dan seterusnya mendapat keuntungan yang lebih.
Dalam
proses pelaksanaan, kerja sepasukan amat diperlukan. Ini adalah kerana semua
kerja memerlukan satu pasukan yang mantap dan berpengalaman untuk menjayakan Hightea kerana program Hightea merupakan satu program yang
besar. Oleh itu, semua warga sekolah perlu bergerak ke satu visi dan satu
matlamat, iaitu mencari dana bagi pembelian sebuah van di sekolah. Sememangnya
kerja sepasukan bukan mudah dilakukan. Banyak cabaran yang akan dihadapi namun
kerjasama dan tolak ansur dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dan juga
yang setara membolehkan program ini berjalan lancar. Dalam hal yang demikian
komunikasi berkesan sangat memainkan peranan.
Semasa
Hightea berlangsung, banyak
perkara-perkara tentang majlis rasmi tidak formal perlu diambil kira. Ini
adalah kerana protokol yang perlu dipatuhi. Seorang event manager perlu dilantik untuk memastikan perjalanan majlis
pada hari itu berjalan dengan lancar. Pakaian adalah baju batik. Dalam majlis
begini, pengerusi majlis memainkan peranan yag sangat penting kerana dialah
yang mengawal majlis. Sistem bunyi perlu dijaga kerana kegagalan berfungsi
dengan baik akan mencacatkan majlis. Pelan kontigensi untuk sistem bunyi perlu
ada. Biasanya penggunaan bateri kereta
untuk mendapat tenaga elektrik disediakan untuk pelan kontigensi. Semasa majlis
begini, pihak sekolah akan memaklumkan kepada Tenaga Nasional untuk menghantar
juruteknik sebagai bantuan teknikal kerana majlis ini akan dihadiri oleh ketua
negeri. Bermulanya dari persediaan
menyambut tetamu khas akan disambut dengan kompang dan bunga manggar.
Persediaan untuk lagu Negara ku dan lagu negeri Melaka siap terpasang apabila perasmi sampai ke tempat duduk yang di khaskan. Posisi bagi Yang
berhormat ialah di tengah. Sebelah kanan pengetua dan kiri Yang DiPertua PIBG. Jawatan
Kuasa sambutan perlu membuat tagging
pada tempat duduk utama supaya tidak berlaku salah posisi kedudukan.
Aturcara
bagi ucapan pula, dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian pengetua akan berucap
sebagai tuan rumah dan diikuti oleh Yang di Pertua PIBG. Akhir sekali Perasmilah yang akan berucap. Pihak sekolah perlu menyediakan teks ucapan tersebut dan
menyerahkan kepada perasmi semasa beliau duduk.
Kesimpulannya
dalam kita membuat program yang besar yang melibatkan seluruh warga sekolah,
komuniti setempat, ibu bapa dan komuniti luar, seorang pengetua perlulah
mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan program tersebut. Kemahiran mengurus
program dari A sampai Z perlu ada pada seorang pengetua. Selain itu kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan oleh seorang pengetua akan memudahkan seorang
pengetua mengurus staf di bawahnya untuk bekerja dalam satu pasukan.. Pengetua
yang bijak dapat membangunkan kapasiti surbodinatnya. Di samping itu kemahiran
berkomunikasi juga memudahkan pengetua mendapat sokongan PIBG dan masyarakat
luar.
No comments:
Post a Comment