Pesanan Saidina Ali R.A.
kepada Malik Al-Harith berkenaan
pemilihan Ketua Hakim-Dalam memilih ketua hakim pilihlah orang yang paling baik
dalam kalangan rakyat. Seorang yang tidak ada masalah rumah tangga. Tidak boleh
digertak, jarang melakukan kesilapan, tidak berputus asa dalam mencari
kebenaran. Tidak tamak haloba, Tidak akan membuat keputusan selagi tidak
mengetahui kebenarannya. Tidak pentingkan diri sendiri dan sentiasa membuat
pertimbangan dalam semua keputusan yang dibuat. Akan mengumumkan keputusan
dengan jelas setelah membuat pertimbangan.
Nasihat-nasihat yang
diberikan kepada Malik Al-Harith dapat diamalkan dalam pengurusan di sekolah. Dalam kita memilih ketua bagi
menerajui unit-unit dalam pentadbiran contohnya menjadi ketua panitia, ketua
jadual waktu dan lain-lain ketua yang utama. Kita hendaklah memilih seorang
yang mempunyai perlakuan yang baik. Seorang yang mempunyai karisma, berani dan
sentiasa melaksanakan tugasan dengan
cekap dan betul. Jika ada perkara yang tidak patut berlaku beliau berani
untuk menegur dan membetulkan. Seorang ketua panitia semestinya seorang yang
berupaya menegur orang bawahannya dari aspek kerja. Jika orang bawahannya
melakukan kesilapan, beliau perlu membantu dan membimbing supaya pelaksanaan
kurikulum dapat berjalan dengan berkesan. Begitu juga dengan pengajaran dan
pembelajaran, beliau boleh menjadi mentor kepada ahli-ahli panitia. Dengan cara
itu permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikurangkan dan
seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru kepada murid.
Saidina Ali juga menyatakan gaji yang diberikan hendaklah sesuai dengan
jawatan yang dipegang di mana cukup untuk hidup dalam kesenangan dan setaraf
dengan kedudukan supaya beliau tidak tergoda dengan kemewahan. Kedudukannya
mesti tinggi supaya beliau tidak terpengaruh dengan fitnah dan hasutan. Dalam
hal ini kita sebagai pentadbir hendaklah meletakkan ketua-ketua di tempat yang
sepatutnya. Contohnya, ketua panitia dikumpulkan dalam bilik yang berbeza
dengan orang lain. Keistimewaan dari segi jumlah masa mengajar diberikan kepada
mereka kerana mereka mempunyai
jawatan yang tinggi di sekolah. Kedudukan sebagai ketua dan diberi sedikit
keistimewaan akan meningkatkan rasa hormat orang bawahan terhadap mereka.
Sebagai seorang ketua, mereka
tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri, mereka perlu meletakkan
organisasi atau sekolah sebagai keutamaan mereka jika mereka ingin melihat
kejayaan anak-anak murid.
Saidina Ali R.A juga berpesan
tentang Badan Kehakiman Rendah. Apabila memilih pegawai dalam badan
kehakiman. Hendaklah memilih dengan penuh berhati-hati kerana jawatan ini
menjadi rebutan dan idaman bagi orang
yang ingin mencari kekayaan dan tamak haloba. Jangan memilih pegawai atas dasar
nepotism dan kronism kerana akan timbul kelak ketidak adilan dan kecurangan. Di
sekolah apabila kita memilih pegawai kita perlu melihat tentang pengalaman
seseorang dan yang lebih baik lagi orang tersebut mestilah orang yang beriman..
Ini perlu kerana orang yang beriman tidak akan melakukan perkara-perkara yang
boleh melanggar perintah agama. Semua pekerjaan dilakukan kerana Allah. Oleh
itu keikhlasan melaksanakan tugas akan terbit dengan cara yang tidak sedar.
Andai kita memilih pegawai atas dasar kroni dan nepotism, kelak kemungkinan
salah guna kuasa dan penyelewengan akan berlaku.
Dalam menguruskan sekolah, pengurusan harta sekolah perlu diurus dengan
baik. Seperti pesanan Saidina Ali tentang pentadbiran hasil hendaklah
dilaksanakan dengan penuh teliti untuk memastikan kesejahteraan orang-orang
yang membayar cukai kepada kerajaan kerana kesejahteraan mereka menentukan
kemakmuran hidup orang lain terutamanya kemakmuran hidup rakyat jelata.
Dalam hal ini kita sebagai pengurus sekolah perlu menjaga sekolah dengan
penuh tanggung jawab. Contohnya menjaga fizikal bangunan sekolah, sebagai
pengurus sekolah kita perlu memastikan bangunan sekolah yang ada dapat
berfungsi sebagai tempat untuk belajar murid. Memastikan bumbung tidak bocor,
simen tidak pecah dan sebagainya. Murid dapat belajar dalam keadaan kondusif
serta dapat menggunakan segala perabot seperti kerusi, meja dengan sempurna.
Sebagai guru juga kita perlu menjaga aset-aset kerajaan supaya murid atau
rakyat dapat menggunakan dan menikmati apa yang diberi oleh kerajaan. Jika ada
kerosakkan pada aset atau fizikal sekolah, kita perlu membuat penyelenggaraan
dengan segera supaya ia dapat dibaiki dan digunakan. Andai kita prihatin
tentang segala yang diperlukan oleh warga sekolah, kita akan disanjung dan
dihormati oleh semua orang.
Kesimpulannya, pesanan Saidina Ali banyak menekankan tentang kehidupan
kita sehari-hari. Pesanan tersebut banyak menasihati kita bagaimana untuk
memilih ketua dalam sesuatu organisasi dan bagaimana mengurus harta yang
terdapat dalam organisasi tersebut. Pemilihan seorang ketua yang mempunyai
ciri-ciri kepimpinan, beriman dan bertakwa merupakan ciri utama untuk menjadi
ketua. Pemimpin yang yang bertakwa tidak akan melakukan perkara-perkara yang
melanggar perintah. Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti
berani, tidak mudah dicabar, merupakan pemimpin yang boleh membawa kepada
kecemerlangan organisasi.
Dalam memilih ahli dalam organisasi, sememangnya di sekolah kita
menerima pegawai yang dibekalkan kepada kita. Oleh itu apa yang perlu kita
laksanakan ialah kita membentuk pegawai-pegawai bawahan kita menjadi seorang
yang boleh dipercayai dan sedia untuk berkhidmat kepada organisasi. Caranya
ialah dengan membentuk satu team yang boleh bekerja secara sepasukan. Dalam
LADAP boleh diterapkan kerja sepasukan. Dalam aktiviti yang terdapat di sekolah
kita pupuk semangat kekeluargaan supaya saling menolong dan saling perlu
memerlukan.
Seterusnya dalam pentadbiran mengurus harta sekolah sebagai pengetua
kita perlu sentiasa memastikan pembangunan sekolah dijaga dan sentiasa membuat
penambahbaikan supaya sekolah berada dalam keadaan sempurna dan lengkap dan
memberi kemudahan dan faedah kepada semua warga dan masyarakat setempat.
Pesanan Saidina Ali memberi kita panduan dalam menerajui organisasi dan
penghayatan tersebut perlu untuk memudahkan kita mentadbir sekolah.
No comments:
Post a Comment