“Knowledge
management” atau pengurusan ilmu dalam
pendidikan masa kini membekalkan satu
rangka kerja tentang bagaimana amalan
penilaian yang baik, sebenarnya, bergantung kepada pengurusan maklumat yang
berkesan. Perkara yang penting dalam “knowledge management” iaitu menggunakan data sebagai maklumat dan
pengetahuan untuk membuat penilaian terhadap yang tersurat dan tersirat dalam
penyelesaian isu di sekolah. . Satu set skema yang mudah untuk menghubungkan
manusia, proses dan teknologi untuk menguruskan pengetahuan disediakan. Bagaimana organisasi boleh mempromosikan
dasar-dasar dan amalan-amalan bagi membantu orang ramai berkongsi dan menguruskan pengetahuan.
Dengan
meletakkan keikhlasan hati ke dalam amalan, “ knowledge management “ , ia dapat membina kerja
berpasukan yang profesional dengan melibatkan diri secara aktif dan berkongsi
dengan orang lain tentang apa yang mereka tahu dan apa yang mereka belajar.
Integrasi pengurusan pengetahuan memerlukan pemahaman bagaimana untuk
menyelaraskan dalam konteks organisasi.
Bagi seorang pendidik “knowledge
management” amat perlu dan adalah lebih berkesan bagi pendidik untuk membuat keputusan mengenai proses kerja,
penambahbaikan program, dan yang paling penting, pencapaian pelajar.
Kesimpulannya dengan adanya pengetahuan dan maklumat yang tepat berdasarkan data kita boleh bertindak dengan cara yang betul bagi kemajuan dan pembangunan sekolah tanpa hanya membuat andaian berdasarkan agak-agak atau rasa.
Kesimpulannya dengan adanya pengetahuan dan maklumat yang tepat berdasarkan data kita boleh bertindak dengan cara yang betul bagi kemajuan dan pembangunan sekolah tanpa hanya membuat andaian berdasarkan agak-agak atau rasa.
No comments:
Post a Comment